aktiviti 2-3 tahun


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhI4bBxNQd7zrnw85DjWgkeK6n1eZWRXNLNorpISykNS4YOJoUDvl6lvr62vQVDEVDHx1Jxu2BzqvUplEFGm5BhF7lk3oaPwSYaMpfEQ_DFljZrTlNXiSFaNmdiAxBmqvhCNjG_GcjgQIk/s1600/Logo+UPSI+baru.jpg
KAS1053
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI PERSPEKTIF PENDIDIKAN
NAMA                        : NUR ALIA BINTI AHMAD
NOMBOR MATRIK : E20101000906
PROGRAM                : DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
KOD PROGRAM      : A2520
SEMESTER                : SESI 2 2010/2011
KUMP.  KULIAH     : B
TAJUK                       : MODUL YANG DAPAT MERANGSANG PERKEMBANGAN  SENSORI DERIA KANAK-KANAK.
DISEDIAKAN KEPADA :
NAMA PENSYARAH          : CIK SITTI SAIDAH BINTI HAJI SALENG
TARIKH SERAHAN            : 2 MAC 2011
ISI KANDUNGAN
TAJUK
MUKA SURAT
Penghargaan
                                i.             
Biodata
                              ii.             
Pengenalan
1 – 2
MODUL 1      :           Lihat apa itu?
3 – 4
MODUL 2      :           Saya boleh dengar
4 – 6
MODUL 3      :           Jag suhu
6 – 7
MODUL 4      :           Jom rasa
7 – 9
MODUL 5      :           Kain apa ini?
9 – 11
Penerangan
11 – 14
Kesimpulan
14
Rujukan
15
Lampiran
-           












PENGAKUAN


Adalah dengan sesungguhnya saya mengaku dan mengesahkan bahawa segala isi kandungan kerja kursus ini adalah hasil tulisan saya sendiri. Saya juga mengakui bahawa ia bukan ditiru, dicetak atau diciplak secara semberono dari mana-mana pihak. Sumber saya adalah daripada bahan-bahan koleksi peribadi dan juga sumber dari internet.



 ………………………...       
NUR ALIA BINTI AHMAD
   K/P: 921215-03-6358
                                                                    E20101000906







           

1.0          PENGHARGAAN

 

PENGHARGAAN


Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia..
                            Sebelum memulakan bicara, saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya saya berjaya menyiapkan tugasan ini pada masa yang telah ditetapkan.
Saya juga ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga terutamanya kepada pensyarah kursus Perkembangan Kanak-kanak Dari Perspektif Pendidikan iaitu Cik Sitti Saidah binti Haji Saleng serta pensyarah-pensyarah lain yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Beliau juga tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Segala ilmu yang saya perolehi akan saya manfaatkan dengan semaksima mungkin.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang selalu memberi tunjuk ajar, berkongsi maklumat dan memberi dorongan serta semangat dalam menyiapkan tugasan ini. Untuk menyiapkan tugasan ini, sumber utama yang saya rujuk adalah daripada buku-buku rujukan, nota-nota yang diberikan oleh pensyarah, buku-buku PERMATA serta bahan-bahan sampingan daripada pautan internet. Saya juga telah mendapatkan maklumat daripada pensyarah-pensyarah lain sebagai rujukan tambahan untuk memantapkan lagi tugasan saya ini.
Walaupun saya menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran serta kekangan masa untuk mengumpul bahan dan membuat rujukan di pusat sumber, namun sagala kepayahan pasti ada pulangannya. Di samping itu juga, ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan dan keluarga yang sudi membantu dan memberi semangat serta dorongan untuk menyiapkan tugasan ini.
Akhir bicara, saya mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada pensyarah-pensyarah di atas bimbingan serta tunjuk ajar selama saya mengikuti program PAKK ini.

Cetusan rasa : Nur Alia Ahmad

3.0       PENGENALAN
Saya telah diberi tugasan individu bagi kursus Perkembangan Kanak-kanak Dari Perspektif Pendidikan bagi merancang dan membina modul yang dapat merangsang dan membantu perkembangan kanak-kanak. Saya telah diberi sebanyak lima pilihan iaitu sensori deria, emosi, sosial, moral dan rohani serta intelek. Saya telah membuat keputusan memilih membina modul yang dapat membantu perkembangan sensori deria kanak-kanak. Masa yang diberikan ialah selama 10 minggu bagi menyiapkan tugasan ini.
            Menurut Berk, perkembangan merupakan satu proses kompleks yang merangkumi perubahan secara kuantitatif dan kualitatif dari segi aspek fizikal, perseptual, intelektual, bahasa, emosi, sosial dan moral seseorang individu. Perubahan kuantitatif bermaksud suatu perubahan yang boleh diukur secara konkrit seperti ketinggian atau berat, sama ada meningkat atau menurun, manakala, perubahan kualitatif merupakan suatu perubahan yang lebih abstrak dari satu tahap ke tahap yang lain, seperti kemahiran berfikir atau bersosial. Proses perubahan berlaku hasil daripada tindakan yang saling berkait antara kematangan dengan pembelajaran dan berlaku secara beransur-ansur. Semua perkembangan, sama ada berbentuk fizikal, intelektual, tingkah laku ataupun sahsiah adalah mengikut beberapa aturan semulajadi dan sifat-sifat yang sejagat. Sebagai contoh, seseorang kanak-kanak kecil berupaya meniarap sebelum merangkak, duduk sebelum berdiri dan berjalan sebelum berlari. Secara ringkasnya, perkembangan merupakan pengaliran yang saling berkait antara kuantitatif dan kualitatif yang menuju kearah tertentu dan yang dijangkakan. Perkembangan akan berlaku secara berterusan dan kumulatif iaitu daripada persenyawaan hingga hujung hayat. Selain itu, kadar dan tahap perkembangan berbeza-beza antara individu dan juga bergantung kepada faktor pengaruh baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan yang dapat dicapai manakala persekitaran akan membantu pencapaian perkembangan ke satu tahap yang maksimum.
Setiap kanak-kanak mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Untuk mencapai perkembangan yang optimum dan meningkatkan potensi perkembangan , pihak ibu bapa, guru dan pakar dalam perkembangan kanak-kanak harus mengetahui status perkembangan yang menyeluruh . Melalui pengetahuan, barulah sesuatu program dapat dirancang secara berkesan untuk meningkatkan kekuatan kanak-kanak di samping membaiki kelemahan kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal ialah bertambah mahir menggunakan anggota badan seperti memegang, berjalan, berlari dan melompat serta alat deria iaitu melalui persepsi kanak-kanak melalui penglihatan dan pendengaran. Perkembangan pesat akan berlaku ke atas seseorang individu pada peringkat awal kanak-kanak. Tokoh-tokoh terkenal pendidikan awal kanak-kanak telah mengkaji perkembangan kanak-kanak seperti Maria Montessori, Imam Al-Ghazali, Friedrich Froebel dan ramai lagi ahli pengkaji telah menekankan aktiviti belajar sambil bermain supaya kanak-kanak dapat menggunakan deria mereka untuk mempelajari sesuatu. Melalui pembelajaran menggunakan deria, kanak-kanak akan dapat mempelajari sesuatu pembelajaran dengan lebih baik kerana mereka mendapat pengalaman yang sebenar mengenai aktiviti permainan tersebut. Pembelajaran yang berlaku akan lebih menarik dan seronok berbanding pembelajaran secara formal. Melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran melalui deria, kanak-kanak akan lebih tertarik serta lebih berminat untuk meneruskan pembelajaran. Saya telah menyediakan beberapa modul aktiviti pembelajaran bagi kanak-kanak taska serta cara pelaksanaan aktiviti.

4.0       MODUL
4.1       MODUL 1
TAJUK            :           Lihat apa itu?
UMUR             :           2 – 3 tahun
MASA             :           10 - 20 minit
TUNJANG      :           Perkembangan sensori deria (penglihatan)

OBJEKTIF
v  Menajamkan deria melihat kanak-kanak.
v  Melatih kanak-kanak mengecam warna.
v  Merangsang kebolehan kanak-kanak membezakan warna.
v  Melahirkan rasa seronok untuk belajar.
v  Menarik minat kanak-kanak untuk belajar.

BAHAN
v  Papan warna.

CARA PELAKSANAAN

SEBELUM
a.    Guru atau pengasuh hendaklah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk melakukan aktiviti.
b.    Pastikan kanak-kanak telah bersedia untuk melakukan aktiviti seperti memberi susu, menukar lampin serta kanak-kanak dalam keadaan selesa.
c.    Gunakan bahan yang tidak membahayakan kanak-kanak.

SEMASA
a.    Mulakan aktiviti dengan memberitahu kanak-kanak mengenai aktiviti yang akan dilakukan.
b.    Guru atau pengasuh hendaklah memperkenalkan tiga warna kepada mereka.
c.    Gunakan warna-warna yang terang bagi menarik perhatian kanak-kanak seperti merah, biru dan kuning secara berpasangan.
d.    Letakkan keenam-enam papan warna di hadapan kanak-kanak.
e.    Guru atau pengasuh hendaklah mengambil salah satu daripada warna tersebut serta tunjukkan kepada mereka.
f.     Kemudian, suruh kanak-kanak mencari satu lagi papan yang mempunyai warna yang sama.
g.    Akhirnya, kanak-kanak hendaklah menyusun warna-warna tersebut secara berpasang-pasangan ke dalam satu ruang mengikut pasangan masing-masing.
h.    Apabila kanak-kanak sudah mahir, tambahkan jumlah kepingan kad warna menjadi lapan dan seterusnya 12 keping.
i.      Setelah mereka dapat menguasai warna-warna tersebut,tambahkan beberapa keping kad warna yang mempunyai warna yang sama tetapi berbeza dari segi ton.

SELEPAS
a.    Perhatikan perkembangan deria penglihatan kanak-kanak.
b.    Catatkan kebolehan kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung yang baru dipraktikkan oleh kanak-kanak selepas aktiviti.

FAEDAH/HASIL PEMBELAJARAN
1.    Kemahiran penggunaan deria kanak-kanak meningkat.
2.    Kanak-kanak dapat mengenal dan mengecam warna.
3.    Kebolehan kanak-kanak dalam membezakan warna meningkat.
4.    Kanak-kanak akan berasa seronok untuk belajar.
5.    Guru atau pendidik dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk belajar sambil bermain.

4.2       MODUL 2
TAJUK                        :           Saya boleh dengar.
UMUR             :           2 – 4 tahun
MASA             :           10 - 20 minit
TUNJANG      :           Perkembangan sensori deria (pendengaran)

OBJEKTIF
v  Menajamkan deria pendengaran kanak-kanak.
v  Melatih kanak-kanak membezakan bunyi.
v  Membolehkan kanak-kanak mengecam bunyi tanpa melihat.
v  Melahirkan rasa seronok untuk belajar.
v  Dapat mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.

BAHAN
v  Empat kotak kecil yang mempunyai persamaan dari segi warna dan saiz.

CARA PELAKSANAAN

SEBELUM
a.    Guru atau pengasuh hendaklah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan bagi melaksanakan aktiviti.
b.    Pastikan kanak-kanak bersedia untuk melakukan aktiviti seperti memberi susu, menukar lampin serta kanak-kanak dalam keadaan selesa.
c.    Guru atau pengasuh hendaklah mengisi kotak-kotak tersebut dengan benda berlainan.
d.    Sebagai contoh, masukkan dua kotak dengan pasir yang halus dan dua lagi dengan batu-batu kasar.

SEMASA
a.    Guru atau pengasuh hendaklah memberitahu kanak-kanak mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan.
b.    Cuba menarik minat kanak-kanak dengan meneka permainan yang akan dijalankan melalui bahan-bahan yang telah disediakan.
c.    Kanak-kanak diminta menggongcangkan kotak-kotak tersebut.
d.    Mereka hendaklah memadankan kotak-kotak yang mempunyai persamaan bunyi.
e.    Jika kanak-kanak mula tidak berminat untuk melakukan aktiviti, cuba tarik perhatian mereka.

SELEPAS
a.    Perhatikan perkembangan deria pendengaran kanak-kanak.
b.    Guru atau pengasuh hendaklah mencatatkan kemahiran pendengaran kanak-kanak.
c.    Perhatikan pengetahuan kanak-kanak mengenai bunyi-bunyi yang mereka dengar serta membezakan bunyi haiwan.

FAEDAH/HASIL PEMBELAJARAN
1.    Kemahiran penggunaan deria kanak-kanak meningkat.
2.    Kanak-kanak akan dapat membezakan bunyi dengan baik.
3.    Kemahiran kanak-kanak mengesan bunyi turut meningkat.
4.    Kanak-kanak akan berasa seronok untuk belajar.
5.    Proses pembelajaran lebih berfokus kepada perkembangan deria pendengaran kanak-kanak.

4.3       MODUL 3
TAJUK            :           Jag Suhu
UMUR             :           3 tahun
MASA             :           10 - 20 minit
TUNJANG      :           Perkembangan sensori deria (sentuhan)

OBJEKTIF
v  Mempertingkatkan kemahiran sentuhan kanak-kanak.
v  Melatih kanak-kanak membezakan deria sentuhan.
v  Meningkatkan perkembangan deria kanak-kanak.
v  Menarik minat kanak-kanak untuk belajar.
v  Melahirkan rasa seronok untuk ke taska.

BAHAN
v  Jag suhu.

CARA PELAKSANAAN

SEBELUM
a.    Guru atau pengasuh hendaklah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan bagi melaksanakan aktiviti.
b.    Pastikan kanak-kanak bersedia untuk melakukan aktiviti seperti memberi susu, menukar lampin serta kanak-kanak dalam keadaan selesa.
c.    Guru-guru hendaklah mengambil langkah-langkah keselamatan sebelum dan semasa melakukan aktiviti.

SEMASA
a.    Jag diperbuat daripada daripada besi dimasukkan ke dalam air yang berbeza suhunya.
b.    Mereka hendaklah membezakan suhu air tersebut.
c.    Seterusnya, kanak-kanak mestilah memadankan jug yang sama suhunya.
d.    Pastikan suhu air tidak terlalu tinggi kerana akan membahayakan keselamatan kanak-kanak.

SELEPAS
a.    Perhatikan perkembangan deria sentuhan kanak-kanak.
b.    Guru atau pengasuh hendaklah memberi peluang kanak-kanak meneroka persekitaran melalui deria sentuhan mereka.
c.    Guru atau pengasuh hendaklah mencatatkan perkembangan deria sentuhan kanak-kanak dari semasa ke semasa.

FAEDAH/HASIL PEMBELAJARAN
1.    Kemahiran deria sentuhan kanak-kanak akan meningkat.
2.    Kanak-kanak dapat membezakan suhu panas dan sejuk.
3.    Perkembangan deria kanak-kanak semakin meningkat.
4.    Kanak-kanak akan tertarik untuk belajar di taska.
5.    Melalui aktiviti-aktiviti tersebut, kanak-kanak akan mendapat pengalaman sebenar (hands-on activity).

4.4       MODUL 4
TAJUK                        :           Jom rasa
UMUR             :           4 tahun
MASA             :           10 - 20 minit
TUNJANG      :           Perkembangan sensori deria (rasa)


OBJEKTIF
v  Menajamkan deria rasa kanak-kanak.
v  Melatih kanak-kanak mengenal rasa pahit,manis,masam dan masin.
v  Melahirkan rasa seronok dalam diri kanak-kanak.
v  Menarik minat kanak-kanak untuk belajar.
v  Meningkatkan perkembangan deria kanak-kanak.

BAHAN
v  Garam.
v  Gula.
v  Air kopi.
v  Buah asam.
v  Air mineral

CARA PELAKSANAAN

SEBELUM
a.       Guru atau pengasuh hendaklah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan bagi melaksanakan aktiviti.
b.      Pastikan kanak-kanak bersedia untuk melakukan aktiviti seperti memberi susu serta kanak-kanak dalam keadaan selesa.
c.       Memberitahu serta memperkenalkan kepada kanak-kanak mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan.

SEMASA
a.    Susun bahan-bahan di dalam piring.
b.    Perkenalkan bahan-bahan tersebut kepada kanak-kanak.
c.    Kanak-kanak dikehendaki merasa makanan tersebut.
d.    Guru atau pengasuh hendaklah bertanya kepada mereka apakah rasa makanan tersebut.
e.    Jika kanak-kanak tidak dapat memberikan jawapan, jelaskan kepada mereka mengenai rasa makanan tersebut.
f.     Setelah itu, berikan air mineral kepada mereka bagi meneutralkan rasa itu tadi.
g.    Apabila mereka telah bersedia untuk meneruskan pembelajaran, biarkan mereka mencuba makanan yang seterusnya.
h.    Akhir sekali, pastikan mereka merasa kesemua makanan tersebut dan dapat mengenal rasa serta membezakan rasa tersebut.

SELEPAS
a.    Guru atau pengasuh hendaklah menyuruh kanak-kanak membasuh mulut serta mencuci tangan setelah selesai melakukan aktiviti.
b.    Guru atau pengasuh hendaklah memerhatikan perkembangan deria rasa kanak-kanak.
c.    Catatkan setiap perkembangan mereka dari semasa ke semasa.
d.    Galakkan kanak-kanak membezakan rasa makanan mereka setiap hari.

FAEDAH/HASIL PEMBELAJARAN
1.    Deria rasa kanak-kanak semakin tajam.
2.    Kanak-kanak dapat mengenal rasa pahit,manis,masam dan masin.
3.    Kanak-kanak mendapat pengalaman ‘hands-on’ dengan merasa sendiri sambil belajar.
4.    Kanak-kanak akan tertarik dan lebih gemar ke taska.
5.    Kanak-kanak dapat membezakan deria mereka dengan baik.

4.5       MODUL 5
TAJUK            :           Kain apa ini?
UMUR             :           4 tahun
MASA             :           10 - 20 minit
TUNJANG      :           Perkembangan sensori deria (sentuhan)

OBJEKTIF
v  Meningkatkan perkembangan sensori deria sentuhan kanak-kanak.
v  Mendedahkan kanak-kanak kepada pembelajaran melalui pengalaman.
v  Melahirkan rasa seronok untuk belajar.
v  Menajamkan deria sentuhan kanak-kanak.
v  Membolehkan kanak-kanak belajar melalui bermain.

BAHAN
v  Kain baldu
v  Kain sutera
v  Kain kapas (kain kapas yang halus dan kain kapas yang kasar)
v  Kain linen (kain linen yang halus dan kain linen yang kasar)

CARA PELAKSANAAN

SEBELUM
a.    Guru atau pengasuh hendaklah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan bagi melaksanakan aktiviti.
b.    Pastikan kanak-kanak bersedia untuk melakukan aktiviti seperti memberi susu serta kanak-kanak dalam keadaan selesa.
c.    Memberi penerangan kepada kanak-kanak mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan.

SEMASA
a.    Letakkan kain-kain tersebut di hadapan kanak-kanak.
b.    Guru atau pengasuh hendaklah memperkenalkan jenis-jenis kain di hadapan mereka.
c.    Seterusnya, beri peluang kepada kanak-kanak bagi menyentuh kain tersebut.
d.    Kanak-kanak hendaklah membezakan tekstur kain tersebut.
e.    Akhir sekali, kanak-kanak hendaklah memadankan kain-kain tersebut mengikut tekstur dan jenis kain yang sepadan.

SELEPAS
a.    Perhatikan perkembangan deria sentuhan kanak-kanak.
b.    Guru atau pengasuh hendaklah memberi peluang kanak-kanak meneroka persekitaran terutama alam semulajadi bagi meningkatkan perkembangan deria sentuhan kanak-kanak.
c.    Guru atau pengasuh hendaklah memerhatikan serta mencatatkan perkembangan deria sentuhan kanak-kanak dari semasa ke semasa.
d.    Galakkan kanak-kanak belajar melalui pengalaman.

FAEDAH/HASIL PEMBELAJARAN
1.    Perkembangan sensori deria sentuhan kanak-kanak akan meningkat.
2.    Kanak-kanak akan belajar melalui pengalaman.
3.    Keseronokan dalam pembelajaran kanak-kanak akan memudahkan proses pembelajaran dan mengingat.
4.    Deria sentuhan kanak-kanak akan lebih tajam.
5.    Kanak-kanak mendapat pengalaman ‘hands-on’ apabila dapat menyentuh dan membezakan tekstur kain tersebut.

5.0 PENERANGAN
 Saya memilih untuk membina modul atau bahan yang dapat merangsang dan membantu perkembangan sensori deria kanak-kanak kerana hasil daripada pemerhatian dan pembelajaran saya, ramai tokoh-tokoh pendidikan awal kanak-kanak seperti Maria Montessori, Imam Al-Ghazali, Friedrich Froebel dan lain-lain lagi menekankan permainan dalam pembelajaran kanak-kanak. Mereka berpendapat bahawa pembelajaran melalui deria kanak-kanak dapat membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak ke tahap yang sepatutnya. Guru atau pendidik hendaklah mereka dan menyediakan modul-modul pembelajaran yang sesuai bagi setiap peringkat umur dan mengikut kesesuaian perkembangan kanak-kanak. Hal ini dapat membantu perkembangan kanak-kanak dengan baik. Jika aktiviti yang dirancang melebihi daripada kebolehan dan kesediaan kanak-kanak, kanak-kanak akan mendapat kesan yang negatif dan akan membantut perkembangan mereka. Guru atau pendidik juga perlu mempunyai ilmu yang tinggi mengenai perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak kerana sebagai pendidik, kita hendaklah mampu meningkatkan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak pada tahap yang maksimum. Oleh itu, perkembangan kanak-kanak akan lebih lancar dan mengikut tahap-tahap yang betul. Selain itu, saya amat yakin  dengan pembelajaran melalui deria kerana fitrah kanak-kanak yang suka mencuba sesuatu yang baru. Oleh itu, mereka akan mendapat pengalaman secara langsung daripada aktiviti yang dilaksanakan. Aktiviti-aktiviti yang dirancang hendaklah mengutamakan alam semulajadi supaya kita dapat menerapkan semangat cintakan alam semulajadi di samping proses pembelajaran. Proses pembelajaran melalui deria ialah proses pembelajaran yang paling efektif kerana deria memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian. Oleh itu, pengalaman yang diperoleh melalui deria akan lebih bermakna bagi kanak-kanak. Mereka akan berasa seronok untuk belajar. Hal ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk meneruskan proses pembelajaran. Guru atau pendidik yang mampu menarik minat kanak-kanak akan dapat meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak apabila aktiviti yang dilaksanakan lebih menarik dan kreatif. Sifat kanak-kanak yang gemar bertanya akan turut mempengaruhi perkembangan mereka. Oleh itu, penerangan secara teori tidak akan memberi gambaran yang jelas kepada kanak-kanak. Penggunaan deria melalui pengalaman ‘hands-on’ akan memberi efek yang besar terhadap perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Oleh itu, saya telah memilh dan mereka beberapa model pembelajaran yang sesuai bagi meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
            Penggunaan deria merupakan agen pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang paling penting. Sesuai dengan cara pembelajaran kanak-kanak melalui bermain, kanak-kanak akan menggunakan kesemua deria mereka apabila mendengar, menyentuh, melihat, merasa dan bau. Oleh itu, mereka akan mendapat pengalaman ‘hands-on’ menerusi permainan yang menyebabkan proses pembelajaran berlaku.
            Melalui modul yang pertama iaitu ‘Lihat apa itu?’, Kanak-kanak akan diperkenalkan dengan warna. Warna-warna yang terang dipilih supaya dapat menarik minat kanak-kanak untuk menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Melalui pembelajaran tersebut, kanak-kanak akan dapat menajamkan deria penglihatan mereka dengan membezakan warna-warna tersebut dengan jelas. Hal ini disebabkan, mengikut teori Eric Erikson,prinsip perkembangan bayi dan kanak-kanak pada umur 8 bulan hingga 3 tahun ialah autonomi lawan perasaan malu atau keraguan. Oleh itu, jika kanak-kanak didedahkan dengan permainan-permainan seperti ini dan diberi peneguhan yang tepat, perkembangan kanak-kanak akan berlaku dengan baik serta akan meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak pada masa yang akan datang. Di samping itu juga, aktiviti-aktiviti permainan juga dapat melahirkan rasa seronok dan gembira dalam diri kanak-kanak. Secara tidak langsung, perkembangan emosi kanak-kanak juga akan berkembang dengan baik. Aktiviti-aktiviti menyusun kepingan-kepingan papan warna juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak kerana mereka harus menggunakan koordinasi mata dan tangan untuk menyusun kepingan kad-kad tersebut. Oleh itu, modul ini amat bersesuaian bagi kanak-kanak yang berumur dua hingga tiga tahun bagi meningkatkan perkembangan deria penglihatan kanak-kanak di samping meningkatkan kemahiran-kemahiran perkembangan mereka secara keseluruhan.
            Modul permainan yang kedua pula ialah ‘Saya boleh dengar’. Melalui modul ini, kanak-kanak akan belajar menggunakan deria pendengaran mereka kerana mereka haruslah peka terhadap bunyi yang dikeluarkan melalui empat kotak kecil yang terdapat bahan yang berlainan. Mereka hendaklah mengenalpasti bunyi berkenaan. Guru hendaklah menggalakkan kanak-kanak meneka bunyi tersebut supaya perkembangan kognitif kanak-kanak juga berlaku. Selepas kanak-kanak cuba menggoncangkan kotak-kotak tersebut, guru sebagai pembimbing dan pemerhati hendaklah bertanya kepada mereka adakah bunyi yang terhasil adalah sama ataupun tidak. Lihat reaksi kanak-kanak berdasarkan jawapan mereka. Melalui persoalan-persoalan yang timbul, guru hendaklah menjelaskan bunyi-bunyi tersebut. Jika kanak-kanak tidak dapat meneka dengan tepat, beri cadangan jawapan yang berhampiran dengan jawapan sebenar. Berikan masa yang secukupnya untuk mereka mengkaji bahan tersebut. Setelah itu, beri penerangan yang mendalam mengenai bunyi-bunyi yang terhasil. Oleh itu, perkembangan deria pendengaran kanak-kanak akan berkembang dengan baik.
            Modul yang ketiga ialah ‘Jag suhu’. Permainan ini amat sesuai dijalankan dalam aktiviti pembelajaran di sekolah kerana kanak-kanak tidak diberi peluang semasa di rumah untuk mempelajari suhu. Hal ini disebabkan ibu bapa amat membimbangkan jika suhu air terlalu panas dan membahayakan kanak-kanak apabila disentuh. Tambahan pula, kanak-kanak hendaklah menggunakan deria sentuhan melalui kulit untuk menyentuh dan merasa suhu tersebut. Melalui aktiviti seperti ini, kanak-kanak akan belajar secara langsung mengenai suhu. Secara tidak langsung, kanak-kanak akan sentiasa berhati-hati jika diberi amaran seperti air panas. Seterusnya akan menghindarkan kanak-kanak daripada berlaku kemalangan. Jika kanak-kanak tidak diberi pengetahuan dan pengalaman mengenai sesuatu perkara, kanak-kanak tidak akan mengetahui maksud sebenar mengenai mengapa mereka dihalang untuk berbuat sesuatu perkara. Setelah itu, jelaskan kepada kanak-kanak mengenai suhu dengan lebih jelas serta amaran-amaran supaya kanak-kanak menjaga keselamatan mereka. Oleh itu, perkembangan kanak-kanak bukan sahaja berpusat pada perkembangan deria sentuhan sahaja, malah kanak-kanak juga mempelajari cara menjaga keselamatan diri.
            Selain itu juga, melalui modul yang keempat iaitu ‘Jom rasa’, kanak-kanak akan didedahkan dengan pelbagai deria rasa. Antaranya ialah masam, masin, manis dan pahit. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak akan mendapat pengalaman secara langsung. Menurut Maria Montessori, kanak-kanak yang berusia empat tahun sudah bersedia untuk menjalankan aktiviti ini. Oleh itu, perkembangan deria rasa kanak-kanak akan meningkat. Pembelajaran melalui deria amat bermakna kepada kanak-kanak kerana mereka tidak belajar secara teori semata-mata. Sebagai contoh, apabila kanak-kanak berada di rumah, kanak-kanak suka untuk mencuba sesuatu yang baru seperti mahu makan garam. Ibu bapa pasti melarang kanak-kanak daripada berbuat demikian kerana mereka memberitahu garam tersebut masin. Oleh itu, kanak-kanak tidak akan mengetahui bagaimana rasa masin yang diberitahu oleh ibu bapa mereka. Melalui pendedahan yang dilakukan dalam aktiviti ini, kanak-kanak mampu mengelaskan dan membezakan rasa. Guru juga perlu memberi penjelasan kepada kanak-kanak serta cuba meningkatkan kebolehan kanak-kanak dalam membezakan deria rasa pada waktu-waktu lain. Sebagai contoh, sewaktu makan, guru boleh bertanya secara ringkas mengenai rasa makanan tersebut. Oleh sebab itu, deria rasa kanak-kanak akan meningkat bukan sahaja melalui pembelajaran secara langsung tetapi juga melalui pembelajaran secara berterusan. Peningkatan perkembangan akan terus berlaku dari semasa ke semasa.
            Akhir sekali, modul yang kelima ialah ‘Kain apa ini?’. Aktiviti melalui modul ini menekankan penggunaan deria sentuhan. Hal ini disebabkan, kanak-kanak perlu menyentuh kain-kain yang disediakan dan mengenalpasti jenis kain tersebut. Oleh itu, perkembangan deria sentuhan kanak-kanak akan meningkat apabila kanak-kanak berjaya mengenalpasti jenis kain yang disentuh. Aktiviti ini kelihatan mudah tetapi sukar bagi kanak-kanak membezakannya. Gunakan kain yang berwarna putih supaya kanak-kanak dapat membezakan jenis kain melalui deria sentuhan mereka. Penjelasan yang diberi hendaklah tidak mengelirukan kanak-kanak supaya mereka tidak keliru. Proses pembelajaran yang berlangsung bukan sekadar untuk memperkenalkan jenis kain, tetapi tujuan utamanya ialah supaya kanak-kanak dapat membezakan jenis-jenis permukaan kain tersebut sebagi contoh, lembut, licin dan kasar.  Oleh itu, aktiviti ini amat bersesuaian daalm proses meningkatkan perkembangan deria kanak-kanak.

6.0 KESIMPULAN
Modul-modul ini banyak merangsang perkembangan deria kanak-kanak khususnya termasuklah perkembangan kanak-kanak dari aspek yang lain. Oleh itu, modul ini amat sesuai diaplikasikan di taska. Pelbagai aktiviti yang menarik perlu dirancang bagi menambahkan kualiti bagi mengembangkan aspek perkembangan kanak-kanak secara lebih menyeluruh. Kesimpulannya, sebagai pendidik, kita hendaklah mengetahui peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak mengikut pereingkat usia supaya aktiviti yang dirancang bertepatan dan sesuai dijalankan. Oleh yang demikian, proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik dan lancar serta proses perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak berlaku seiringan.



RUJUKAN

Buku Ilmiah
Azizah Lebai Nordin (2002), Pendidikan Awal Kanaka-kanak Teori dan Amali : Universiti Malaya Kuala Lumpur
Rohani Abdullah (2001), Perkembangan Kanak-kanak : Universiti Putra Malaysia

Pensyarah
Cik Sitti Saidah binti Saleng, KAS1043
Encik Kamaruddin bin Daud, KAI1043

Sumber Internet




08:21 0

◀ Past | Home | Present ▶

Credits