selamat tinggal 2012

hye doodles... !
lame tak berblogging nie.. huhu..
macam tak ade f(x) je blog nie kan..
bukan apa.. tade follower.. haih.. lagi tak bersemangat kan.. (0_o)
tak de usaha kan canne nak berjaya kan?? erghh~

NAK UPDAT3 sikit la nie.. sekarang, kite tengah practical kat Kuala Terengganu..

bakal cekgu cekgi Pend Awal Kanak-kanak..
so,, must be busy la kan.. hahaha !
nak dapat DIP pun bukan senang.. bak kata pepatah tak patah "bukan senang nak senang,,"

tesis pun tak jalan g.. banyak lak masalah sepanjang practical ni..
so far,, alhamdulillah.. masalah tu boleh cover lagi.. (^_^) punye member-member yang supportive kan.. hahaha..

#bila masa berlalu.. kenangan tercipta... tanpa kita sedar.. telah menjadi sejarah dalam hidup kita..


(so,, jangan sia-siakan masa yang kita ada..sebab kita sentiasa menghitung hari saat tibanya ajal)
~bersyukurlah dengan kurniaan dariNya~
alhamdulillah.. aminn.. =D


semoga tahun2 yang berlalu dapat dijadikan iktibar dan sejarah dalam hidup kita untuk menempuh hari esok ~ =)

07:28 1

jean piaget


PENGENALAN
LATAR BELAKANG JEAN PIAGET
Jean Piaget telah dilahirkan di Neuchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896 dan telah meninggal dunia pada tahun 1980. Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean Piaget merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist. "Piaget ialah seorang ahli psikologi dan pendidik yang sangat terkenal di seluruh dunia pada abad ini. Piaget dan ahli psikologi kognitif sering kala dikenal sebagai ahli struktur disebabkan mereka mementingkan struktur pemikiran manusia (Gardner, 1973). Di usia remajanya beliau berminat dalam bidang biologi dan epistemologi iaitu suatu bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membicarakan tentang perkembangan dan perolehan pengetahuan manusia.
Antara sumbangan Piaget yang begitu terkenal ialah di dalam dua bidang, iaitu struktur dan operasi tingkah laku cerdas, dan peringkat-peringkat perkembangan berurutan. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet untuk membentuk ujian kecerdasan mental.
Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat untuk melihat pola-pola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan sumbangan pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak.
Punca-punca sumbangan Piaget di dalam dunia psikologi dan pendidikan mula bercambah sejah beliau kecil lagi ketika beliau sangat berminat di dalam bidang biologi. Pada sepanjang hayatnya, Piaget membaca dengan begitu banyak tentang berbagai-bagai bidang seperti falsafah, sosiologi dan teologi. Akhirnya, bidang psikologi telah menyerap pemikirannya.
Melalui latar belakangnya di dalam biologi, minatnya di dalam falsafah bersama dengan kecenderungan pendidikannnya di dalam bidang psikologi, maka Piaget telah dapat menghasilkan satu teori dan rancangan pendidikan berlandaskan pendekatan epistemologi genetik. Tujuan utama teori dan ,rancangan penyelidikan ini ialah untuk mengkaji biologi dan psikologi perkembangan tingkah laku cerdas. Pada mulanya pendekatan epistemologi genetik Piaget tidak begitu diterima oleh masyarakat ahli sains.
Asal usul epistemologi genetik dapat dikesan dengan penulisan seorang ahli psikologi Amerika Syarikat yang bernama James Mark Baldwin. Beliau juga telah mencadangkan teori ‘skema’ di dalam logik. Sebagai satu pendekatan tentang perkembangan tingkah laku cerdas, epistemologi genetic telah menumpukan perhatian kepada perkembangan proses-proses pengumpulan pengetahuan. Pengaruh Baldwin terhadap perkembangan Piaget biasanya tidak diambil tahu oleh ahli psikologi dan pendidik lain, tapi hal ini telah dilaporkannya sendiri di dalam penulisan Piaget. Piaget pernah bekerja dengan Baldwin selama dua tahun di Paris iaitu mulai pada tahun 1919.
TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF-JEAN PIAGET
Jean Piaget dilahirkan di Switzerland pada tahun 1896. Beliau terkenal dengan bapa psikologi kanak kanak. Dalam menyatakan perkembangan kognitif,beliau banyak membuat penyelidikan mengenai perkembangan bayi dan kanak-kanak belajar sendiri melalui interaksi dengan persekitarannya. Beliau merumuskan semua pengetahuan kanak kanak berasal daripada aksi dengan persekitaran dan dengan memberi interpretasi tentang aksi tersebut. Berasaskan pemerhatian beliau yang sistematik terhadap perkembangan beliau mengemukakan teori perkembangan kognititf kanak kanak. Banyak kajian yang telah dijalankan oleh Piaget tentang bagaimana individu memproses maklumat dan mengemukakan pendapat tentang perkembangan kognitif manusia dan bentuk tahap demi tahap. Oleh itu teori perkembangan Piaget juga dikenali sebagai teori tahap.

KONSEP ASAS PIAGET
Piaget (19960) berpendapat semua manusia dilahirkan dengan kecenderungan secara positif untuk berinteraksi dan mentafsir persekitarannya. Ketika umur bayi,mereka mengenali sesuatu objek melalui skema. Dengan kata lain,skema ialah satu struktur kognitif dan struktur kognitif yang terkumpul lebih dari satu akan membentuk skemata. Skemata boleh berubah melalui proses iaitu organisasi. Organisasi bermaksud individu mencantum skema mata yang sedia ada untuk membentuk skemata baru yang kompleks. Adaptasi pula ialah perubahan semata-mata semasa menemui objek,maklumat dan pengalaman baru melalui assimilasi dan akodomasi seperti yang ditunjukan dalam rajah di bawah.

Skema Pemikiran Mental Kanak


  Asmilasi                               Akodomasi            

Berdasarkan rajah di atas Piaget menyatakan bahawa pemikiran kanak kanak terbentuk melalui proses akomodasi dan asimilasi. Proses asimilasi ialah satu proses di mana pengetahuan baru yang diterima oleh kanak kanak. Proses ini ada kaitan dengan pengalaman dan pengetahuan lepas. Sebagai contoh guru menerangkan tentang burung- burung yang boleh terbang kepada murid muridnya. Maklumat ini akan diterima dan akan masuk ke dalam skema pemikiran kanak kanak yang mungkin sudah mempelajari tentang haiwan haiwan lain.
Manakala proses akomodasi ialah satu proses di mana kanak kanak terpaksa membuat perubahan dan modifikasi kepada skema pemikiran yang sedia ada kerana pengetahuan yang baru diterima tidak sepadan dengan skema pemikiran yang lama. Sebagai contoh,guru memberitahu muridnya bahawa ayam dan itik termasuk dalam keluarga burung tetapi tidak boleh terbang. Murid terpaksa memodifikasikan maklumat yang ada dalam skema pemikiran sebelum ini iaitu seperti “Semua burung pada umumnya boleh terbang tetapi ada juga pengecualian kepada fakta ini kerana ada burung yang tidak boleh terbang.” Piaget menyatakan bahawa proses akomodasi dan asimilasasi berfungsi bersama. Sebagai kesimpulannya, proses asimilasasi menggunakan skema pemikiran untuk membuat sesuatu yang sudah diketahui dan proses akomodasi merupakan cara baru untuk membuat sesuatu. Terdapat empat peringkat perkembangan intelek dalam teori yang dikemukakan oleh Piaget. Piaget(1960) menyatakan bahawa peringkat peringkat perkembangan tidak perlu diterangkan melalui faktor baka dan persekitaran. Apabila kanak-kanak memperoleh maklumat baru maka terjadi ketidakseimbangan (disequilibrium) dalam pemikiran individu, untuk memperoleh semula keseimbangan (equilibrium), kanak-kanak perlu buat organisasi atau adaptasi pada struktur kognitif.
PERINGKAT SENSORI MOTOR (lahir hingga ke umur dua tahun)  
Perkembangan pada peringkat awal iaitu pada peringkat umur bayi,mereka belajar melalui interaksi deria dengan persekitarannya. Sebagai contoh, bayi belajar dengan mengangkat benda, memain-mainkannya, merasa dan menggigitnya. Pada peringkat sensori motor, pemikiran bayi dipengaruhi oleh kebolehan deria meneka seperti kebolehan memerhati dengan menggunakan mata, mendengar dengan telinga dan menyentuh dengan tangan. Mengikut Piaget, aktiviti intelektual bayi merupakan reaksi kitaran, iaitu mengulang-ulangkan kejadian pengalaman baru yang ditemui akibat daripada aktiviti pergerakan dan penerimaan maklumat melalui deria bayi tersebut. Di samping itu, mereka dapat memerhatikan benda itu melalui penglihatan dan pendengaran bunyi. Di peringkat umur dua tahun,bayi memperolehi kepercayaan tentang pengekalan objek, iaitu ia sedar, objek itu akan terus wujud walaupun objek itu tidak dapat dilihat atau disentuh. Pada peringkat dua tahun pertama, reaksi ktaran berubah secara berikut iaitu tertumpu di sekitar badan bayi sendiri; bergerak kearah luaran (manipulasi objek dalam persekitaran); menjadi lebih bercorak mencuba-cuba dan bertujuan menghasil kesan baru. Selain dari itu mereka dapat melakukan tindakan ulangan, iaitu mengulangi sesuatu tingkah laku secara pelaziman, misalnya tindakan menghisap ibu jari. Di samping itu kanak-kanak mula meniru tindakan yang mereka tidak pernah lakukan sebelum ini. Mereka belajar semua perlakuan tersebut melalui pemerhatian terhadap perlakuan orang lain atau melalui objek yang dapat dilihat atau disentuh. Dari sudut pendidikan, membekalkan objek maujud adalah penting untuk proses pembelajaran kanak-kanak dan perkembangan ke peringkat kefahaman yang abstrak. Kesimpulannya, pembelajaran bergantung kepada pengalaman sensori dan motor iaitu dengan mengenggam, menghisap, mendengar dan lain-lain. Bayi akan berinteraksi dengan objek-objek dalam persekitarannya.
Pada peringkat ini, (lahir hingga dua tahun), bayi mengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk mmebentuk skema tinkah laku yang membolehkan mereka “bertindak”dan “mengetahui” persekitarannya. Kanak-kanak membuat pelbagai aksi kepada objek-objek di sekitaranya, seperti memegang, memicit, menendang, menumbuk, memasukannya dalam mulut dan sebagainya, semasa dia meneroka persekitarannya dan membina struktur kognitik.
Kebolehan kognitif kanak-kanak peringkat deria motor.
FIZIKAL KOGNITIF
Daripada aksi reflek kepada aktiviti bermatlamat. Mula menggunakan imitasi, memori dan pemikiran.
Perkembangan fungsi otak hasil sambungan neuron-disebabkan interaksi social bayi dengna pengasuhnya – senyuman dan ‘cooing’.
4 bulan – mencapai objek
6 bulan – duduk sendiri
8 bulan - berdiri dengan bantuan
Gigi tumbuh
12 bulan – berjalan
Berlari Konsep pengekalan objek – menyedari objek wujud, walaupun tidak boleh dilihat atau didengar.
Mediasi – menggunakan symbol atau bahasa untuk objek,orang dan peristiwa.
2 tahun – boleh terlibat dalam permainan bayangan ( pretend play).
Contohnya, menggunakan kasut sebagai telefon.
Peringkat permulaan pemikiran simbolik.
Kebolehan lain yang diperoleh kanak-kanak pada peringkat deria motor ialah membuat imitasi(imitation) dan memahami konsep pengekalan objek ( object permanence).
Maksud imitasi menurut piaget ialah kanak-kanak (18-24 bulan) boleh melakukan imtasi terhadap tingkah laku yang dilihatnya. Contohnya, menekan butang telefon mainan untuk menghasilkan bunyi, memicit itik mainan, mengangkat ganggang telefon bila ia bordering.
Pengekalan objek menurut piagat bermaksud kanak-kanak (8-12 bulan) menyedari bahawa objek atau peristiwa tidak hilang, walaupun tidak dapat dikesan oleh semua alat derianya. Dia mengetahui bahawa orang atau objek itu akan muncul semula. Contohnya, apabila Fatimah ( berumur 9 bulan) melihat ibunya hilang dari pandangan dibawa oleh kereta, dia tidak menangis sebab dia tahu ibunya akan pulang semula.
PERINGKAT PRAOPERASI (umur dua hingga tujuh tahun)
“Praoperasi” bermaksud kanak-kanak mula berfikir secara logik tetapi belum dapat menguasai kebolehan memproseskan pemikiran mengikut peraturan-peraturan yang logik. Walau bagaimanapun,kanak-kanak mula mempraktikan kemahiran yang baru diperolehi dengan menggunakan simbol untuk mewakili objek. Ini dapat dilihat dari sifat pemikiran simbolik melalui permainan olok-olok, animisme dan egosentrik. Salah satu bentuk aktiviti pemikiran simbol ialah lakonan drama yang pelbagai pengalaman hidup. Sebagai contoh, kanak-kanak prasekolah suka bermain masak-masak, berlagak memandu kereta atau berlagak sebagai seorang doktor. Lakonan begini juga disebutkan sebagai permainan olok-olok. Pada peringkat praoperasi ini biasanya kanak kanak semakin maju dalam penguasaan dan penggunaan bahasa. Akan tetapi ia masih belum boleh lagi membezakan antara sifat-sifat benda hidup dengan benda bukan hidup. Kanak kanak mempunyai imaginasi bahawa batu adalah hidup dan pokok boleh berfikir seperti manusia. Piaget menyebut keadaan ini sebagai animisme. Di samping itu, kanak-kanak masih belum dapat membezakan antara pandangan diri sendiri dengan pandangan orang lain. Piaget menyebut keadaan ini sebagai egosentrisme. Orang yang mempunyai sifat egosentrisme terlalu memusat kepada kepentingan diri sendiri dan sukar menerima pendapat orang lain. Pemikiran mereka lebih bergantung kepada persepsi logik, misalnya ketika berjalan, bulan sentiasa mengekori mereka. Kanak-kanak tidak dapat membayangkan atau menerima perspektif orang lain. Mereka percaya bahawa persepsi atau fikiran orang lain adalah sama dengan diri sendiri. Sebagai contoh, pemahaman mengenai ruang, lambing, tanda dan objek bertambah baik pada umur empat tahun, walaubagaimanapun kanak-kanak tidak dapat berfikir sesuatu perkara yang mengelirukan, bersifat pembalikan dan yang bersifat lebih kurang. Dengan perkataan lain, pemikiran kanak-kanak ialah berdasarkan sesuatu sudut atau penglihatan yang mudah.
    Sesungguhnya ,pada permulaan peringkat praoperasi, kanak-kanak menghadapi kesukaran mengoperasi konsep, misalnya walaupun mereka boleh mengira secara urutan satu hingga sepuluh, mereka tidak memahami operasi bilangan seperti (1+1) adalah sama dengan (2-1). Contoh lain kanak kanak tidak boleh menyusun objek yang mempunyai urutan yang tertentu dalam siri yang sempurna. Ini adalah disebabkan kanak kanak di peringkat ini:
Kurangnya fleksibiliti dalam susunan pemikiran kanak kanak
Mempunyai penakulan yang transduktif, iaitu tidak boleh membuat kesimpulan yang tepat.
Tidak boleh memahami perubahan yang dinamik
Kurang kemampuan untuk mengklasifikasi sesuatu secara hieraki.

 Oleh kerana kanak-kanak di tadika atau di tahap awal sekolah rendah mempunyai pemikiran praoperasi, guru seharusnya mengambil langkah-langkah pengajaran yang sesuai dengan peringkat perkembangan mental mereka. Oleh sebab itulah,guru tadika biasanya menyediakan banyak aktiviti yang berbentu lakonan drama. Selanjutnya, kanak-kanak digalakkan berkongsi dan bekerjasama dalam pembelajaran mereka. Ketiga, alat bantu mengajar perlu digunakan untuk membantu pengajaran guru. Adalah diingatkan, guru mengurangkan arahan pengajaran dalam bentuk lisan malah perlu memperbanyakkan menunjuk ajar(demonstrate) kerana ia lebih bermakna.


PERINGKAT OPERASI KONKRIT(tujuh tahun hingga 11 tahun)
Secara umumnya, kanak-kanak di peringkat ini tidak lagi bersifat egosentrik. Pandangan orang lain mulai diterima. Ketika menyelesaikan sesuatu masalah, kanak-kanak akan mempertimbangkan semua aspek masalah itu. Dengan kata lain, pemusatan pemerhatian mula berkurangan. Selain dari itu, kanak-kanak mula memahami perkaitan antara dua situasi yang berlainan. Menurut Piaget, proses kebalikan mula difahami oleh kanak-kanak ini. Di peringkat sekolah rendah, pemikiran kanak kanak menjadi fleksibel, dapat berfikir mengikut peraturan-peraturan logik atau melakukan operasi mental secara tersusun. Sungguhpun begitu, di peringkat ini kanak-kanak hanya berjaya melaksanakan kebolehan logik ini dalam keadaan konkrit atau menggunakan objek maujud. Ini dapat dilihat apabila kanak-kanak memperolehi konsep keabadian atas kuantiti sesuatu bahan walaupun bahan itu mengalami perubahan yang ketara. Misalnya, jika dua biji bola plastisin yang mempunyai bentuk dan saiz yang sama ditunjukan kepada kanak kanak pada peringkat praoperasi, mereka akan menyatakan bola-bola itu mengandungi plastisin yang sama banyak. Akan tetapi apabila salah sebiji bola itu diuli menjadi bentuk bujur, kanak-kanak itu akan menyatakan kuantitinya sekarang tidak sama dengan bola bulat yang sama. Bahkan bentuk baru itu mengaburi fikiran tentang kuantiti bola itu.
   Tetapi,di peringkat akhir operasi yang konkrit kanak-kanak mereka tidak mudah terkeliru dengan masalah seperti ini. Kanak kanak pada peringkat ini sedar bahawa kuantiti plastisin itu kekal sama walaupun bentuknya berubah-ubah. Terdapat “pengekalan” kuantiti plastisin itu dalam ingatan sunguhpun berlaku perubahan yang ketara pada bola itu. Perkembangan pemikiran kanak kanak dapat dilihat dari segi kemajuan dalam kebolehan mereka untuk mengelaskan objek. Di peringkat awal, kanak-kanak hanya boleh mengelaskan objek berdasarkan satu perspektif yang tertentu. Umpamanya,mereka dapat memerhatikan perbezaan pada masa yang sama atau persamaan pada masa yang lain, tetapi mereka sukar mengenal pasti kedua-kedua perbezaan dan persamaan yang wujud pada masa yang sama. Penggunaan perkataan sama ada secara lisan ataupun bertulis dapat mempengaruhi proses pembelajaran dan kefahaman kanak-kanak.
Perkembangan fizikal dan kognitik peringkat operasi konkrit
Fizikal Kognitif
-kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira). -Memperoleh konsep pengekalan kuantiti, berast, pepejal, isipadu.
-Psikomotor halus lebih baik. -Pelbagai strategi menyelesaikan masalah konkrit.
-Psikomotor kasar lebih cekap. -Menerima pandangan orang lain- tidak egosentrik.
-Akil  baligh untuk kanak-kanak perempuan dan lelaki- perkembangan bentuk badan. -Memahami perkaitan logic kuantitatif.
-Faham proses kebalikan dan operasi siri.
-Tumpuan perhatian lebih lama.
-berfikirkan objektif dan memahami klasifikasi.
Kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit dapat menguasai konsep kebalikan, pengekalan, isipadu, pencambahan, perkaitan logik kuantitatif dan klasifikasi.
Proses pembalikan (reversibility) ialah kanak-kanak berupaya berfikir tentang bentuk asal sesuatu objek .Sebagai contoh,sekiranya sebuah pinggan pecah,kanak-kanak boleh mengingat semula bentuk pinggan yang asal sebagai imej mentalnya.Pengekalan isipadu ialah (conservation of volume) ialah kanak-kanak berupaya berfikir bahawa isipadu tidak berubah walaupun bekas mempunyai saiz yang berlainan.Percampahan(decentration)ialah kanak-kanak boleh berfikir  tentang beberapa dimensi masalah dan perkaitan antaranya secara serentak .Contohnya,kanak-kanak dapat berfikir tentang tinggi bekas dan juga isipadunya.Perkaitan logic kuantitatif (quantitative logical relationship)ialah kanak-kanak berupaya berfikir secara logic apabila diberi syarat berbentuk kuantitatif.Contohnya guru memberi arahan, “Berbaris mengikut ketinggian, dari tinggi ke rendah”. Klasifikasi (classification) ialah kanak-kanak berupaya berfikir untuk mengkelaskan objek. Contohnya, kanak-kanak boleh mengkelaskan rajah-rajah yang diberikan mengikut bentuk dan warnanya.
Menurut Piaget, pada peringkat ini kanak-kanak mengalami perkembangan pesat dalam proses operasi kognitif dan mengaplikasi kemahiran ini apabila berfikir tentang objek, situasi dan orang yang telah mereka lihat. Operasi kognitif adalah aktiviti mental dalaman yang membolehkan kanak-kanak mengubahsuai dan menyusun semula imej dan simbol dalam membuat rumusan atau keputusan yang logik. Beberapa pemikiran yang beransur-ansur dikuasai oleh kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit ini ialah pengekalan terutamanya isipadu dan berat, mengklasifikasi dan mengkategori serta juga berupaya membuat perkaitan logik (relational logic).

Kanak-kanak akan dapat membina pelbagai konsep. Pengekalan bermaksud memahami bahawa perubahan objek atau susunan tidak mengubah cirinya atau sifatnya. Pengekalan berlaku pada isipadu atau kuantiti cecair, berat bahan pepejal seperti plastersin dan nombor. Seperti dalam rajah di bawah, sekiranya ditanya soalan kepada kanak-kanak berusia 7 tahun, bekas A atau B' yang banyak air, dia tentu menjawab B' kerana dia telah memperoleh konsep pengekalan isipadu air. Dia juga telah menguasai konsep 'tidak memusat' (decenter) iaitu boleh melihat kaitan tinggi dan lebar bekas air. Dia juga secara mental melakukan proses pembalikan iaitu menuang semula ke dalam bekas A. A dan B adalah 2 gelas yang sama besar diisi kandungan air. Air dalam bekas B dituang dengan air yang sama banyak kepada bekas tinggi iaitu bekas B'





Selain itu, konsep klasifikasi dimana kanak-kanak peringkat operasi konkrit boleh mengumpul benda-benda mengikut ciri-cirinya ke dalam kategori tertentu. Contohnya pengangkutan darat terdiri daripada kenderaan seperti kereta, lori, van, basikal, motosikal, trak, ambulans. Cirinya beroda 2, 4 atau lebih dan bergerak atas jalan raya. Begitu juga kereta api, LRT dan sebagainya yang merupakan pengangkutan darat yang berjalan di atas landasannya.




Perkaitan logik juga merupakan salah satu konsep yang terbina apabila kanak-kanak berada dalam peringkat operasi konkrit. Salah satu kebolehan penting peringkat operasi formal iaitu pemahaman yang lebih baik tentang perkaitan kuantitatif dan perkaitan logik. Contohnya guru memberi arahan "berbaris mengikut ketinggian, dari tinggi ke rendah". Arahan seperti ini mudah difahami oleh mereka yang berada di peringkat operasi konkrit. Mereka telah berkebolehan membuat persirian secara mental (mental seriation) iaitu kebolehan untuk menyusun dalam minda mereka senarai secara siri ketinggian atau berat. Mereka juga berkebolehan dalam 'transitiviti' iaitu menerangkan perkaitan antara elemen dalam sesuatu senarai. Contohnya, Fadlullah lebih tinggi daripada Redza. Redza pula lebih tinggi daripada Firdaus. Siapakah yang lebih tinggi, Fadlullah atau Redza? Mereka yang talah berada di peringkat operasi konkrit akan boleh memberi jawapan yang betul iaitu Fadlullah lebih tinggi daripada Firdaus.





PERINGKAT OPERASI FORMAL(dari umur 12 tahun keatas)
Operasi berpendapat mereka sebenarnya dapat berfikir secara logik termasuk pemikiran abstrak,perkara berkaitan dengan masa depn dan sanggup membuat hipotesis. Pemikiran hipotesis ini membolehkan kanak kanak itu meramalkan ‘apa yang mungkin berlaku’ daripada “apa yang akan berlaku”. Oleh kerana pemikir operasi sanggup membuat penakulaan terhadap sesuatu kemungkinan,ia teah sedia membuat eksperimen menguji kebanran idea,kebenaran dan pemikiran saintifik. Ia juga menguasai kebolehan untuk menyelesaikan masalah dengan kombinasi  pengetahuan,pengalaman dan kemahiran. Bahkan pelajar ini dapat menerima idea abstrak sperti tenaga,gravity,demokrasi dan sebagainya. Pendekatan pengajaran pula melibatkan peggunaan kaedah lisan yang lebih banyak. Pelajar di peringkat sekolah menengah digalakkan mendengar,membaca dan berbincang,kemudian melakukan latihan.
PERKEMBANGAN MORAL DAN ROHANI
Kanak kanak sejak kecil lagi mempunyai kesedaran tentang apa yang baik dan apa yang buruk ,apa yang betul dan apa yang salah. Sungguhpun demikian,tahap kesedaran adalah berbeza dengan mereka yang dewasa. Pemerolehan atas kesedaran ini adalah telah sedia ada sebagai makhluk yang dicipta dan sebahagian lagi melalui pengalaman yang dilalui oleh seseorang itu. Sebagai contoh manusia perlu kepada agama untuk menjalani kehidupan yang sempurna. Menurut Piaget(1996),kesedaran tentang peraturan-peraturan melalui empat peringkat dan dua peringkat yag dilalui oleh kanak kanak ialah:
1. Peringkat pertama(masa lahir sehingga umur tiga tahun). Peringkat ini merupakan peringkat tingkah laku motor. Kanak kanak akan membentuk tabiat atau ‘peraturan individu’
2. Peringkat kedua (tiga hingga tujuh tahun). Ketika kanak kanak berumur tiga hingga lima tahun,mereka belum lagi memahami funsi peraturan peraturan dan dengan itu belum sedia untuk bekerjasama. Tetapi,pada akhir umur enam tahun,kanak kanak berpendapat  peratura peraturan itu adalah suci dan perlu dipatuhi.
 Menurut Piaget (1969) lagi,konsep keadilan(bagi kanak kanak sehingga tujuh tahun) ialah sesuatu yang diperintah atau diarah oleh orang dewasa. Kanak kanak mempunyai sifat sifat keperibadian semula jadi serta sifat sifat yang diperoleh melalui interaksi dengan alam sekitar. Mereka perlu didedahkan kepada nilai nilai kerohanian yang boleh diterima umum berteraskan kepada Prinsip-prinsip Rukun Negara (Ee,1999). Menurut Ee (1999) lagi pada peringkat ini perkembangan kerohanian  akan ditingkatkan melalui langkah langkah berikut:
1. Menimbulkan kesedaran tentang wujudnya pencipta alam semesta ini.
2. Menimbulkan kesedaran bahawa benda benda di sekeliling ada penciptanya.
3. Mempelajari asas agama yang dianuti oleh pelajar
4. Melafazkan kata kata kesyukuran kepada Tuhan
5. Menunjukan sifat taat kepada suruhan Tuhan
6. Menunjukan semangat sayang kepada Tuhan
Menurut Piaget, pada peringkat akhir kanak-kanak perkembangan ini membentuk suatu jenis penghormatan suci terhadap peraturan-peraturan seperti juga mereka menghormati ibu bapa, orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua. Mulai umur tujuh atau lapan tahun, kanak-kanak mulai membentuk sikap untuk bekerjasama. Kanak-kanak pada peringkat ini berada di aras prakonvensional. Kanak-kanak ini akan mengelak daripada melanggar peraturan-peraturan atau merosakkan harta benda orang lain kerana mahu mengelakkan hukuman yang akan dikenakan ke atas mereka. Selain itu, kanak-kanak berpendapat, apa yang baik ialah apa sahaja yang membekalkan sesuatu yang berguna kepada mereka. Kanak-kanak juga mempercayai bahawa seseorang individu boleh membuat apa sahaja dengan haknya. Ini bermakna mereka mempunyai hak untuk melakukan sesuatu. Pada peringkat ini, aspek kerohanian bertambah mantap dengan adanya pendidikan agama dan pendidikan moral. Kanak-kanak lebih memahami tentang kewujudan pencipta alam semesta, kepercayaan kepada tuhan serta menunjukkan sifat taat dan sayang kepada tuhan. Dengan kata lain, aspek kerohanian mereka akan bertambah mantap. Piaget memerhati dan menemuduga kanak-kanak antara umur 4 sehingga 12 tahun bermain guli dan beliau cuba mempelajari bagaimana mereka mengikuti dan berfikir tentang peraturan permainan. Piaget juga menyoal mereka tentang etika peraturan permainan seperti mencuri,menipu,mendenda dan keadilan. Daripada pemerhatian, temuduga dan juga penyoalan itu, Piaget memutuskan bahawa kanak-kanak berfikir dalam dua cara yang berlainan tentang tingkah laku moral mengikut pematangan perkembangan mereka.
Peringkat pertama perkembangan pentakulaan kanak-kanak ialah ‘ Heteronomous morality’. Pentaakulan ini berlaku apabila kanak-kanak berumur 4 sehingga 7 tahun. Kanak-kanak menilai tingkah laku betul atau salah dengan menimbang akibat langsung(consequence) tingkah laku itu dan bukan tujuan tujuan individu itu. Contohnya tingkah laku memecah 12 biji cawan dengan tidak sengaja adalah lebih jahat daripada memecah sebiji cawan dengan sengaja bertujuan mencuri coklat kegemaran yang berada dalam cawan itu. Mengikut Piaget kanak-kanak berfikir bahawa keadilan dan peraturan sememangnya wujud dan tidak boleh diubah dan dikenakan autoriti. Mereka berfikir bahawa keadilan berada di man-mana(immanent justice),iaitu apabila melanggar peraturan,seseorang itu akan didenda serta merta. Mereka percaya melanggar peraturan berkait secara automatik dengan dendaan. Oleh itu kanak-kanak akan berasa risau apabila melakukan kesalahan kerana mereka tahu akan didenda. Peringkat kedua ialah ‘Autonomous morality’ yang berlaku apabila kanak-kanak berumur 7 sehingga 10 tahun. Kanak-kanak sedar bahawa peraturan dan undang-undang dibentuk oleh manusia dan boleh diubah. Mereka faham bahawa peraturan dibentuk mengikut keselesaan manusia yan dipersetujui oleh ramai dan diubah berdasarkan persetujuan ramai. Mereka juga sedar bahawa apabila menilai sesuatu tingkah laku,k=bahawa dendaan dilaksanakan ke atas pesalah jikalau ada bukti dan itu pun denda tidak semestinya berlaku. Piaget menyatakan bahawa apabila kanak-kanak membesar,mereka lebih cekap memikirkan perkara sosial  terutama sekali berkaitan dengankerjasama dan kemungkinan. Beliau percaya bahawa kefahaman sosial hanya berlaku apabila ada bertolak ansur melalui perhubungan rakan sebaya. Perhubungan ibu bapa denga anak mungkin tidak mengembangkan pentaakulan moral kerana kuasa berada di tangan ibu bapa dan peraturan ditetapkan oleh mereka secara authoritarian.
PERKEMBANGAN SOSIAL
Jean Piaget menyarankan bahawa pembelajaran bermakna memerlukan masa ‘untuk memainkannya’ dengan cara membuat sesuatu menerusi berbagai alternatif. Oleh itu kanak-kanak memerlukan masa yang fleksibel dalam aktiviti main untuk mencapai matlamatnya.
Dari segi perkembangan sosial kanak-kanak:
(a) Kanak-kanak belajar bagaimana mengadakan perhubungan sosial.
~Contohnya dalam permainan ini, kanak-kanak belajar untuk berurus niaga dengan rakan-rakannya dalam permainan yang berkonsepkan main peranan. Untuk bermain dengan jayanya, kanak-kanak perlu berkomunikasi dengan rakan-rakannya dalam cara yang dapat difahami di samping memahami apa yang cuba disampaikan oleh mereka kepadanya. Komunikasi ini melibatkan aktiviti bertutur dan bersoal jawab yang secara tidak langsung dapat merangsang perkembangan komunikasi dan bahasa kanak-kanak.
(b) Kanak-kanak belajar bagaimana menyelesaikan masalah apabila berlaku.
~Mereka juga bersama-sama dengan ahli kumpulan mereka berkolaborasi untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan dengan nilai wang dan urusan membeli barangan. Contohnya, apabila mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk mendapatkan barangan yang mereka inginkan, mereka bersama-sama berbincang untuk mencari jalan penyelesaian. Mungkin mereka akan mengambil keputusan untuk membeli barangan yang lebih murah harganya atau pun melakukan tawar-menawar dengan pihak penjual.
(c) Kanak-kanak belajar menjadi pemimpin dan pengikut.
~Dalam permainan ini, kumpulan kanak-kanak ini dengan sendiri mereka melantik ketua bagi kumpulan mereka. Apabila permainan berlangsung, masing-masing menjalankan peranan masing-masing dengan memainkan watak sebagai penjual dan pembeli.
(d) Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur.
~Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur apabila melakukan urusan jual beli dengan ahli kumpulan mereka. Perkara ini berlaku apabila mereka perlu berkongsi wang yang diperolehi untuk mendapatkan sesuatu barangan yang hendak dibeli. Oleh itu, setiap kanak-kanak perlu bertolak ansur untuk mengeluarkan wang masing-masing untuk mendapatkan barangan yang telah dipersetujui.
(e) Kanak-kanak belajar untuk berjimat cermat dan nasihat menasihati.
~Dalam permainan ini, kanak-kanak akan belajar berjimat cermat menggunakan wang yang ada tanpa sebarang pembaziran berlaku. Kanak-kanak akan menggunakan wang yang diperolehi dengan sebaik-baiknya. Setiap ahli kumpulan akan memberi nasihat dan mengingatkan rakan-rakan sekumpulannya untuk berjimat cermat dalam penggunaan wang.

PERKEMBANGAN BAHASA (+)
Menurut piaget, perkembangan bahasa pada tahap praoperasi merupakan peralihan dari sifat egosentrik kepada interkomunikasi sosial. Waktu seorang kanak-kanak masih kecil, dia bercakap secara lebih egosentrik, iaitu bercakap dengan diri sendiri. Mereka juga tidak suka untuk berkomunikasi dengan orang lain. Tetapi, pada umur 6 atau 7 tahun, mereka lebih berminat untuk berkomunikasi terutama rakan sebaya. Kebanyakan kanak-kanak akan menguasai bahasa yang digunakan oleh ibu bapa mereka pada umur 4 tahun. Namun demikian, bahasa itu dipelajari dan bukan diperoleh begitu sahaja. Piaget menjelaskan bahawa motivasi untuk belajar bahasa adalah adanya nilai adaptasi untuk membuatnya (berkomunikasi). Kanak-kanak berfikir bahawa dengan menggunakan satu perkataan, mereka dapat berkomunikasi lebih efektif dengan ibu bapa mereka dan kehendaknya dipenuhi. Kesannya, kanak-kanak ingin ibu bapa mereka memahami kehendak mereka supaya mereka dapat beradaptasi. Bagi kanak-kanak, bahasa yang digunakannya amat penting untuk menyampaikan hasratnya dan menjadi satu masalah sekiranya tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Kanak-kanak membentuk aturan bahasa dari pengalamannya. Dengan penggunakan bahasa yang salah dan diperbetulkan oleh orang dewasa, perkembangan bahasanya akan meningkat dan perbendaharaan kata akan bertambah. Proses ini terjadi pada usia 2 hingga 4 tahun (Wadworth,1989).

IMPLIKASI TEORI KOGNITIF PIAGET (+)

Dalam ilmu pendidikan teori piaget meninggalkan implikasi besar kepada teori dan praktisnya (Case dalam Slavin,1997). Teori ini berfokuskan kepada idea perkembangan pendidikan yang sepadan dan bersesuaian dengan kebolehan kognitif dan fizikal pelajar-pelajar. Teori beliau dianggap ‘ever Green’ iaitu yang sesuai sepanjang zaman kerana idea beliau mempengaruhi persekitaran pembelajaran, kurikulum, bahan dan metodologi pengajaran.

Antara implikasi beliau ialah guru harus fokus kepada proses pemikiran dan bukan kepada hasil atau produk akhir bagi memastikan pelajar telah mengalami proses berfikir dengan betul. Pertanyaan yang harus dikemukakan adalah seperti apa jenis logik yang pelajar guna? Adakah pelajar hanya guna satu aspek situasi sahaja? Adakah mereka terpengaruh kepada aspek luaran sesuatu? Pelajar digalakkan menggunakan strategi pemikiran yang mereka gunakan untuk menyelesaikan masalah. Pelajar merupakan sumber maklumat paling baik tentang kebolehan pemikirannya. Piaget juga menggalakkan pelajar memainkan peranan penting dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran melalui penerokaan dan memperoleh pengetahuan melalui interaksi dengan persekitaran. Piagetian atau pengikutnya menentang idea yang menjadikan pemikiran kanak-kanak seperti orang dewasa. Beliau tidak bersetuju supaya perkembangan kognitif kanak-kanak dipercepatkan (accelerated) melalui kaedah tertentu. Hal ini kerana mereka percaya bahawa pengajaran ‘premature’ atau pengajaran yang dipaksa keatas kanak-kanak yang belum sampai pada tahap kematangan tertentu adalah sia-sia kerana kanak-kanak tersebut belum sedia untuk menerima ilmu dan kesannya lebih buruk dari tiada pembelajaran. Kanak-kanak menerima secara ‘superficial’ formula cara berfikir orang dewasa dan bukan melalui pemahaman sebenar mengenai sesuatu perkara (Johnson, 1982). Menurut pendapat Piaget dan dipersetujuinya terdapat perbezaan individu dalam kecepatan sampai ke peringkat perkembangan tersebut. Semua orang harus melalui peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi masa untuk mereka sampai adalah berbeza. Oleh itu beberapa aktiviti pembelajaran perlu disediakan oleh guru sesuai dengan kebolehan berfikir dan keupayaan fizikal pelajarnya. Penilaian kebolehan pelajar harus setakat mana kebolehannya dan tidak perlu dibandingkan dengan pelajar lain. Pendapat ini dipersetujui oleh Gardner (1983) dan Sternberg (1985) dengan menyatakan kecerdasan seseorang bergantung kepada proses penyelesaian masalah atau konteks di mana tingkah laku tersebut dilaksanakan dalam usaha individu mengubah persekitaran supaya sampai ketahap keselesaan mengikut tafsirannya.
  Isu-isu Berkaitan Teori Piaget
Teori Perkembangan Kognitif Piaget telah mendapat perhatian meluas dalam bidang Psikologi sejak kajiannya dikemukakan. Kajian Piaget menerangkan peringkat-peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak dan proses pemikiran berasaskan perkembangan skema. Namun, teori dan kajiannya tetap menerima kritikan terutama berkaitan kelemahan teori dan metodologi yang digunakan. Dari segi kelemahan teori, pengkritik menyatakan bahawa teori Paiget tidak mampu menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas. Ada pengkritik yang mempertikaikan kebenaran wujudnya empat peringkat perkembangan kognitif yang disarankan oleh Piaget (Gelman dan Baillargeon, 1983). Mereka menyatakan sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitif berasaskan set operasi yang khusus, maka apabila kanak-kanak tersebut berjaya memahirkan set operasi tertentu, mereka sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set operasi yang sama.
Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menunjukkan kemampuan pemuliharaan iaitu yang terdapat pada tahap operasi konkrit, maka berdasarkan teori Piaget, dia sepatutnya dapat menunjukkan kemampuan pemuliharaannya dalam angka dan berat pada masa yang sama. Namun, dalam kajian yang dilakukan oleh Klausmeier dan Sipple (1982) menunjukkan keadaan yang berbeza di mana kanak-kanak sentiasa menunjukkan kemampuan pemuliharaan berat lebih lewat daripada pemuliharaan angka. Keadaan ini adalah bercanggah dengan teori Piaget.Dari segi metodologi juga, pengkritik mempertikaikan kaedah klinikal yang digunakan dalam kajian Piaget di mana kajian dengan kaedah klinikal sukar untuk diulang. Oleh itu, kesahihannya adalah diragui. Pengkritik juga menuduh Piaget membuat generalisasi daripada sampel-sampel yang saiznya terlalu kecil dan tidak menepati piawaian.







Kritikan pada Teori Jean Piaget (1896-1980)
Piaget telah memberi sumbangan yang amat besar dalam psikologi utama dari segi penerangannya tentang perkembangan kognitif yang luas. Walaupun bagaimanapun ahli-ahli psikologi yang lain sependapat bahawa teori tersebut mempunyai beberapa kelemahan seperti berikut:

 Ketidaksempurnaan
Piaget telah memberi kita satu rangka penerangan tentang perkembangan kognitif kanak-kanak yang amat berfaedah. Walaubagaimanapun, beliau tidak menjelaskan tentang kaitan antara teorinya dengan peristiwa-peristiwa empirical, istilah-istilah penting seperti asimilasi, akomodasi, kseimbangan dan tahap-tahap perkembangan kognitifnya agak kurang jelas dan tidak tepat. Tambahan pula, beliau tidak menyatakan dengan jelas bagaimana kita tahu yang kanak-kanak itu berada dalam keadaan ketidakseimbangan. Namun demikian, Fisher (1980) telah menyarankan bahawa perkembangan kanak-kanak dalam sesuatu bidang seperti bahasa, penyelesaian masalah, main peranan dan lain-lain bergantung pada pengalaman mereka.
Sebenarnya kita bukan sahaja perlu penjelasan tentang kriteria pada setiap tahap tetapi juga bagaimana perpindahan daripada satu tahap kepada tahap yang lain. Piaget lebih berjaya dalam menghurai tahap-tahap ini daripada menjelaskan pengaliran perkembangan. Dalam beberapa aspek, Piaget telah memperkecilkan perkembangan kognitif kanak-kanak. Contohnya, ada kajian yang membuktikan bahawa kanak-kanak faham tentang konsep kekekalan objek lebih awal daripada apa yang dijangka oleh Piaget. Bukti-bukti kajian menunjukan bahawa kanak-kanak praoperasi kurang menunjukkan sifat egosentrik seperti yang disangka oleh Piaget. Begitu juga seseorang kanak-kanak praoperasi berupaya menyelesaikan konsep yang lebih kompleks daripada apa yang disarankan oleh Piaget jika kanak-kanak tersebut diberi kaedah kajian yang sesuai dengan mereka. Contohnya, jika keadaan kajian keupayaan kekekalan diatur dengan cermat agar jawapan kanak-kanak tidak terlalu bergantung pada keupayaan bahasa mereka., kanak-kanak praoperasi ternyata Berjaya memberi jawapan yang betul.
 Metologi
Satu kelemahan teori Piaget ialah ketidaksesuaian kaedah yang beliau gunakan untuk kemungkinan wujud keputusan yang biasa kerana bilangan responden yang sedikit, tiada pemerhatian yang lain dan kurang kawalan semasa Piaget menjalankan kajian. Apabila kajian yang sama dijalankan dengan lebih ramai responden dan kawalan yang lebih baik dalam makmal, aliran tahap perkembangan Piaget jalankan kajian. Apabila dalam makmal, aliran tahap tahap perkembangan piaget dapat membuktikan kebenarannya tetapi tidak pada umur sebenar perubahan itu berlaku. Kajian Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif awal bergantung pada aktiviti motor dan deria. Beliau tidak berfikir bahawa mungkin keupayaaan otak bayi berkembang lebih cepat daripada keupayaan motor dan deria. Piaget percaya bahawa bayi tidak faham tentang konsekuen tindakan mereka terhadap persekitaran sehingga berumur 4 atau 5 bulan iaitu apabila mereka mempunyai kawalan ke atas pergerakan tangan mereka. Walaubagaimanpun, ada kajian terkini yang telah membuktikan bahawa bayi yang berumur 2 bulan pun telah dapat memahami bahawa tindakan mereka akan memberi kesan terhadap persekitaran.

IMPLIKASI  TEORI  PEMBELAJARAN  KOGNITIF

Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran sangat dipengaruhi oleh teori pembelajaran kognitif. Hal ini jelas membuktikan teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori ini menekankan proses kognitif untuk menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, teori ini juga menekankan faktor pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini menegaskan bahawa pengalaman sedia ada murid-murid akan banyak membantu mereka dalam menyelesaikan masalah. Dengan wujudnya teori pembelajaran kognitif ini ia sekali gus memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-murid. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaranmurid-murid iaiah merangsang ingatan kanak-kanak semula.

Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut berada di alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan pengetahuan ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidakakan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut.

Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid ialah membantu murid-murid mengingat semula. Oleh kerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia dewasa. Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif yang berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka masing-masing. Dalam bilik darjah, murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka.

 Selain itu, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut memperoleh pengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-kanaktersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu murid-murid semula tentang apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka miliki ketika di prasekolah.

Di samping itu, implikasi pembelajaran kognitif yang lain ialah isi-isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Mengikut pendapat Jean Piaget dalam teori pembelajaran kognitif, beliau telah mengelaskan kepada empat tahap perkembangan kognitif Piaget iaitu sensori motor( sejak lahir hingga 2 tahun), praoperasi (2 hingga 7 tahun), operasi konkrit (7 hingga 11 tahun) dan operasi formal (11tahun hingga remaja). Oleh yang demikian, isi pelajaran yang di sampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur atau pun tahap masing-masing. Di sini, guru haruslah menyampaikan dan menyusun isi-isi pelajaran mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Contohnya, di prasekolah ia lebih kepada bermain sambil belajar serta cenderung kepada pengetahuan asas tentang kemahiran 3M dengan itu guru hendaklah mengajar murid-murid tersebut mengikut peringkat perkembangan mereka dan bukannya mengajar mereka dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah.



08:24 0

aktiviti 2-3 tahun


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhI4bBxNQd7zrnw85DjWgkeK6n1eZWRXNLNorpISykNS4YOJoUDvl6lvr62vQVDEVDHx1Jxu2BzqvUplEFGm5BhF7lk3oaPwSYaMpfEQ_DFljZrTlNXiSFaNmdiAxBmqvhCNjG_GcjgQIk/s1600/Logo+UPSI+baru.jpg
KAS1053
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI PERSPEKTIF PENDIDIKAN
NAMA                        : NUR ALIA BINTI AHMAD
NOMBOR MATRIK : E20101000906
PROGRAM                : DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
KOD PROGRAM      : A2520
SEMESTER                : SESI 2 2010/2011
KUMP.  KULIAH     : B
TAJUK                       : MODUL YANG DAPAT MERANGSANG PERKEMBANGAN  SENSORI DERIA KANAK-KANAK.
DISEDIAKAN KEPADA :
NAMA PENSYARAH          : CIK SITTI SAIDAH BINTI HAJI SALENG
TARIKH SERAHAN            : 2 MAC 2011
ISI KANDUNGAN
TAJUK
MUKA SURAT
Penghargaan
                                i.             
Biodata
                              ii.             
Pengenalan
1 – 2
MODUL 1      :           Lihat apa itu?
3 – 4
MODUL 2      :           Saya boleh dengar
4 – 6
MODUL 3      :           Jag suhu
6 – 7
MODUL 4      :           Jom rasa
7 – 9
MODUL 5      :           Kain apa ini?
9 – 11
Penerangan
11 – 14
Kesimpulan
14
Rujukan
15
Lampiran
-           












PENGAKUAN


Adalah dengan sesungguhnya saya mengaku dan mengesahkan bahawa segala isi kandungan kerja kursus ini adalah hasil tulisan saya sendiri. Saya juga mengakui bahawa ia bukan ditiru, dicetak atau diciplak secara semberono dari mana-mana pihak. Sumber saya adalah daripada bahan-bahan koleksi peribadi dan juga sumber dari internet.



 ………………………...       
NUR ALIA BINTI AHMAD
   K/P: 921215-03-6358
                                                                    E20101000906







           

1.0          PENGHARGAAN

 

PENGHARGAAN


Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia..
                            Sebelum memulakan bicara, saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya saya berjaya menyiapkan tugasan ini pada masa yang telah ditetapkan.
Saya juga ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga terutamanya kepada pensyarah kursus Perkembangan Kanak-kanak Dari Perspektif Pendidikan iaitu Cik Sitti Saidah binti Haji Saleng serta pensyarah-pensyarah lain yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Beliau juga tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Segala ilmu yang saya perolehi akan saya manfaatkan dengan semaksima mungkin.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang selalu memberi tunjuk ajar, berkongsi maklumat dan memberi dorongan serta semangat dalam menyiapkan tugasan ini. Untuk menyiapkan tugasan ini, sumber utama yang saya rujuk adalah daripada buku-buku rujukan, nota-nota yang diberikan oleh pensyarah, buku-buku PERMATA serta bahan-bahan sampingan daripada pautan internet. Saya juga telah mendapatkan maklumat daripada pensyarah-pensyarah lain sebagai rujukan tambahan untuk memantapkan lagi tugasan saya ini.
Walaupun saya menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran serta kekangan masa untuk mengumpul bahan dan membuat rujukan di pusat sumber, namun sagala kepayahan pasti ada pulangannya. Di samping itu juga, ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan dan keluarga yang sudi membantu dan memberi semangat serta dorongan untuk menyiapkan tugasan ini.
Akhir bicara, saya mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada pensyarah-pensyarah di atas bimbingan serta tunjuk ajar selama saya mengikuti program PAKK ini.

Cetusan rasa : Nur Alia Ahmad

3.0       PENGENALAN
Saya telah diberi tugasan individu bagi kursus Perkembangan Kanak-kanak Dari Perspektif Pendidikan bagi merancang dan membina modul yang dapat merangsang dan membantu perkembangan kanak-kanak. Saya telah diberi sebanyak lima pilihan iaitu sensori deria, emosi, sosial, moral dan rohani serta intelek. Saya telah membuat keputusan memilih membina modul yang dapat membantu perkembangan sensori deria kanak-kanak. Masa yang diberikan ialah selama 10 minggu bagi menyiapkan tugasan ini.
            Menurut Berk, perkembangan merupakan satu proses kompleks yang merangkumi perubahan secara kuantitatif dan kualitatif dari segi aspek fizikal, perseptual, intelektual, bahasa, emosi, sosial dan moral seseorang individu. Perubahan kuantitatif bermaksud suatu perubahan yang boleh diukur secara konkrit seperti ketinggian atau berat, sama ada meningkat atau menurun, manakala, perubahan kualitatif merupakan suatu perubahan yang lebih abstrak dari satu tahap ke tahap yang lain, seperti kemahiran berfikir atau bersosial. Proses perubahan berlaku hasil daripada tindakan yang saling berkait antara kematangan dengan pembelajaran dan berlaku secara beransur-ansur. Semua perkembangan, sama ada berbentuk fizikal, intelektual, tingkah laku ataupun sahsiah adalah mengikut beberapa aturan semulajadi dan sifat-sifat yang sejagat. Sebagai contoh, seseorang kanak-kanak kecil berupaya meniarap sebelum merangkak, duduk sebelum berdiri dan berjalan sebelum berlari. Secara ringkasnya, perkembangan merupakan pengaliran yang saling berkait antara kuantitatif dan kualitatif yang menuju kearah tertentu dan yang dijangkakan. Perkembangan akan berlaku secara berterusan dan kumulatif iaitu daripada persenyawaan hingga hujung hayat. Selain itu, kadar dan tahap perkembangan berbeza-beza antara individu dan juga bergantung kepada faktor pengaruh baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan yang dapat dicapai manakala persekitaran akan membantu pencapaian perkembangan ke satu tahap yang maksimum.
Setiap kanak-kanak mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Untuk mencapai perkembangan yang optimum dan meningkatkan potensi perkembangan , pihak ibu bapa, guru dan pakar dalam perkembangan kanak-kanak harus mengetahui status perkembangan yang menyeluruh . Melalui pengetahuan, barulah sesuatu program dapat dirancang secara berkesan untuk meningkatkan kekuatan kanak-kanak di samping membaiki kelemahan kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal ialah bertambah mahir menggunakan anggota badan seperti memegang, berjalan, berlari dan melompat serta alat deria iaitu melalui persepsi kanak-kanak melalui penglihatan dan pendengaran. Perkembangan pesat akan berlaku ke atas seseorang individu pada peringkat awal kanak-kanak. Tokoh-tokoh terkenal pendidikan awal kanak-kanak telah mengkaji perkembangan kanak-kanak seperti Maria Montessori, Imam Al-Ghazali, Friedrich Froebel dan ramai lagi ahli pengkaji telah menekankan aktiviti belajar sambil bermain supaya kanak-kanak dapat menggunakan deria mereka untuk mempelajari sesuatu. Melalui pembelajaran menggunakan deria, kanak-kanak akan dapat mempelajari sesuatu pembelajaran dengan lebih baik kerana mereka mendapat pengalaman yang sebenar mengenai aktiviti permainan tersebut. Pembelajaran yang berlaku akan lebih menarik dan seronok berbanding pembelajaran secara formal. Melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran melalui deria, kanak-kanak akan lebih tertarik serta lebih berminat untuk meneruskan pembelajaran. Saya telah menyediakan beberapa modul aktiviti pembelajaran bagi kanak-kanak taska serta cara pelaksanaan aktiviti.

4.0       MODUL
4.1       MODUL 1
TAJUK            :           Lihat apa itu?
UMUR             :           2 – 3 tahun
MASA             :           10 - 20 minit
TUNJANG      :           Perkembangan sensori deria (penglihatan)

OBJEKTIF
v  Menajamkan deria melihat kanak-kanak.
v  Melatih kanak-kanak mengecam warna.
v  Merangsang kebolehan kanak-kanak membezakan warna.
v  Melahirkan rasa seronok untuk belajar.
v  Menarik minat kanak-kanak untuk belajar.

BAHAN
v  Papan warna.

CARA PELAKSANAAN

SEBELUM
a.    Guru atau pengasuh hendaklah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk melakukan aktiviti.
b.    Pastikan kanak-kanak telah bersedia untuk melakukan aktiviti seperti memberi susu, menukar lampin serta kanak-kanak dalam keadaan selesa.
c.    Gunakan bahan yang tidak membahayakan kanak-kanak.

SEMASA
a.    Mulakan aktiviti dengan memberitahu kanak-kanak mengenai aktiviti yang akan dilakukan.
b.    Guru atau pengasuh hendaklah memperkenalkan tiga warna kepada mereka.
c.    Gunakan warna-warna yang terang bagi menarik perhatian kanak-kanak seperti merah, biru dan kuning secara berpasangan.
d.    Letakkan keenam-enam papan warna di hadapan kanak-kanak.
e.    Guru atau pengasuh hendaklah mengambil salah satu daripada warna tersebut serta tunjukkan kepada mereka.
f.     Kemudian, suruh kanak-kanak mencari satu lagi papan yang mempunyai warna yang sama.
g.    Akhirnya, kanak-kanak hendaklah menyusun warna-warna tersebut secara berpasang-pasangan ke dalam satu ruang mengikut pasangan masing-masing.
h.    Apabila kanak-kanak sudah mahir, tambahkan jumlah kepingan kad warna menjadi lapan dan seterusnya 12 keping.
i.      Setelah mereka dapat menguasai warna-warna tersebut,tambahkan beberapa keping kad warna yang mempunyai warna yang sama tetapi berbeza dari segi ton.

SELEPAS
a.    Perhatikan perkembangan deria penglihatan kanak-kanak.
b.    Catatkan kebolehan kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung yang baru dipraktikkan oleh kanak-kanak selepas aktiviti.

FAEDAH/HASIL PEMBELAJARAN
1.    Kemahiran penggunaan deria kanak-kanak meningkat.
2.    Kanak-kanak dapat mengenal dan mengecam warna.
3.    Kebolehan kanak-kanak dalam membezakan warna meningkat.
4.    Kanak-kanak akan berasa seronok untuk belajar.
5.    Guru atau pendidik dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk belajar sambil bermain.

4.2       MODUL 2
TAJUK                        :           Saya boleh dengar.
UMUR             :           2 – 4 tahun
MASA             :           10 - 20 minit
TUNJANG      :           Perkembangan sensori deria (pendengaran)

OBJEKTIF
v  Menajamkan deria pendengaran kanak-kanak.
v  Melatih kanak-kanak membezakan bunyi.
v  Membolehkan kanak-kanak mengecam bunyi tanpa melihat.
v  Melahirkan rasa seronok untuk belajar.
v  Dapat mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.

BAHAN
v  Empat kotak kecil yang mempunyai persamaan dari segi warna dan saiz.

CARA PELAKSANAAN

SEBELUM
a.    Guru atau pengasuh hendaklah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan bagi melaksanakan aktiviti.
b.    Pastikan kanak-kanak bersedia untuk melakukan aktiviti seperti memberi susu, menukar lampin serta kanak-kanak dalam keadaan selesa.
c.    Guru atau pengasuh hendaklah mengisi kotak-kotak tersebut dengan benda berlainan.
d.    Sebagai contoh, masukkan dua kotak dengan pasir yang halus dan dua lagi dengan batu-batu kasar.

SEMASA
a.    Guru atau pengasuh hendaklah memberitahu kanak-kanak mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan.
b.    Cuba menarik minat kanak-kanak dengan meneka permainan yang akan dijalankan melalui bahan-bahan yang telah disediakan.
c.    Kanak-kanak diminta menggongcangkan kotak-kotak tersebut.
d.    Mereka hendaklah memadankan kotak-kotak yang mempunyai persamaan bunyi.
e.    Jika kanak-kanak mula tidak berminat untuk melakukan aktiviti, cuba tarik perhatian mereka.

SELEPAS
a.    Perhatikan perkembangan deria pendengaran kanak-kanak.
b.    Guru atau pengasuh hendaklah mencatatkan kemahiran pendengaran kanak-kanak.
c.    Perhatikan pengetahuan kanak-kanak mengenai bunyi-bunyi yang mereka dengar serta membezakan bunyi haiwan.

FAEDAH/HASIL PEMBELAJARAN
1.    Kemahiran penggunaan deria kanak-kanak meningkat.
2.    Kanak-kanak akan dapat membezakan bunyi dengan baik.
3.    Kemahiran kanak-kanak mengesan bunyi turut meningkat.
4.    Kanak-kanak akan berasa seronok untuk belajar.
5.    Proses pembelajaran lebih berfokus kepada perkembangan deria pendengaran kanak-kanak.

4.3       MODUL 3
TAJUK            :           Jag Suhu
UMUR             :           3 tahun
MASA             :           10 - 20 minit
TUNJANG      :           Perkembangan sensori deria (sentuhan)

OBJEKTIF
v  Mempertingkatkan kemahiran sentuhan kanak-kanak.
v  Melatih kanak-kanak membezakan deria sentuhan.
v  Meningkatkan perkembangan deria kanak-kanak.
v  Menarik minat kanak-kanak untuk belajar.
v  Melahirkan rasa seronok untuk ke taska.

BAHAN
v  Jag suhu.

CARA PELAKSANAAN

SEBELUM
a.    Guru atau pengasuh hendaklah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan bagi melaksanakan aktiviti.
b.    Pastikan kanak-kanak bersedia untuk melakukan aktiviti seperti memberi susu, menukar lampin serta kanak-kanak dalam keadaan selesa.
c.    Guru-guru hendaklah mengambil langkah-langkah keselamatan sebelum dan semasa melakukan aktiviti.

SEMASA
a.    Jag diperbuat daripada daripada besi dimasukkan ke dalam air yang berbeza suhunya.
b.    Mereka hendaklah membezakan suhu air tersebut.
c.    Seterusnya, kanak-kanak mestilah memadankan jug yang sama suhunya.
d.    Pastikan suhu air tidak terlalu tinggi kerana akan membahayakan keselamatan kanak-kanak.

SELEPAS
a.    Perhatikan perkembangan deria sentuhan kanak-kanak.
b.    Guru atau pengasuh hendaklah memberi peluang kanak-kanak meneroka persekitaran melalui deria sentuhan mereka.
c.    Guru atau pengasuh hendaklah mencatatkan perkembangan deria sentuhan kanak-kanak dari semasa ke semasa.

FAEDAH/HASIL PEMBELAJARAN
1.    Kemahiran deria sentuhan kanak-kanak akan meningkat.
2.    Kanak-kanak dapat membezakan suhu panas dan sejuk.
3.    Perkembangan deria kanak-kanak semakin meningkat.
4.    Kanak-kanak akan tertarik untuk belajar di taska.
5.    Melalui aktiviti-aktiviti tersebut, kanak-kanak akan mendapat pengalaman sebenar (hands-on activity).

4.4       MODUL 4
TAJUK                        :           Jom rasa
UMUR             :           4 tahun
MASA             :           10 - 20 minit
TUNJANG      :           Perkembangan sensori deria (rasa)


OBJEKTIF
v  Menajamkan deria rasa kanak-kanak.
v  Melatih kanak-kanak mengenal rasa pahit,manis,masam dan masin.
v  Melahirkan rasa seronok dalam diri kanak-kanak.
v  Menarik minat kanak-kanak untuk belajar.
v  Meningkatkan perkembangan deria kanak-kanak.

BAHAN
v  Garam.
v  Gula.
v  Air kopi.
v  Buah asam.
v  Air mineral

CARA PELAKSANAAN

SEBELUM
a.       Guru atau pengasuh hendaklah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan bagi melaksanakan aktiviti.
b.      Pastikan kanak-kanak bersedia untuk melakukan aktiviti seperti memberi susu serta kanak-kanak dalam keadaan selesa.
c.       Memberitahu serta memperkenalkan kepada kanak-kanak mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan.

SEMASA
a.    Susun bahan-bahan di dalam piring.
b.    Perkenalkan bahan-bahan tersebut kepada kanak-kanak.
c.    Kanak-kanak dikehendaki merasa makanan tersebut.
d.    Guru atau pengasuh hendaklah bertanya kepada mereka apakah rasa makanan tersebut.
e.    Jika kanak-kanak tidak dapat memberikan jawapan, jelaskan kepada mereka mengenai rasa makanan tersebut.
f.     Setelah itu, berikan air mineral kepada mereka bagi meneutralkan rasa itu tadi.
g.    Apabila mereka telah bersedia untuk meneruskan pembelajaran, biarkan mereka mencuba makanan yang seterusnya.
h.    Akhir sekali, pastikan mereka merasa kesemua makanan tersebut dan dapat mengenal rasa serta membezakan rasa tersebut.

SELEPAS
a.    Guru atau pengasuh hendaklah menyuruh kanak-kanak membasuh mulut serta mencuci tangan setelah selesai melakukan aktiviti.
b.    Guru atau pengasuh hendaklah memerhatikan perkembangan deria rasa kanak-kanak.
c.    Catatkan setiap perkembangan mereka dari semasa ke semasa.
d.    Galakkan kanak-kanak membezakan rasa makanan mereka setiap hari.

FAEDAH/HASIL PEMBELAJARAN
1.    Deria rasa kanak-kanak semakin tajam.
2.    Kanak-kanak dapat mengenal rasa pahit,manis,masam dan masin.
3.    Kanak-kanak mendapat pengalaman ‘hands-on’ dengan merasa sendiri sambil belajar.
4.    Kanak-kanak akan tertarik dan lebih gemar ke taska.
5.    Kanak-kanak dapat membezakan deria mereka dengan baik.

4.5       MODUL 5
TAJUK            :           Kain apa ini?
UMUR             :           4 tahun
MASA             :           10 - 20 minit
TUNJANG      :           Perkembangan sensori deria (sentuhan)

OBJEKTIF
v  Meningkatkan perkembangan sensori deria sentuhan kanak-kanak.
v  Mendedahkan kanak-kanak kepada pembelajaran melalui pengalaman.
v  Melahirkan rasa seronok untuk belajar.
v  Menajamkan deria sentuhan kanak-kanak.
v  Membolehkan kanak-kanak belajar melalui bermain.

BAHAN
v  Kain baldu
v  Kain sutera
v  Kain kapas (kain kapas yang halus dan kain kapas yang kasar)
v  Kain linen (kain linen yang halus dan kain linen yang kasar)

CARA PELAKSANAAN

SEBELUM
a.    Guru atau pengasuh hendaklah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan bagi melaksanakan aktiviti.
b.    Pastikan kanak-kanak bersedia untuk melakukan aktiviti seperti memberi susu serta kanak-kanak dalam keadaan selesa.
c.    Memberi penerangan kepada kanak-kanak mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan.

SEMASA
a.    Letakkan kain-kain tersebut di hadapan kanak-kanak.
b.    Guru atau pengasuh hendaklah memperkenalkan jenis-jenis kain di hadapan mereka.
c.    Seterusnya, beri peluang kepada kanak-kanak bagi menyentuh kain tersebut.
d.    Kanak-kanak hendaklah membezakan tekstur kain tersebut.
e.    Akhir sekali, kanak-kanak hendaklah memadankan kain-kain tersebut mengikut tekstur dan jenis kain yang sepadan.

SELEPAS
a.    Perhatikan perkembangan deria sentuhan kanak-kanak.
b.    Guru atau pengasuh hendaklah memberi peluang kanak-kanak meneroka persekitaran terutama alam semulajadi bagi meningkatkan perkembangan deria sentuhan kanak-kanak.
c.    Guru atau pengasuh hendaklah memerhatikan serta mencatatkan perkembangan deria sentuhan kanak-kanak dari semasa ke semasa.
d.    Galakkan kanak-kanak belajar melalui pengalaman.

FAEDAH/HASIL PEMBELAJARAN
1.    Perkembangan sensori deria sentuhan kanak-kanak akan meningkat.
2.    Kanak-kanak akan belajar melalui pengalaman.
3.    Keseronokan dalam pembelajaran kanak-kanak akan memudahkan proses pembelajaran dan mengingat.
4.    Deria sentuhan kanak-kanak akan lebih tajam.
5.    Kanak-kanak mendapat pengalaman ‘hands-on’ apabila dapat menyentuh dan membezakan tekstur kain tersebut.

5.0 PENERANGAN
 Saya memilih untuk membina modul atau bahan yang dapat merangsang dan membantu perkembangan sensori deria kanak-kanak kerana hasil daripada pemerhatian dan pembelajaran saya, ramai tokoh-tokoh pendidikan awal kanak-kanak seperti Maria Montessori, Imam Al-Ghazali, Friedrich Froebel dan lain-lain lagi menekankan permainan dalam pembelajaran kanak-kanak. Mereka berpendapat bahawa pembelajaran melalui deria kanak-kanak dapat membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak ke tahap yang sepatutnya. Guru atau pendidik hendaklah mereka dan menyediakan modul-modul pembelajaran yang sesuai bagi setiap peringkat umur dan mengikut kesesuaian perkembangan kanak-kanak. Hal ini dapat membantu perkembangan kanak-kanak dengan baik. Jika aktiviti yang dirancang melebihi daripada kebolehan dan kesediaan kanak-kanak, kanak-kanak akan mendapat kesan yang negatif dan akan membantut perkembangan mereka. Guru atau pendidik juga perlu mempunyai ilmu yang tinggi mengenai perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak kerana sebagai pendidik, kita hendaklah mampu meningkatkan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak pada tahap yang maksimum. Oleh itu, perkembangan kanak-kanak akan lebih lancar dan mengikut tahap-tahap yang betul. Selain itu, saya amat yakin  dengan pembelajaran melalui deria kerana fitrah kanak-kanak yang suka mencuba sesuatu yang baru. Oleh itu, mereka akan mendapat pengalaman secara langsung daripada aktiviti yang dilaksanakan. Aktiviti-aktiviti yang dirancang hendaklah mengutamakan alam semulajadi supaya kita dapat menerapkan semangat cintakan alam semulajadi di samping proses pembelajaran. Proses pembelajaran melalui deria ialah proses pembelajaran yang paling efektif kerana deria memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian. Oleh itu, pengalaman yang diperoleh melalui deria akan lebih bermakna bagi kanak-kanak. Mereka akan berasa seronok untuk belajar. Hal ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk meneruskan proses pembelajaran. Guru atau pendidik yang mampu menarik minat kanak-kanak akan dapat meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak apabila aktiviti yang dilaksanakan lebih menarik dan kreatif. Sifat kanak-kanak yang gemar bertanya akan turut mempengaruhi perkembangan mereka. Oleh itu, penerangan secara teori tidak akan memberi gambaran yang jelas kepada kanak-kanak. Penggunaan deria melalui pengalaman ‘hands-on’ akan memberi efek yang besar terhadap perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Oleh itu, saya telah memilh dan mereka beberapa model pembelajaran yang sesuai bagi meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
            Penggunaan deria merupakan agen pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang paling penting. Sesuai dengan cara pembelajaran kanak-kanak melalui bermain, kanak-kanak akan menggunakan kesemua deria mereka apabila mendengar, menyentuh, melihat, merasa dan bau. Oleh itu, mereka akan mendapat pengalaman ‘hands-on’ menerusi permainan yang menyebabkan proses pembelajaran berlaku.
            Melalui modul yang pertama iaitu ‘Lihat apa itu?’, Kanak-kanak akan diperkenalkan dengan warna. Warna-warna yang terang dipilih supaya dapat menarik minat kanak-kanak untuk menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Melalui pembelajaran tersebut, kanak-kanak akan dapat menajamkan deria penglihatan mereka dengan membezakan warna-warna tersebut dengan jelas. Hal ini disebabkan, mengikut teori Eric Erikson,prinsip perkembangan bayi dan kanak-kanak pada umur 8 bulan hingga 3 tahun ialah autonomi lawan perasaan malu atau keraguan. Oleh itu, jika kanak-kanak didedahkan dengan permainan-permainan seperti ini dan diberi peneguhan yang tepat, perkembangan kanak-kanak akan berlaku dengan baik serta akan meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak pada masa yang akan datang. Di samping itu juga, aktiviti-aktiviti permainan juga dapat melahirkan rasa seronok dan gembira dalam diri kanak-kanak. Secara tidak langsung, perkembangan emosi kanak-kanak juga akan berkembang dengan baik. Aktiviti-aktiviti menyusun kepingan-kepingan papan warna juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak kerana mereka harus menggunakan koordinasi mata dan tangan untuk menyusun kepingan kad-kad tersebut. Oleh itu, modul ini amat bersesuaian bagi kanak-kanak yang berumur dua hingga tiga tahun bagi meningkatkan perkembangan deria penglihatan kanak-kanak di samping meningkatkan kemahiran-kemahiran perkembangan mereka secara keseluruhan.
            Modul permainan yang kedua pula ialah ‘Saya boleh dengar’. Melalui modul ini, kanak-kanak akan belajar menggunakan deria pendengaran mereka kerana mereka haruslah peka terhadap bunyi yang dikeluarkan melalui empat kotak kecil yang terdapat bahan yang berlainan. Mereka hendaklah mengenalpasti bunyi berkenaan. Guru hendaklah menggalakkan kanak-kanak meneka bunyi tersebut supaya perkembangan kognitif kanak-kanak juga berlaku. Selepas kanak-kanak cuba menggoncangkan kotak-kotak tersebut, guru sebagai pembimbing dan pemerhati hendaklah bertanya kepada mereka adakah bunyi yang terhasil adalah sama ataupun tidak. Lihat reaksi kanak-kanak berdasarkan jawapan mereka. Melalui persoalan-persoalan yang timbul, guru hendaklah menjelaskan bunyi-bunyi tersebut. Jika kanak-kanak tidak dapat meneka dengan tepat, beri cadangan jawapan yang berhampiran dengan jawapan sebenar. Berikan masa yang secukupnya untuk mereka mengkaji bahan tersebut. Setelah itu, beri penerangan yang mendalam mengenai bunyi-bunyi yang terhasil. Oleh itu, perkembangan deria pendengaran kanak-kanak akan berkembang dengan baik.
            Modul yang ketiga ialah ‘Jag suhu’. Permainan ini amat sesuai dijalankan dalam aktiviti pembelajaran di sekolah kerana kanak-kanak tidak diberi peluang semasa di rumah untuk mempelajari suhu. Hal ini disebabkan ibu bapa amat membimbangkan jika suhu air terlalu panas dan membahayakan kanak-kanak apabila disentuh. Tambahan pula, kanak-kanak hendaklah menggunakan deria sentuhan melalui kulit untuk menyentuh dan merasa suhu tersebut. Melalui aktiviti seperti ini, kanak-kanak akan belajar secara langsung mengenai suhu. Secara tidak langsung, kanak-kanak akan sentiasa berhati-hati jika diberi amaran seperti air panas. Seterusnya akan menghindarkan kanak-kanak daripada berlaku kemalangan. Jika kanak-kanak tidak diberi pengetahuan dan pengalaman mengenai sesuatu perkara, kanak-kanak tidak akan mengetahui maksud sebenar mengenai mengapa mereka dihalang untuk berbuat sesuatu perkara. Setelah itu, jelaskan kepada kanak-kanak mengenai suhu dengan lebih jelas serta amaran-amaran supaya kanak-kanak menjaga keselamatan mereka. Oleh itu, perkembangan kanak-kanak bukan sahaja berpusat pada perkembangan deria sentuhan sahaja, malah kanak-kanak juga mempelajari cara menjaga keselamatan diri.
            Selain itu juga, melalui modul yang keempat iaitu ‘Jom rasa’, kanak-kanak akan didedahkan dengan pelbagai deria rasa. Antaranya ialah masam, masin, manis dan pahit. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak akan mendapat pengalaman secara langsung. Menurut Maria Montessori, kanak-kanak yang berusia empat tahun sudah bersedia untuk menjalankan aktiviti ini. Oleh itu, perkembangan deria rasa kanak-kanak akan meningkat. Pembelajaran melalui deria amat bermakna kepada kanak-kanak kerana mereka tidak belajar secara teori semata-mata. Sebagai contoh, apabila kanak-kanak berada di rumah, kanak-kanak suka untuk mencuba sesuatu yang baru seperti mahu makan garam. Ibu bapa pasti melarang kanak-kanak daripada berbuat demikian kerana mereka memberitahu garam tersebut masin. Oleh itu, kanak-kanak tidak akan mengetahui bagaimana rasa masin yang diberitahu oleh ibu bapa mereka. Melalui pendedahan yang dilakukan dalam aktiviti ini, kanak-kanak mampu mengelaskan dan membezakan rasa. Guru juga perlu memberi penjelasan kepada kanak-kanak serta cuba meningkatkan kebolehan kanak-kanak dalam membezakan deria rasa pada waktu-waktu lain. Sebagai contoh, sewaktu makan, guru boleh bertanya secara ringkas mengenai rasa makanan tersebut. Oleh sebab itu, deria rasa kanak-kanak akan meningkat bukan sahaja melalui pembelajaran secara langsung tetapi juga melalui pembelajaran secara berterusan. Peningkatan perkembangan akan terus berlaku dari semasa ke semasa.
            Akhir sekali, modul yang kelima ialah ‘Kain apa ini?’. Aktiviti melalui modul ini menekankan penggunaan deria sentuhan. Hal ini disebabkan, kanak-kanak perlu menyentuh kain-kain yang disediakan dan mengenalpasti jenis kain tersebut. Oleh itu, perkembangan deria sentuhan kanak-kanak akan meningkat apabila kanak-kanak berjaya mengenalpasti jenis kain yang disentuh. Aktiviti ini kelihatan mudah tetapi sukar bagi kanak-kanak membezakannya. Gunakan kain yang berwarna putih supaya kanak-kanak dapat membezakan jenis kain melalui deria sentuhan mereka. Penjelasan yang diberi hendaklah tidak mengelirukan kanak-kanak supaya mereka tidak keliru. Proses pembelajaran yang berlangsung bukan sekadar untuk memperkenalkan jenis kain, tetapi tujuan utamanya ialah supaya kanak-kanak dapat membezakan jenis-jenis permukaan kain tersebut sebagi contoh, lembut, licin dan kasar.  Oleh itu, aktiviti ini amat bersesuaian daalm proses meningkatkan perkembangan deria kanak-kanak.

6.0 KESIMPULAN
Modul-modul ini banyak merangsang perkembangan deria kanak-kanak khususnya termasuklah perkembangan kanak-kanak dari aspek yang lain. Oleh itu, modul ini amat sesuai diaplikasikan di taska. Pelbagai aktiviti yang menarik perlu dirancang bagi menambahkan kualiti bagi mengembangkan aspek perkembangan kanak-kanak secara lebih menyeluruh. Kesimpulannya, sebagai pendidik, kita hendaklah mengetahui peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak mengikut pereingkat usia supaya aktiviti yang dirancang bertepatan dan sesuai dijalankan. Oleh yang demikian, proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik dan lancar serta proses perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak berlaku seiringan.



RUJUKAN

Buku Ilmiah
Azizah Lebai Nordin (2002), Pendidikan Awal Kanaka-kanak Teori dan Amali : Universiti Malaya Kuala Lumpur
Rohani Abdullah (2001), Perkembangan Kanak-kanak : Universiti Putra Malaysia

Pensyarah
Cik Sitti Saidah binti Saleng, KAS1043
Encik Kamaruddin bin Daud, KAI1043

Sumber Internet




08:21 0

◀ Past | Home |

Credits