kajian kes

KAQ 1033
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF
UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK
NAMA : NUR ALIA BINTI AHMAD
NOMBOR
MATRIK : E20101000906
PROGRAM :
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
FAKULTI : PENDIDIKAN DAN
PEMBANGUNAN MANUSIA
KOD
PROGRAM : A2520
SEMESTER :
SESI 2 2010/2011
KUMP. KULIAH :
E
TAJUK : KAJIAN KES
KANAK-KANAK TADIKA
DISEDIAKAN KEPADA :
NAMA
PENSYARAH : EN. MOHD YUSOF BIN BASIR
TARIKH
SERAHAN : 14 MAC 2011
ISI
KANDUNGAN
TAJUK MUKA
SURAT
1.0
PENGHARGAAN 1
2.0
BIODATA DIRI 2
3.0
PENGENALAN 3-4
4.0
OBJEKTIF KAJIAN 4
5.0
BIODATA KANAK-KANAK 5
6.0
Perkembangan Fizikal 6-7
6.1 Pemerhatian 8-10
6.2 Kesimpulan 11
7.0
Perkembangan Sosial 11-13
7.1 Pemerhatian 13-15
7.2 Kesimpulan 15
8.0
Perkembangan Emosi 16-18
8.1 Pemerhatian 18-20
8.2 Kesimpulan 20
9.0
Perkembangan Bahasa dan Komunikasi 20-22
9.1 Pemerhatian 22-24
9.2 Kesimpulan 24
10.0
Perkembangan Kognitif/Intelek 24-25
10.1 Pemerhatian 26-29
10.2 Kesimpulan 29
11.0
Perkembangan Tingkah Laku 29-30
11.1 Pemerhatian 30-31
11.2 Kesimpulan 32
12.0
RUMUSAN 32
13.0
RUJUKAN 33-34
LAMPIRAN
1.0
PENGHARGAAN
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia..
Sebelum
memulakan bicara, saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
izin dan limpah kurnia-Nya saya berjaya menyiapkan tugasan ini pada masa yang
telah ditetapkan.
Saya juga ingin mengucapkan penghargaan dan terima
kasih yang tidak terhingga terutamanya kepada pensyarah kursus Persekitaran
Pembelajaran yang Responsif untuk Bayi dan Kanak-kanak (KAQ1033) iaitu Encik
Mohd Yusof bin Basir serta pensyarah-pensyarah lain yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung. Beliau juga tidak jemu-jemu memberi tunjuk
ajar, bimbingan dan nasihat kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Segala
ilmu yang saya perolehi akan saya manfaatkan dengan semaksima mungkin.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang selalu
memberi tunjuk ajar, berkongsi maklumat dan memberi dorongan serta semangat
dalam menyiapkan tugasan ini. Untuk menyiapkan tugasan ini, sumber utama yang
saya rujuk adalah daripada nota-nota yang diberikan oleh pensyarah, buku-buku
rujukan serta bahan-bahan sampingan daripada pautan internet. Saya juga telah
mendapatkan maklumat daripada pensyarah-pensyarah lain sebagai rujukan tambahan
untuk memantapkan lagi tugasan saya ini.
Walaupun saya menghadapi pelbagai dugaan dan
cabaran serta kekangan masa untuk mengumpul bahan dan membuat rujukan di pusat
sumber, namun sagala kepayahan pasti ada pulangannya. Di samping itu juga,
ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan dan keluarga yang sudi membantu
dan memberi semangat serta dorongan untuk menyiapkan tugasan ini.
Akhir bicara, saya mengucapkan jutaan terima kasih
sekali lagi kepada pensyarah-pensyarah di atas bimbingan serta tunjuk ajar
selama saya mengikuti program PAKK ini.
Cetusan
rasa : Nur Alia Ahmad
3.0 PENGENALAN
Saya
telah diberi tugasan individu bagi kursus Persekitaran Pembelajaran yang
Responsif untuk Bayi dan Kanak-kanak bagi membuat satu kajian kes berkenaan
seorang kanak-kanak tadika berdasarkan beberapa perkara iaitu biodata,
perkembangan fizikal, perkembangan sosial, perkembangan emosi, perkembangan
bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif dan perkembangan tingkah laku.
Saya diberi masa selama sepuluh minggu untuk menyiapkan tugasan ini.
Menurut
Berk (2000), perkembangan merupakan satu proses kompleks yang merangkumi
perubahan secara kuantitatif dan kualitatif dari segi aspek fizikal,
perseptual, intelektual, bahasa, emosi, sosial dan moral seseorang individu.
Perubahan kuantitatif bermaksud suatu perubahan yang boleh diukur secara
konkrit seperti ketinggian atau berat, sama ada meningkat atau menurun,
manakala perubahan kualitatif merupakan suatu perubahan yang lebih abstrak dari
satu tahap ke tahap yang lain, seperti kemahiran berfikir atau bersosial.
Proses perubahan berlaku hasil daripada tindakan yang saling berkait antara
kematangan dengan pembelajaran dan berlaku secara beransur-ansur. Semua
perkembangan, sama ada berbentuk fizikal, intelektual, tingkah laku ataupun
sahsiah adalah mengikut beberapa aturan semulajadi dan sifat-sifat yang
sejagat. Sebagai contoh, seseorang kanak-kanak kecil berupaya meniarap sebelum
merangkak, duduk sebelum berdiri dan berjalan sebelum berlari. Secara
ringkasnya, perkembangan merupakan pengaliran yang saling berkait antara
kuantitatif dan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan.
Perkembangan akan berlaku secara berterusan dan kumulatif iaitu daripada
persenyawaan hingga hujung hayat. Selain itu, kadar dan tahap perkembangan
berbeza-beza antara individu dan juga bergantung kepada faktor pengaruh baka
dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan yang dapat dicapai manakala
persekitaran akan membantu pencapaian perkembangan ke satu tahap yang maksimum.
Setiap
kanak-kanak mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Untuk mencapai
perkembangan yang optimum dan meningkatkan potensi perkembangan , pihak ibu
bapa, guru dan pakar dalam perkembangan kanak-kanak harus mengetahui status
perkembangan yang menyeluruh . Melalui pengetahuan, barulah sesuatu program
dapat dirancang secara berkesan untuk meningkatkan kekuatan kanak-kanak di samping
membaiki kelemahan kanak-kanak. Perkembangan kanak secara keseluruhan dapat
dikenalpasti melalui kemahiran-kemahiran tertentu. Sebagai contoh, perkembangan
kanak-kanak dari aspek fizikal ialah bertambah mahir menggunakan anggota badan
seperti memegang, berjalan, berlari dan melompat serta alat deria iaitu melalui
persepsi kanak-kanak melalui penglihatan dan pendengaran. Perkembangan pesat akan berlaku ke atas
seseorang individu pada peringkat awal kanak-kanak. Manakala, perkembangan dari
aspek mental atupun kognitif ialah kemahiran berfikir bertambah serta dapat
membentuk konsep serta menggunakan kemahiran menggunakan ingatan, bahasa,
simbol dan angka. Perkembangan dari segi emosi pula dapat dikesan melalui
peningkatan dalam keupayaan menguasai, meluahkan dan mengawal perasaan seperti
marah, sayang, malu dan sebagainya. Manakala perkembangan dari aspek sosial
dapat dilihat apabila kanak-kanak menyedari perbezaan lelaki dan perempuan
serta peranannya. Selain itu, mereka bertambah mahir dalam kebolehan berinteraksi
dan menyesuaikan diri dalam kumpulan sosial seperti rakan sebaya. Perkembangan
dari segi moral pula dilihat apabila kanak-kanak berupaya membezakan antara
perbuatan yang baik daripada yang buruk atau yang sengaja atau yang tidak
disengajakan. Oleh itu, sebagai seorang pendidik, kita hendaklah mengenalpasti
setiap aspek perkembangan kanak-kanak supaya aktiviti yang dirancang berkesan
serta dapat meningkatkan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak pada tahap
yang optimum.
Objektif kajian :
1.
Memenuhi kriteria
kerja kursus bagi subjek Persekitaran Pembelajaran Yang Responsif untuk Bayi
dan Kanak-kanak.
2.
Dapat mengetahui
lebih lanjut mengenai perkembangan seseorang kanak-kanak supaya dapat
menyediakan pelbagai aktiviti bagi merangsang perkembangan mereka.
3.
Dapat mengesan
sebarang kecacatan ataupun masalah yang berlaku dalam proses perkembangan dan
pertumbuhan kanak-kanak.
4.
Supaya kita dapat
memberi tumpuan terhadap masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak yang
bermasalah.
5.
Bagi mengatasi dan
mencegah supaya perkembangan kanak-kanak dapat berlaku dengan baik dan berkesan
serta terhindar dari ketinggalan dalam pembelajaran dan terbantut perkembangan.
6.
Agar guru-guru
memenuhi dan menyediakan aktiviti yang dapat merangsang perkembangan mengikut
peringkat umur dan tahap perkembangan.
4.0 BIODATA KANAK-KANAK
NAMA : Nur Ayuni binti Ahmad
ALAMAT :
Pt. 248, Depan Sek Men (P) Chung Hwa, 16450 Ketereh, Kota Bharu, Kelantan Darul
Naim.
TARIKH
LAHIR : 04 Februari 2005
TEMPAT
LAHIR : Hospital Besar, Kota Bharu, Kelantan.
NO.
MYKID : 050204-03-0670
NAMA
BAPA : Ahmad bin Abdullah
NO.
K/PENGENALAN BAPA :
650922-03-5555
PEKERJAAN
BAPA : Guru
NAMA
IBU : Ros Hazlina binti
Muhamad
NO.
K/PENGENALAN IBU :
700601-03-5864
PEKERJAAN
IBU : Suri
rumah sepenuh masa
BILANGAN
ADIK-BERADIK : Empat orang
ANAK
YANG KE- :
Empat (bongsu)
HOBI :
Melukis, mewarna dan menonton televisyen
CITA-CITA :
Doktor
MAKANAN
KEGEMARAN : Kari Ayam
MINUMAN
KEGEMARAN : Air soya dan
oren Sunquick
WARNA
KESUKAAN : Merah
dan merah jambu
BINATANG
PELIHARAAN : Arnab
5.0 PERKEMBANGAN FIZIKAL
Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan
saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota
badan dan perawakan manusia (Woolfolk & Margetts, 2007). Semasa pembesaran,
kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi
lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih
kompleks. Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah
laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Secara
langsung perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan
sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan dan
permainan. Jika kanak-kanak tersebut tidak dapat bersaing, mereka akan disisihkan
daripada kumpulan rakan sebaya mereka. Secara tidak langsung, perkembangan
fizikal mempengaruhi keyakinan terhadap diri sendiri dan orang lain.
Kanak-kanak yang disisih daripada kumpulan akan mengalami perkembangan pada
tahap yang negatif dan mempengaruhi perkembangan personalitinya pada masa yang
akan datang. Pertumbuhan kemahiran psikomotor, struktur
badan dan otak menjadi asas kepada perkembangan kognitif dan emosi. Terdapat
banyak pendapat ahli tokoh dan sejarah mengenai definisi perkembangan fizikal,
termasuklah Gallahue ( 1993 ) yang menyatakan perkembangan fizikal terbahagi
kepada tiga bahagian. Pertama keseimbangan iaitu kebolehan kanak-kanak
mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan gravity. Kedua,
aspek pergerakan yang berkaitan dengan tingkah laku kanak-kanak. aspek yang
ketiga ialah manipulasi iaitu kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objek
persekitarannya. Bagi Wright dan Sudgen (1999) dalam model
peralihan mereka, kematangan seseorang individu berkaitan dengan proses
pembelajaran dan pengalaman. Proses pembelajaran itu pula berlaku dalam ruang
persekitaran serta memenuhi kehendak khusus aktiviti yang diberikan kepada
kanak-kanak. Berbeza dengan Schmidt dan Wrisberg (2000),
kemahiran fizikal kanak-kanak dijelaskan terbahagi kepada dua aspek, iaitu
tertutup dan terbuka. Kemahiran fizikal tertutup dimaksudkan sebagai perjalanan
aktiviti yang berada dalam persekitaran yang terkawal serta tidak berubah,
manakala kemahiran fizikal terbuka pula bermaksud persekitaran dan situasi
kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti fizikal secara berubah. Dalam
perkembangan ini juga terdapat empat prinsip asas perkembangan fizikal
antaranya ialah perkembangan kanak-kanak bermula daripada kepala dan beransur
ke kaki. Prinsip kedua pula menyatakan bahawa arah perkembangan berlaku
daripada tengah badan dan berterusan ke luar. Disamping itu, prinsip ketiga
telah menyatakan bahawa kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik manakala
prinsip keempat ialah aspek berbeza berkembang pada tahap yang berbeza. Peringkat
perkembangan fizikal kanak-kanak terbahagi kepada dua kategori iaitu peringkat
awal kanak-kanak dalam lingkungan usia dua hingga enam tahun dan peringkat
kanak-kanak dalam lingkungan tujuh hingga 12 tahun. Bagi peringkat awal
kanak-kanak, kadar pertumbuhan fizikal mereka pada peringkat ini adalah
perlahan berbanding dengan pertumbuhan pada tahun pertama kanak-kanak.
Ketinggian kanak-kanak pada peringkat ini juga adalah dua kali ketinggian
semasa lahir manakala berat badannya pula berkemungkinan bertambah sebanyak
empat kali ganda. Perkembangan fizikal terbahagi kepada dua iaitu motor halus
dan motor kasar. Kemahiran motor adalah tindakan yang
melibatkan pergerakan otot-otot badan. Motor kasar adalah tindakan yang
melibatkan pergerakan yang besar seperti gerakan anggota tangan, lengan, kaki
atau keseluruhan bahagian badan. Sebagai contoh, kanak-kanak yang merangkak,
pergerakan ini melibatkan gerakan tangan, kaki, punggung dan bahagian badan
yang lain. Oleh itu dalam pergerakan seperti ini, kita akan melihat koordinasi
berlaku antara motor kasar dan motor halus. Selain itu, gerakan motor kasar ini
juga memerlukan pengawalan keseimbangan dan koordinasi dengan organ deria yang
lain seperti mata dan sentuhan. Gerakan motor kasar kanak-kanak dapat ditingkatkan dengan memberi peluang
kepada mereka melakukan pelbagai aktiviti. Aktiviti yang dirancang tersebut
perlu melibatkan kanak-kanak melakukannya dalam keadaan yang berbeza keadaan
kedudukan badan mereka. Selain itu, tahap kesukaran aktiviti tersebut juga
boleh ditingkatkan berdasarkan penguasaan kanak-kanak. Kanak-kanak akan berasa
seronok sekiranya aktiviti yang dirancang tersebut mencabar dan berbeza sedikit
dari kemahiran yang telah mereka peroleh. Kemahiran motor halus pula bermaksud,
kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan
tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Motor halus juga
melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada
jari tangan dan koordinasinya dengan mata. Dalam meningkatkan kemahiran motor
halus ini, kanak-kanak akan berkebolehan melakukan aktiviti harian mereka
sendiri. Sebagai contoh, kanak-kanak yang berumur 3 tahun dapat menggunakan
sudu dengan betul. Bagi kanak-kanak yang lebih besar seperti berumur 5 tahun, mereka
mungkin telah dapat menggunakan gunting untuk memotong kertas dan membuat
bentuk. Manakala kanak-kanak yang berumur 6 tahun mereka berkebolehan mengikat
tali kasut mereka. Kemahiran kanak-kanak menggunakan gerakan tangan dan jari
untuk melakukan sesuatu aktiviti dinamakan ‘dexterity’. Kemahiran ini turut melibatkan
kebolehan mengkoordinasi mata dengan otot kecil tangan. Kemahiran ini paling
banyak digunakan dalam proses tumbesaran kanak-kanak. Semasa kecil kanak-kanak
telah mula belajar untuk memegang sesuatu pada tapak tangan mereka.
Perkembangan ini berterusan sehingga mereka dapat menulis, melukis atau
melakukan tugasan seperti memasang butang baju atau mengikat tali kasut dengan
baik.
PEMERHATIAN
Saya
telah menjalankan beberapa pemerhatian terhadap kanak-kanak ini. Antaranya,
dengan mengukur berat dan tinggi kanak-kanak. Kanak-kanak ini mempunyai berat
19 kilogram dan mempunyai ketinggian 107.25 sentimeter. Gigi susunya telah
tumbuh sepenuhnya. Ada di antaranya giginya mulai longgar. Selain itu,
pertumbuhan badannya menjadi semakin kurus berbanding sebelumnya. Menurut
kajian perkembangan fizikal kanak-kanak yang berumur 5 – 6 tahun sudah mencapai
tahap pengawalan motor kasar yang baik ( Cratty, 1986 ; Getchell &
Roberton, 1989 ; Newborg, Stock & Wnek, 1984). Dia juga boleh berlari
dengan laju tanpa jatuh, meloncat secara berterusan, membaling, menyambut dan
menangkap bola besar dan kecil serta mahir menunggang basikal beroda tiga. Dia
juga gemar bermain dan aktif serta kelihatan gelisah apabila menonton
televisyen, duduk di meja makan dan bergerak lasak apabila tidur. Dia sentiasa
aktif dan mahu melakukan pelbagai perkara dan mencuba perkara-perkara baru.
Perkembangan motor halus ayuni juga semakin meningkat. Seiring dengan
penyelarasan mata dengan jari, ayuni dapat menyeimbangkan kawalan tangan,
lengan dan badan dengan pergerakan mata. Oleh yang demikian, ayuni dapat
membina sesuatu binaan yang lebih kompleks dengan mahir dan mudah sahaja. Penguasaannya
dalam kawalan jari serta penyelarasan tangan dan mata menyebabkan kanak-kanak
dapat mencapai kebolehan-kebolehan seperti mencantum puzzle dan menyesuaikan
gambar, membina bentuk-bentuk blok yang bersaiz kecil, menggunting garisan tepi
gambar serta menampal gambar, melukis pelbagai bentuk, menggunakan sudu dan
garpu semasa makan, mengenakan butang dan zip dan lain-lain lagi.
Borang
pemerhatian
Pemerhati
|
Nur Alia Ahmad
|
Tarikh pemerhati
|
15/01/2011
|
Masa pemerhatian
|
4-6 petang
|
Nama kanak-kanak
|
Nur Ayuni Ahmad
|
Umur
|
6 tahun
|
1. Aktiviti bebas : menulis
2. Masa : 20 minit
Masa
|
Pemerhatian
|
04.00 petang
|
Ayuni baru sahaja selesai makan. Dia
membasuh tangan lalu mengelapkan tangannya pada sapu tangan. Dia memberitahu
saya, ‘akak, adik dah kenyang. Akak, cikgu ada bagi kerja sekkolah tadi.
Boleh kakak ajar?’. Lalu saya menjawab, pergi ambik buku adik, adik buat,
mana-mana yang tak faham, Tanya akak ye’. Yuni menjawab, ‘okey kak’. Lalu dia
pun pergi mengambil bukunya.
|
04.05 petang
|
Yuni mula menulis. Dia sangat bersemangat
dan bersungguh-sungguh. Tapi, dia suka suruh saya tengok dia buat kerja.
Setiap apa yang ditulis, dia mesti tanya saya betul atau tidak. Saya cakap
betul. Dia sangat gembira.
|
04.10 petang
|
Saya sudah dapat mengagak yang dia sudah
semakin bosan. Tapi saya buat-buat tidak tahu. Yuni tengok saya, saya cakap,
cantik la tulisan adik. Dia tersenyum dan berkata, ‘dah jadi hodoh, adik
penat la kak’. Saya pun cakap, ala.. sikit je lagi, dah nak siap tu, nanti
kena marah dengan cikgu’. Dia cakap, ‘baiklah kak, adik siapkan’.
|
04.15 petang
|
Dia masih meneruskan kerjanya. Saya
tanya,’banyak lagi tak kerja cikgu bagi?’, lalu dia menjawab ‘tak ada la
banyak sangat’. Saya tanya nama cikgu yang mengajarnya, dia jawab sambil
tersenyum, ‘adik tak ingat’. Dia tergelak.
|
04.20 petang
|
Kerjanya telah pun siap, lalu dia menyuruh
saya lihat bukunya, betul tak adik buat?, saya menjawab, betul dik, sangat
cantik. Dai pun tersenyum. Saya tau dia bangga apabila dipuji. Lalu dia
menyimpan buku tadi ke dalam beg sekolah.
|
RUMUSAN
Ayuni
boleh melakukan aktiviti menulis. Tetapi, daya tumpuannya tidak terlalu lama.
dalam masa 20 minit, dia mampu memberi komitmen terhadap kerjanya. Dia juga
suka diberi perhatian dan suka bertanya. Tulisannya juga cantik.dari segi
perkembangan fizikal seperti perkembangan motor halus, saya yakin
perkembangannya berlaku dengan baik.
PERKEMBANGAN
MOTOR KASAR KANAK-KANAK
Perkara
|
Perkembangan motor kasar
|
Berjalan
|
Berlari sambil menendang bola. ( / )
Menyesuaikan badan semasa menyambut bola. ( / )
|
Menaiki kenderaan
|
Menunggang basikal beroda tiga dengan mahir
dan laju. ( / )
Menunggang basikal beroda dua. ( / )
|
Memanjat dan melompat
|
Menaiki alat memanjat. ( / )
Meloncat di atas dua belah kaki. ( / )
Bergayut dan bergerak di atas “monkey bar”.
( / )
Meloncat pada sebelah kaki dengan laju dan
terkawal. ( / )
Melompat dengan menggunakan kaki secara
berselang-seli. ( / )
Lompat ke atas dan ke depan dengan lebih
terkawal. ( / )
|
PERKEMBANGAN
MOTOR HALUS KANAK-KANAK
Memakai baju
|
Menukar baju tanpa bantuan.
( / )
|
Makan
|
Menggunakan sudu dan garpu dengan
berkesan.
( / )
Makan sendiri tanpa bantuan.
( / )
|
Lain-lain
|
Membuka muka surat buku dari satu muka ke
muka yang lain. ( / )
Memegang krayon dan melukis muka.
( / )
Melukis orang dengan kepala, badan dan
kaki.
( / )
Menggunting bentuk-bentuk yang mudah. ( / )
Mencantumkan puzzle yang terdiri daripada
24 keping ( / )
Menggunakan otot kaki/tangan dan koordinasi
mata kaki/tangan untuk mengayuh basikal / menyambut bola.
( / )
Membuka pintu dengan memusing knob/pintu. ( / )
Melukis orang dengan enam bahagian
badan.
( / )
Menggunting mengikut garis serta dapat
menyalin bentuk. ( /
)
Melukis manusia yang mempunyai dua dimensi
tetapi berbentuk kurang realistik.
( / )
Dapat mewarna dalam garisan.
( / )
|
KESIMPULAN
Berdasarkan
pemerhatian yang telah dilakukan, kanak-kanak ini telah mencapai tahap
perkembangan fizikal yang sepatutnya. Kanak-kanak ini juga tidak mempunyai
sebarang masalah dalam perkembangan fizikalnya. Oleh itu, perkembangan fizikal
kanak-kanak ini akan berkembang dengan baik serta kemahiran motor halus dan
kasarnya akan meningkat sejajar dengan peringkat umur.
6.0 PERKEMBANGAN
SOSIAL
Sunarto
dan Hartono (1999), mengatakan bahawa hubungan sosial merupakan hubungan antara
manusia yang saling memerlukan. Hubungan sosial mulai dari tingkat sederhana
dan terbatas, yang didasari oleh keperluan yang sederhana. Semakin dewasa dan
bertambah umur, keperluan manusia menjadi kompleks dan dengan demikian tingkat
hubungan sosial juga berkembang secara kompleks. Syamsu Yusuf (2007),
menyatakan bahawa perkembangan sosial merupakan pencapaian kematangan dalam
hubungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak
merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi
dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat
serta budaya. Pendek kata perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi
yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan
penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial.
Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi
yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi, aktiviti bermain,
perkembangan kognisi sosial, persahabatan dan perhubungan dengan rakan sebaya.
Sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak mempelajari tradisi, kepercayaan,
nilai dan adat yang dianut oleh kumpulan sosial mereka. Mereka juga mempelajari
peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial.
Misalnya, mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai dan cara
mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat. Proses
sosialisasi ini pula ditentukan oleh konteks budaya. Tingkah laku sosial yang
sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya lain.
Namun demikian, terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan
merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya. Salah satu teori perkembangan
sosial yang penting telah dikemukakan oleh Erik Erikson. Teori ini dinamakan
Teori Perkembangan Psikososial Erikson. Erikson menerangkan perkembangan sosial
manusia sebagai satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat
dan setiap peringkat mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik.
Individu dikatakan perlu menguasai kecekapan tertentu dalam menghadapi setiap
peringkat perkembangan ini. Kejayaan
atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis matlamat atau
menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri
individu. Di
antara lapan peringkat perkembangan sosial ini, empat peringkat yang pertama
menerangkan perkembangan sosial di kalangan bayi dan kanak-kanak. Untuk membuat
kajian kes mengenai kanak-kanak yang telah saya pilih, saya hanya akan menerangkan
satu peringkat sahaja iaitu peringkat ketiga iaitu inisiatif lawan rasa
bersalah (4-5 tahun). Pada fasa ini, kanak-kanak akan cuba berdikari dan
mempunyai inisiatif untuk melakukan sesuatu sendiri. Jika mereka gagal
melakukannya, akan wujud rasa bersalah dalam diri mereka. Mereka lebih suka
berdikari, bertanya dan meminta penjelasan atas sesuatu peristiwa yang berlaku.
Inisiatif dalam diri
kanak-kanak digalakkan dengan sokongan dan peluang oleh orang dewasa manakala galakan
kanak-kanak lain ialah melalui menghargai hasil kerja rakan. Rasa bersalah
terhadap diri sendiri akan timbul apabila kanak-kanak dihukum atau tidak diberi
peluang semasa mencuba kemahiran. Menurut Lewis (1995) serta Lewis & Brookes-Gunn (1997), identiti
sosial dan kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat iaitu
kewujudan kendiri dan kategori kendiri. Dalam lingkungan empat hingga enam
tahun, kanak-kanak mula bercampur dan menjalinkan hubungan sosial semasa
bermain dalam kumpulan serta saling bercakap antara satu sama lain (Garvey,
1990 ; Howes, 1992).
TINGKAH LAKU SOSIAL KANAK-KANAK SEMASA
BERMAIN
Jenis
|
Ciri-ciri
|
Peniruan
|
Meniru
sikap dan tingkah laku individu yang disukai.
|
Pertandingan
|
Cuba
melakukan sesuatu yang lebih baik atau supaya dapat menang.
|
Berkawan
dan kesetiaan
|
Senyum,
mendekati, bercakap, bermain bersama, menunjukkan kemesraan dan setia pada
kawan.
|
Simpati
|
Menunjukkan
perasaan kasihan apabila melihat orang lain dalam kesusahan.
|
Pengiktirafan
sosial
|
Ingin
menarik perhatian supaya diberi penghormatan oleh rakan sebaya.
|
PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI KANAK-KANAK
Penghargaan
kendiri yang tinggi.
Perhubungan
persahabatan yang konkrit.
Strategi
penyelesaian masalah yang luas.
Percaya
akan pemerhati orang lain membentuk perspektif mereka.
|
Pada umur 4 – 7 tahun, kanak-kanak dapat
memberikan gambaran penuh tentang dirinya yang merangkumi semua dimensi (
Butler, 1998; Harter, 1990; 1996;1998; Harter & Whitesell, 1989). Mereka
mempunyai kebolehan tertentu dari segi fizikal, intelektual, tanggungjawab
sosial, serta menyelesaikan permainan cantuman. Mereka mula mengira, lebih
banyak mengetahui hal sekolah, memanjat, bermain lompat tali dan mempunyai
ramai kawan. Namun demikian, mereka masih belum mengetahui kelemahan mereka.
Penghargaan kendiri atau perasaan harga diri
seseorang adalah hasil daripada semua pemikiran, perasaan, pengalaman,
pandangan dan penilaian yang telah dikumpulkan mengenai diri sendiri sepanjang
umur. Sebagai contoh, seseorang akan bersa tinggi penghargaan kendiri apabila
hasil kerjanya selalu dipuji. Melalui penghargaan kendiri yang tinggi,
kanak-kanak dapat menghadapi pelbagai cabaran dengan penuh keyakinan.
Penghargaan diri seseorang mungkin turun naik bergantung kepada emosi dalaman,
peristiwa, manusia dan pengalaman yang mempengaruhi pada sesuatu masa.
PEMERHATIAN
Berdasarkan pemerhatian saya, Ayuni gemar
berinteraksi serta bersosialisasi dengan keluarga, sanak-saudara, rakan sebaya
dan orang sekeliling. Setiap kali bertemu dengan rakan yang baru, dia kelihatan
malu-malu dan tidak aktif bermain bersama. Tetapi setelah lima minit berlalu,
dia boleh berkawan baik. Selain itu, jika mereka menggunakan barang-barang
permainan kepunyaannya untuk dikongsi bersama, dia kelihatan gelisah dan
seolah-olah tidak mahu berkongsi. Tetapi, setelah dipujuk,dia dengan rela
berkongsi bahan mainan. Semasa bermain pula, jika diberi peluang untuk mencuba
dan dipuji atas sesuatu kejayaan, dia kelihatan begitu gembira dan mahu mencuba
lagi. Oleh sebab itu, keyakinan dirinya turut meningkat. Kesimpulannya, proses
sosiolisasi amat penting supaya mereka dapat bergaul dalam masyarakat. Proses
ini juga amat besar pengaruhnya dalam membentuk imej seseorang individu.
Borang pemerhatian kemahiran sosial
kanak-kanak
Pemerhati
|
Nur
Alia Ahmad
|
Tarikh
pemerhatian
|
17/01/2011
|
Masa
pemerhatian
|
9
pagi – 12 tengah hari
|
Nama
kanak-kanak
|
Nur
Ayuni Ahmad
|
Umur
|
6
tahun
|
Kategori
|
(
/ ) ( x )
|
Konsep
kendiri
1. Tahu jantina sendiri.
2. Bercerita tentang anggota badan.
3. Tahu akan bangsa.
4. Menunjukkan kemahiran dalam kebolehan diri.
|
(
/ )
(
/ )
(
/ )
(
/ )
|
Bangga
dengan kerjaya
1. Menunjukkan kegembiraan(senyum,menjerit)
apabila berjaya melakukan sesuatu.
2. Menunjukkan perhatian pada perkara yang
telah dilakukan (lukis, blok, puzzle).
3. Menegakkan kebenara.
4. Mempertahankan diri apabila dicabar.
|
(
/ )
(
/ )
(
/ )
(
/ )
|
Kepercayaan
kepada orang dewasa
1. Minta bantuan orang dewasa melakukan
perkara baru.
2. Minta cadangan pengasuh menyelesaikan
masalah.
3. Mudah melibatkan diri dalam aktiviti
harian.
|
(
/ )
(
/ )
(
/ )
|
Melakukan
apa yang diharap
1. Duduk sempurna semasa makan.
2. Mendengar apabila orang lain bercakap.
3. Ikut arahan/peraturan.
4. Faham dan menghormati orang lain.
5. Bantu kawan-kawan semasa bermain atau
menjalankan aktiviti.
6. Bertanggungjawab menjaga kebersihan rumah.
7. Meletakkan semula alatan yang telah
digunakan.
8. Memujuk rakan yang merajuk.
|
(
/ )
(
/ )
(
/ )
(
/ )
(
/ )
(
/ )
(
/ )
(
/ )
|
Bekerjasama
dengan rakan lain menyiapkan tugas
1. Buat bangunan daripada blok.
2. Bermain di sebelah rakan tanpa mengganggu
atau merebut mainannya.
|
(
/ )
(
/ )
|
Persahabatan
1. Suka melawat kawan-kawan.
2. Suka kepada kanak-kanak lain.
3. Dapat menerima teguran kanak-kanak lain.
4. Senyum dan mudah mendekati orang yang baru
dikenali.
5. Suka berkongsi mainan dengan rakan-rakan.
6. Suka bercakap dengan orang yang dikenali
dan tidak dikenali.
|
(
/ )
(
/ )
(
/ )
(
/ )
(
/ )
(
/ )
|
Kecergasan
1.
Suka
aktiviti luar.
2.
Suka
bermain bersama rakan.
|
(
/ )
(
/ )
|
Berdikari
dan bekerjasama
1.
Makan
dan minum sendiri.
2.
Tidur/berehat
apabila disuruh.
3.
Pandai
menggunakan tandas.
4.
Dapat
bermain sendiri (tidak perlu pengasuh/ibu disamping).
5.
Meminta
pertolongan pengasuh apabila ada masalah rumit.
|
(
/ )
(
/ )
(
/ )
(
/ )
(
/ )
|
KESIMPULAN
Kesimpulannya, Ayuni dapat memperkenalkan
dirinya kepada orang bahawa dia adalah seorang perempuan. Dia juga dapat
menceritakan struktur keluarga dan anggota keluarga. Apabila ditanya tentang
bangsa pula, Ayuni mengetahui bahawa dia berbangsa melayu.Ayuni menunjukkan
perhatian dan tumpuan yang tinggi semasa melakukan aktiviti melukis dan bermain
puzzle. Apabila diusik oleh kawannya, Ayuni menunjukkan rasa tidak suka melalui
riaksi wajahnya tetapi tidak bergaduh ataupun marah terhadap mereka. Melalui
pemerhatian dan kajian yang telah dilakukan terhadap kanak-kanak ini,
perkembangan sosialnya berlaku dengan baik mengikut peringkat umur. Kanak-kanak
ini juga tidak menghadapi sebarang masalah sosialisasi dan perkembangannya
adalah normal.
7.0 PERKEMBANGAN
EMOSI
Emosi adalah di dalam bentuk pengukuran kecerdasan emosi iaitu dari
aspek mempunyai perasaan yang tenang dan berfikiran waras. Aspek rohani dan
jasmani dari segi tingkah laku yang menekankan tingkah laku yang terkawal serta
memiliki dan memupuk sifat kasih sayang, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992.
Emosi dan perasaan seperti tangisan, gelak ketawa, kesedihan dan ketakutan
mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan
arah hidup manusia. Perkataan emosi berasal dari perkataan Greek “emovere” yang
membawa maksud untuk keluar. Emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk
bagi maksud perkembangan emosi memenuhi kepuasan seseorang. Emosi boleh
ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan
beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi, Mohmood Nazar Mohamad,
1992. Secara amnya, emosi adalah
perasaan atau kompenen efek dalam tingkah laku seseorang manusia
(Lefrancois,2001). Santock (1998), seorang ahli psikologi perkembangan
mendefinisikan emosi sebagai perasaan atau efek yang melibatkan satu gabungan
rangsangan fisiologi (physiological arousal) seperti degupan jantung yang laju
dengan tingkah laku yang nyata seperti senyum. Emosi boleh diklasifikasikan
kepada dua kategori iaitu emosi yang positif dan emosi yang negatif. Emosi yang
tergolong dalam kategori emosi yang positif adalah seperti rasa gembira,
seronok, ghairah, dan bersemangat. Emosi yang negatif pula adalah terdiri
daripada emosi yang mempunyai nada yang negatif seperti cemas, marah, sedih,
rasa bersalah dan sebagainya. Kanak-kanak dikatakan boleh mengalami kedua-dua
jenis emosi ini serentak. Pensyarah Psikologi Perkembangan Dan Pendidikan Awal
Kanak-kanak Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr
Mastura Badriz, berkata ilustrasi emosi yang terlihat dalam kehidupan harian
kanak-kanak berfungsi sebagai satu cara bagi komunikasi untuk memberitahu dan
menyatakan keperluan mereka. Emosi adalah penggerak utama bagi menggambarkan
tingkahlaku kanak-kanak khususnya peringkat pertengahan dan akhir. Ini kerana, menerusi
emosi yang dilahirkan mereka dapat menonjolkan segala bentuk perkara yang
dirasai serta yang difikirkan. Dengan itu, segala situasi yang berlaku di
sekeliling baik dari aspek perubahan biologi akan mendorong pembentukan emosi
dalam sesuatu masa sama ada sedih, marah, kecewa dan sebagainya. Ini bermakna,
seorang kanak kanak itu dalam masa yang sama harus mengimbangi perubahan diri
dan juga penyesuaian faktor luarannya. Secara tidak langsung, mereka dipengaruhi
sikap ibu bapa terhadap reaksi kanak-kanak itu. Sekiranya ibu bapa kurang
sensitif dengan perubahan emosi dan biologi kanak-kanak itu, kanak-kanak yang
bijak akan mula memanipulasikan ibu bapa mereka untuk memenuhi kehendak kanak-
kanak itu. Pada dasarnya, emosi dan perasaan kanak-kanak boleh diklasifikasikan
dalam dua cara yang paling umum iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor
luaran lazimnya, kanak-kanak akan
menonjolkan reaksi mereka sendiri dalam sesuatu masa melalui riak muka seperti
ketawa, menangis, senyum, bermasam muka dan langsung tidak berkata apa-apa.
Daripada situasi yang kita lihat, dapat kita rumuskan bahawa kanak-kanak pertengahan
dan akhir memiliki emosi yang tidak stabil dan berubah-ubah mengikut masa dan
keadaan. Sebagai contoh, mereka sangat sensitif dan mudah menangis apabila
ditegur dengan nada yang kasar seperti dimarahi oleh bapa. Seterusnya, emosi
mereka turut berubah apabila diberi pujian setelah berjaya menyelesaikan
sesuatu perkara lebih-lebih lagi dalam bidang akademik. Secara tidak langsung,
keadaan ini dapat meningkatkan tahap ekstim kendiri dalam diri kanak-kanak
tersebut. Manakala, faktor
dalaman merujuk kepada perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkahlaku emosi
yang berubah-ubah mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian penjaga
atau rakan rakan sebaya. Ini kerana, mereka masih kecil dan semestinya
memerlukan perhatian yang sepenuhnya daripada anggota keluarga. Keadaan ini
dapat kita perhatikan apabila mereka akan menonjolkan emosi dengan
mempamerkannya melalui tingkah laku yang ditonjolkan apabila kanak-kanak akan
mengamuk dan mengguling-gulingkan badan apabila kehendak mereka tidak dituruti
dan ianya berterusan selagi tidak mendapat perkara yang diinginkan. Situasi ini
dapat kita lihat di shopping compleks apabila mereka gagal mendapat barangan
yang diinginkan lebih-lebih lagi barangan permainan. Daripada 2 situasi di
atas, kita dapat merumuskan bahawa sememangnya emosi kanak-kanak peringkat
pertengahan dan akhir adalah berbeza-beza mengikut peralihan usia sekitar 6
hinnga12 tahun. Oleh itu, ibu bapa khususnya perlulah memahami setiap rentak
emosi kanak-kanak dan mestilah pandai memujuk serta menenangkan emosi mereka.
Tahap perkembangan emosi
bagi kanak-kanak pertengahan dan akhir.
·
Mengikut
Erik Erikson ialah terdapat 4 tahap yang menggambarkan tahap perkembangan
sosial kanak-kanak. Bagi kanak-kanak pertengahan dan akhir, mereka tergolong
dalam tahap yang ke 4. Ini kerana usia antara 6 sehingga 12 tahun adalah
permulaan bagi kanak-kanak ini memasuki alam persekolahan iaitu dari peringkat
pra sekolah ke peringkat sekolah rendah. Seterusnya, dalam proses pembelajaran
yang mereka lalui, mereka mula didedahkan dengan pelbagai konsep serta konsep
3M iaitu membaca, mengira dan menulis.
- Dalam masa
yang sama, pada peringkat ini, kanak-kanak akan berada bersama-sama dengan
kelompok keluarga, rakan sebaya dan masyarakat sekeliling. Secara tidak
langsung banyak perkara baru yang dapat mereka perolehi dan pelajari.
Keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak akan meniru setiap perkara yang
dilakukan oleh orang-orang yang berada di sekeliling mereka lebih-lebih
lagi anggota keluarga serta sahabat yang terdekat. Jadi, tidak hairanlah
mereka boleh meniru setiap gaya dan cara yang dipertontonkan.
- Dalam masa
yang sama, kanak-kanak peringkat pertengahan dan akhir memiliki minat
untuk mencuba sesuatu yang baru, lebih-lebih lagi perkara yang diminati
oleh mereka. Ini kerana, mereka mempercayai bahawa mereka memiliki
kemahiran serta bakat yang terpendam di dalam diri masing-masing. Pada
tahap ini, mereka begitu aktif dan cenderung melakukan apa sahaja perkara
yang terlintas di dalam fikiran mereka dan langsung tidak boleh menerima
sebarang teguran daripada orang sekeliling.
·
Lazimnya,
kanak-kanak ini akan menghadapi konflik dalam diri seandainya mereka gagal
dalam melakukan sebarang bentuk tugas yang diberikan dan keadaan ini akan
menimbulkan perasaan rendah diri dan wujud kekecewaan dalam diri masing-masing.
Namun begitu rangsangan daripada individu yang berkenaan terutama ahli keluarga
dan sahabat handai dapat memadamkan spekulasi yang mereka lemparkan terhadap
diri mereka sendiri.
Emosi
kesedaran kendiri merupakan salah satu perkembangan emosi kanak-kanak.
Kanak-kanak pada peringkat prasekolah kerap mengalami emosi kesedaran diri dan
menjadi semakin sensitif pada pujian dan kritikan orang lain(Lewis,1995;
Alessandri & Sullivan ,1992). Sekiranya kanak-kanak selalu dipuji, mereka
akan merasa bangga dan yakin terhadap kebolehan mereka sendiri. Sebaliknya
sekirannya mereka dimarah kerana salah laku, mereka akan merasa bersalah
walaupun perkara itu satu kemalangan atau dilakukan secara tidak sengaja.
Bandura (1986;1989) menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan. Mereka meniru tingkahlaku emosi yang diperhatikan pada orang lain dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah diperlajarinya mengenai penerimaan masyarakat cara yang paling mendatangkan apa yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat.
PEMERHATIAN
Melalui
pemerhatian saya, Ayuni dapat mengawal emosinya dengan baik kerana apabila
berlaku pertelingkahan seperti berebut mainan, dia sukar untuk menangis dan
mudah dipujuk. Selain itu juga, Ayuni juga boleh dikategorikan sebagai
kanak-kanak yang senang kerana dia mudah menerima dan mencuba sesuatu yang baru
dengan positif. Dia juga senang menyesuaikan diri pada tempat atau orang yang
baru sahaja dikenali. Dia juga tekun dalam melakukan aktiviti terutamanya kerja
sekolah. Dia seorang yang periang dengan sentiasa menunjukkan emosi gembira
dengan senyuman dan penglibatan positif dalam sebarang aktiviti yang disertai.
Ayuni juga mempunyai sifat empati kerana jika melihat kawan-kawannya sedih, dia
juga turut bersimpati. Dia mulai sedar akan perasaan dan emosi orang-orang di
sekitarnya.
Borang
pemerhatian
Nama
kanak-kanak
|
Nur
Ayuni binti Ahmad
|
Umur
|
6
tahun
|
Pemerhati
|
Nur
Alia Ahmad
|
Tarikh
pemerhatian
|
20/01/2011
|
Masa
pemerhatian
|
3-6
petang
|
Kategori
|
(
/ ) ( x )
|
Kerapatan
1.Memeluk
dan mencium orang yang dikenali.
2.Dapat
mencium orang yang tidak dikenali.
|
(
/ )
(
/ )
|
Emosi
keriangan
1.Banyak
senyum dan ketawa apabila bermain dengan orang yang dikenali.
2.Menunjukkan
kegembiraan apabila suka.
3.Gembira
bermain.
|
(
/ )
(
/ )
(
/ )
|
Kestabilan/ketenangan
emosi
1.Jarang
menjerit dan tidak mudah mengamuk.
2.Menggigit
kuku dan menghisap jari.
3.Senang
dipujuk dan menurut kata.
4.Dapat
mengawal diri ketika marah dan tidak dendam pada kanak-kanak lain.
|
(
/ )
(
x )
(
/ )
(
/ )
|
Keberanian
1.Tidak
takut pada tempat gelap.
2.Tidak
takut pada tempat asing.
3.Tidak
takut pada binatang (kucing/arnab?
4.Tidak
takut pada apa-apa.
|
(
x )
(
/ )
(
/ )
(
x )
|
Keyakinan
diri
1.Menghadapi
cabaran baru dengan bersemangat.
2.Berasa
dirinya ada kebolehan untuk mempengaruhi orang lain seperti rakan sebaya.
3.Berasa
orang lain menghargai dan menyayanginya.
4.Tidak
mudah dipengaruhi orang lain.
5.Tidak
mudah kecewa dan dapat mempertahankan diri apabila menerima kritikan.
|
(
/ )
(
/ )
(
/ )
(
x )
(
/ )
|
Kesimpulan
Kesimpulannya, Ayuni mempunyai
tingkahlaku emosi yang tenang dan stabil. Ayuni juga mempunyai perapatan yang
baik terutama dengan penjaga dan keluarga terdekat. Dia juga mudah mesra dengan
orang sekeliling. Dia seorang yang sangat periang dan selalu menunjukkan wajah
yang ceria dan sentiasa senyum. Dia mempunyai keyakinan yang tinggi dalam
pelbagai perkara walaupun dia takut pada kegelapan. Pengaruh adik-beradik dan
juga media massa menyebabkan dia berfikiran negatif terhadap kegelapan. Oleh
itu, sebagai seorang guru dan juga orang yang terdekat dengan kanak-kanak, kita
hendaklah menyediakan persekitaran yang baik serta menanamkan pemikiran positif
kepada kanak-kanak. Hal ini disebabkan, kanak-kanak amat mudah terpengaruh
dengan persekitaran. Melalui kajian kes yang telah dilakukan menerusi aspek
perkembangan emosi kanak-kanak ini, saya merumuskan bahawa perkembangan emosi
kanak-kanak ini berada pada tahap yang normal dan memerlukan bimbingan dan
tunjuk ajar daripada orang dewasa.
8.0 PERKEMBANGAN
BAHASA DAN KOMUNIKASI
Definisi perkembangan bahasa berkait
rapat dengan proses pemerolehan bahasa. Pemerolehan bahasa merupakan satu
proses perkembangan bahasa manusia. Lazimnya pemerolehan bahasa pertama
dikaitkan dengan perkembangan bahasa kanak-kanak manakala pemerolehan bahasa
kedua bertumpu kepada perkembangan bahasa orang dewasa (Language Acquisition:On-line).
Perkembangan bahasa kanak-kanak pula bermaksud pemerolehan bahasa ibunda
kanak-kanak berkenaan. Namun terdapat juga pandangan lain yang mengatakan
bahawa terdapat dua proses yang terlibat dalam pemerolehan bahasa dalam
kalangan kanak-kanak iaitu pemerolehan bahasa dan pembelajaran bahasa. Dua
faktor utama yang sering dikaitkan dengan pemerolehan bahasa ialah faktor
nurture dan faktor nature. Namun para pengkaji bahasa dan linguistik tidak
menolak kepentingan tentang pengaruh faktor-faktor seperti biologi dan
persekitaran. Kajian-kajian telah dijalankan untuk melihat sama ada manusia
memang sudah dilengkapi dengan alat biologi untuk kebolehan berbahasa seperti
yang didakwa oleh ahli linguistik Noam Chomsky dan Lenneberg ataupun kebolehan
berbahasa ialah hasil daripada kebolehan kognisi umum dan interaksi manusia
dengan persekitarannya. Mengikut Piaget, semua kanak-kanak sejak lahir telah
dilengkapi dengan alat nurani yang berbentuk mekanikal umum untuk semua
kebolehan manusia termasuklah kebolehan berbahasa. Alat mekanisme kognitif yang
bersifat umum inilah digunakan untuk menguasai segala-galanya termasuklah
bahasa. Bagi Chomsky dan Miller pula, alat yang khusus ini dikenali sebagai
Language Acquisition Device (LAD) yang fungsinya sama seperti yang pernah dikemukakan
oleh Lenneberg yang dikenali sebagai “Innate Prospensity for Language”. LAD
dikatakan telah dimiliki oleh setiap anak secara semula jadi dan dengan alat
nurani ini akan membolehkan kanak-kanak mampu memperoleh bahasa ibundanya
dengan mudah dan cepat. Kajian-kajian
terkini oleh Bates, Snow dan Tomasello telah mengemukakan hipotesis bahawa
pembelajaran bahasa adalah hasil daripada kebolehan kognisi umum manusia dan
interaksinya dengan masyarakat sekitarnya. Salah satu alat perkembangan bahasa terkini
yang digunakan untuk mengkaji pemerolehan bahasa ialah CHILDES (Child Language
Data Exchange System) oleh Brian MacWhinney dan Catherine Snow(Language
Acquisition: On-line). Mengikut Bowen (Language ages and stages: On-line)
pembelajaran bahasa bermula sejak bayi dilahirkan. Bayi-bayi yang baru lahir
sudah mula mengecam bunyi-bunyi yang terdapat di sekitarnya. Mengikut Brookes
(dlm. Abdullah Yusoff dan Che Rabiah Mohamed, 1995:456), kelahiran atau
pemerolehan bahasa dalam bentuk yang paling sederhana bagi setiap bayi bermula
pada waktu bayi itu berumur lebih kurang 18 bulan dan mencapai bentuk yang
hampir sempurna ketika berumur lebih kurang empat tahun. Bagi Mangantar
Simanjuntak (1982) pula, pemerolehan bahasa bermaksud penguasaan bahasa oleh
seseorang secara tidak langsung dan dikatakan aktif berlaku dalam kalangan
kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-6 tahun. Hal ini tidak bermakna orang
dewasa tidak memperoleh bahasa tetapi kadarnya tidak sehebat kanak-kanak.
Pemerolehan bahasa dikaitkan dengan penguasaan sesuatu bahasa tanpa disedari
atau dipelajari secara langsung iaitu tanpa melalui pendidikan secara formal
untuk mempelajarinya, sebaliknya memperolehnya dari bahasa yang dituturkan oleh
ahli masyarakat di sekitarnya. Beliau seterusnya menegaskan bahawa kajian
tentang pemerolehan bahasa sangat penting terutamanya dalam bidang pengajaran
bahasa. Pengetahuan yang cukup tentang proses dan hakikat pemerolehan bahasa
boleh membantu bahkan menentukan kejayaan dalam bidang pengajaran bahasa.
Pada umur 3 tahun,
umumnya kanak-kanak tahu bagaimana menggunakan 900 hingga 1,000perkataan.
Jumlah ini meningkat kepada 2,600 perkataan apabila mencapai umur 6 tahun.
Apabila kanak-kanak mula menjejakkan kaki ke sekolah, perbendaharaan kata
mereka bertambah dari semasa ke semasa sehingga mencecah 80,000 perkataan.
Perkembangan pesat bahasa ini disumbangkan oleh kepesatan minda kanak-kanak
mengingat makna perkataan baru selepas mendengarnya bagi kali pertama atau
bercakap sekali dua dengan rakan-rakannya. Walaupun kadang-kadang sebutan
sesuatu perkataan kurang tepat, ia diperbaiki dengan teguran dan kekerapan
bercakap dengan orang dewasa seperti ibu, bapa atau adik-beradik mahupun
saudara. Kanak-kanak mula bercakap menggunakan ayat yang ringkas dan mudah.
Jawapan mereka juga mudah dan singkat. Semakin lama bercakap, mereka dapat
memahami sebab dan akibat, kerana perkembangan mental yang bertambah baik.
Sebutan dan tatabahasa yang baik menjadikan orang dewasa dapat memahami bahasa
mereka. Jika tidak difahami, mereka cuba menerangkannya dengan lebih jelas.
Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dilihat daripada segi kemampuan menerima,
memahami dan melahirkan semula. Kemampuan ini berkembang beransur-ansur
mengikut masa saling berkait antara satu sama lain. Dengan perkembangan bahasa
yang semakin meningkat ini, kanak-kanak tersebut akan dapat membuat huraian
dengan lebih baik dan cekap dalam situasi perbualan. Perkembangan bahasa
kanak-kanak bermula sejak kanak-kanak lahir iaitu daripada tangisan pertama.
Sapir (1921:8) mendefinisikan, bahasa adalah semata-mata suatu kaedah yang
bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi dan keinginan melalui
ciptaan simbol-simbol lahir secara sedar. Crystal (1995), mendefinisikan bahawa
bahasa adalah satu penggunaan bunyi yang sistematik dan konvensional (lambang
atau simbol tulisan) untuk tujuan komunikasi dan luahan perasaan. Memahami
perkembangan bahasa adalah penting kerana ia memudahkan proses pengajaran
(Berk, 2001) dan ia berkait rapat dengan kemahiran membaca dan menulis. Dengan
meningkatkan perkembangan bahasa, ia akan memudahkan pelajar mempelajari
konsep-konsep abstrak (Santrock, 2007).
Pemerhatian
Melalui pemerhatian yang telah dilaksanakan, perkembangan bahasa
Ayuni sedang berkembang dengan baik. Ayuni dapat berkomunikasi menggunakan
bahasa yang betul. Bagi penggunaan bahasa kedua pula iaitu bahasa Inggeris,
Ayuni masih belum dapat menguasai sepenuhnya kerana ada beberapa perkataan
tidak dapat disebut dengan betul dan jelas. Selain itu, dia memperoleh bahasa
daripada komunikasi dengan keluarga dan juga di sekolah. Setelah diselidik,
hobi kakaknya menyanyi lagu berbahasa Inggeris telah menanamkan minatnya untuk
menyanyi dalam bahasa berkenaan. Oleh itu, benarlah bahawa pembelajaran bahasa
kedua akan lebih berkesan sekiranya kanak-kanak diberi pendedahan awal. Ayuni
juga telah mempunyai lebih banyak perbendaharaan kata. Dia juga sudah
berkebolehan untuk membezakan antara maksud perkataan melalui penekanan khas
yang diberi apabila perkataan itu berbeza dari segi kata nama kepada kata kerja
sebagai contoh ‘jalan’ dan ‘berjalan’. Dia juga sudah dapat menghafal lagu-lagu
yang digemarinya. Sebutannya juga bertambah baik dari semasa ke semasa.
Jadual perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak
Bil.
|
Perkara/aspek
|
1.
|
Menyebut ayat gabungan
yang lebih kompleks iaitu 4-6 patah perkataan.
|
2.
|
Perbendaharaan kata
yang banyak melebihi 14000 perkataan.
|
3.
|
Sebutan yang jelas,
lebih baik dan dapat dikawal.
|
4.
|
Memahami seni kata
lagu atau puisi.
|
5.
|
Dapat menamakan objek
atau kejadian.
|
6.
|
Memahami cerita lisan
atau yang dibaca dalam buku.
|
7.
|
Memahami serta
mengahafal lirik lagu.
|
8.
|
Dapat mengubahsuai
seni kata lagu.
|
9.
|
Dapat mengambil
bahagian dalam perbualan yang melibatkan kumpulan besar.
|
10.
|
Berbual, memberi komen
dan tindak balas dalam aktiviti harian.
|
11.
|
Boleh menggunakan ‘speech registers’ seperti “apa khabar,
tumpang lalu” secara berkesan.
|
12.
|
Pandai mengubah topik
perbincangan mengikut keadaan.
|
Borang pemerhatian
Pemerhati
|
Nur Alia Ahmad
|
Tarikh pemerhatian
|
05/02/2011
|
Masa pemerhatian
|
9 pagi – 12 tengah
hari
|
Nama kanak-kanak
|
Nur Ayuni binti Ahmad
|
Umur
|
6 tahun
|
Soalan
|
( / ) ( x )
|
Dapat menyebut nama
penuh.
|
( / )
|
Dapat memberitahu
umur.
|
( / )
|
Dapat memberitahu
tarikh lahir dengan betul.
|
( x )
|
Dapat memberitahu
alamat rumah
|
( x )
|
Dapat mengenali dan
membezakan bahagian anggota badan (kepala, badan, kaki, tangan, rambut, jari,
lifah, kuku dan sebagainya).
|
( / )
|
Mengingati seni kata
lagu.
|
( / )
|
Menggunakan perkataan
yang menghasilkan idea dan perasaan.
|
( / )
|
Petah bercakap dan
berbual dengan rakan-rakan semasa aktiviti dijalankan.
|
( / )
|
Mengambil bahagian
dalam perbincangan dalam sesuatu aktiviti.
|
( / )
|
Menunjukkan
keseronokan pada buku dan cerita.
|
( / )
|
Kesimpulan
Intiharnya, melalui pemerhatian
dan kajian yang telah dilakukan kepada kanak-kanak ini, saya mendapati bahawa
perkembangan bahasa dan komunikasi berlaku dengan pesat. Dia amat gemar
bertanya mengenai sesuatu perkara, kejadian serta perkataan-perkataan yang baru
diperolehi. Selain itu, penglibatan dalam komunikasi bersama rakan-rakan dalam
kelompok yang besar serta pandai mengambil giliran dalam perbualan juga dikira
sebagai kebolehan berkomunikasi yang baik. Perkataan ataupun ayat yang
digunakan Ayuni juga lebih kompleks dan mencapai maksud. Oleh itu, dia dapat
berkomunikasi dengan berkesan dan perkembangan bahasa dan komunikasinya
berkembang dengan baik. Melalui kajian ini, dapat saya simpulkan bahawa,
perkembangan bahasa dan komunikasi Ayuni berkembang pesat seiring dengan peringkat
umurnya. Tiada sebarang masalah yang berlaku dalam pertuturan dan bahasa. Oleh
itu, kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-kanak yang normal dalam
perkembangan bahasa dan komunikasi.
9.0 PERKEMBANGAN
KOGNITIF (INTELEK)
Kemahiran kognitif merupakan kebolehan
individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara
yang berlaku di persekitaran masing-masing. Perkembangan ini melibatkan
aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul,
menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain lagi. Kemahiran
kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu. Perkembangan
kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak
dan berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu
peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. Terdapat dua teori utama
perkembangan kognitif oleh ahli psikologi Switzerland, Jean Piaget dan ahli
psikologi Rusia, Lev Vygotsky. Teori-teori ini telah memainkan peranan penting di
dalam membantu memahami cara kanak-kanak berfikir dan bagaimana guru boleh
memainkan peranannya di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Beliau
telah cuba menjelaskan tentang kaedah ilmu dan membina hipotesis.
Menurut Jean Piaget, antara konsep penting yang diutarakan ialah perkembangan
kognitif merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan
sesuatu dengan cara tertentu. Sebagai contoh, sewaktu dilahirkan, bayi telah
dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan seperti menghisap, memandang,
mencapai, merasa dan memegang. Tambah beliau juga, terselit empat faktor yang
saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu, iaitu faktor
kematangan biologi. Faktor ini merupakan proses pemikiran yang dipengaruhi oleh
faktor baka atau genetik. Faktor kedua pula ialah faktor interaksi individu
dengan persekitaran. Faktor ini lebih menekankan individu yang berinteraksi
dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku dengan
meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati. Faktor ketiga
pula ialah faktor pengalaman sosial. Secara umumnya, perkembangan kognitif juga
dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran seperti
ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan. Faktor terakhir pula ialah faktor
keseimbangan yang menyatakan proses ini sebagai salah satu cara yang digunakan
individu untuk mengadaptasi dengan situasi yang baru difahami.
Peringkat-peringkat ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu peringkat
sensorimotor (sejak lahir – 2 tahun), peringkat pra-operasi (2 – 7 tahun),
peringkat operasi konkrit (7 – 11 tahun) dan peringkat operasi formal (11 tahun
ke atas). Dalam teori ini juga, perkembangan kanak-kanak dapat dilihat dalam
dua kategori iaitu peringkat pra-operasi dan peringkat konkrit. Dalam peringkat
ini, kanak-kanak sudah boleh menggunakan skema-skema fizikal yang mudah.
Seterusnya, mereka akan beralih ke peringkat di mana mereka mula menggunakan
minda untuk membentuk skema-skema terbaru. Kanak-kanak pada tahap ini mewakili
sesuatu dengan simbol mental seperti isyarat bahasa, gambar dan sebagainya.
Sebagai contoh, kanak-kanak mewakili imej sebenar buku dengan perkataan buku atau
dengan menggunakan gambar. Manakala, teori Lev Vygotsky pula menekankan Lev
Vigotsky menerangkan potensi perkembangan kognitif terbatas pada masa-masa
tertentu yang dikenali Zon of Proximal
Development (ZPD). Konsep ini menerangkan perbezaan di antara tingkat
perkembangan yang dicapai oleh kanak-kanak dengan cara bekerja sendiri tanpa
bantuan orang lain dan tingkat potensi berkembangan yang dicapai oleh
kanak-kanak di bawah panduan orang dewasa atau dengan kerjasama dengan orang
dewasa atau rakan sebaya yang lebih berkemampuan.
Pemerhatian
Pada pemerhatian saya, perkembangan intelek
Ayuni bersifat simbolik. Dia dapat berfikir dan berkomunikasi dengan
menggunakan perkataan atau simbol yang mewakili objek dan peristiwa di
sekeliling mereka. Dengan kebolehannya menggunakan bahasa, dia mempunyai
fleksibiliti mental untuk berfikir. Keupayaannya dalam membayangkan sesuatu
dengan menggunakan perkataan bagi membolehkan kanak-kanak mengatasi batasan
masa dan ruang dalam permainan mereka. Sebagai contoh, Ayuni menggunakan
telefon mainan untuk menelefon ibunya semasa di tadika. Pada peringkat ini
juga, Ayuni bersifat egosentrik serta pemikirannya bergantung kepada persepsi
logik, misalnya ketika berjalan, dia memberitahu bahawa bulan mengekorinya. Dia
juga percaya bahawa persepsi atau fikiran orang lain adalah sama dengannya.
Mengikut Howard Gardner, setiap individu mempunyai kecerdasan sendiri.
Kecerdasan yang ada pada seseorang individu merupakan kecenderungan kepada
sesuatu bidang, manakala mereka mungkin lemah dalam bidang yang lain.
Bidang Kecerdasan Pelbagai Gardner
Bidang
kecerdasan
|
Ciri-ciri
|
1.Pintar
bahasa
|
Mahir
bertutur, membaca, tulisan karya, puisi, bercerita dan perbahasan.
|
2.Pintar
logik-angka
|
Mahir
mengira, meyelesaikan masalah dan bermain komputer.
|
3.Pintar
ruang
|
Melukis,
mencorak, mereka cipta, membuat peta dan pandu arah (tidak sesat walaupun
diletakkan ditempat yang tidak dikenali).
|
4.Pintar
muzikal
|
Bermain
muzik, menyanyi dan mengubah lagu.
|
5.Pintar
kinestetik
|
Mengimbangi
badan, gimnastik, akrobatik dan menari.
|
6.Pintar
pergaulan
|
Disukai
ramai, faham perasaan dan keperluan orang lain, pandai bergaul dan mengawal
orang ramai.
|
7.Pintar
diri
|
Pengetahuan
diri – faham mood, kelemahan, kekuatan dan kemahiran diri sendiri.
|
8.Pintar
alam
|
Pengetahuan
bumi dan kehidupan alam semulajadi.
|
9.Pintar
nilai
|
Peka
terhadap kewujudan manusia, nilai, moral, agama, kuasa Tuhan, malaikat, jin
dan alam ghaib.
|
Melalui teori pelbagai kecerdasan Gardner,
saya dapat mengenal pasti beberapa kecerdasan yang dapat dilihat melalui kajian
ini, antaranya Ayuni mempunyai kecerdasan dalam bahasa. Dia seorang yang amat
mahir bertutur dan pandai mengambil hati orang sekeliling. Selain itu juga, dia
mempunyai kecerdasan dalam muzik. Ayuni gemar menyanyi dan dapat menghafal
lirik-lirik lagu yang sering didengari melalui corong-corong radio dan
televisyen. Dia juga amat cepat menghafal lirik lagu yang digemarinya. Akhir
sekali, dia amat pintar dalam pergaulan kerana dia amat disukai oleh
kawan-kawannya. Dia juga sering menampakkan sifat empati terhadap perasaan
rakan-rakannya.
Borang pemerhatian
Pemerhati
|
Nur
Alia Ahmad
|
Tarikh
pemerhatian
|
07
Februari 2011
|
Masa
pemerhatian
|
2.00p.m
– 4.00 p.m
|
Nama
kanak-kanak
|
Nur
Ayuni binti Ahmad
|
Umur
|
6
tahun
|
Perkara
|
(
/ ) ( x )
|
A.Kecerdasan Pintar Bahasa
1.
Suka bercerita.
2.Suka
membaca dan bermain dengan perkataan seperti berjenaka atau permainan
teka-teki.
3.
Cepat pelajari ejaan atau perkataan ataupun bahasa baru.
4.
Menikmati permainan silang kata seperti “scrabbles”
5.
Cepat mempelajari seni kata lagu yang baru didengari.
|
(
/ )
(
/ )
(
/ )
(
/ )
(
/ )
|
B.Kecerdasan Pintar Logik Angka
1.
Suka aktiviti permainan corak, angka atau kira-kira.
2.Suka
mengetahui sebab-munasabab yang logik sesuatu kejadian.
3.
suka menyipan koleksi seperti kerang, batu, setem atau duit syiling.
4.
Gemar ujian minda dan suka permainan strategi seperti komputer ataupun catur.
5.
Gemar membentuk eksperimen untuk mengkaji sesuatu.
|
(
/ )
(
/ )
(
/ )
(
/ )
(
/ )
|
C.Kecerdasan Pintar Ruang
1.Suka
melukis dan mmbayang sesuatu dalam bentuk gambar dan cerita.
2.
Suka permainan cantuman gambar seperti jigsaw atau mencari jalan seperti
“maze”.
3.Suka
aktiviti lakonan ataupun drama.
Suka
mengemas dan menyusun serta mudah mengingat jalan setelah pergi ke sesuatu
tempat.
|
(
x )
(
/ )
(
/ )
(
/ )
|
D.Kecerdasan Pintar Muzikal
1.Peka
terhadap seni muzik dan cepat mengesan corak melodi.
2.
Suka menyanyi atau persembahan muzik.
3.Gemar
akan alat-alat muzik.
4.
Bergerak mengikut rentak muzik.
5.
Gemar mengubah lagu yang dikenali.
6.
Cepat mempelajari dan menghafal sesuatu yang didengari berbanding bacaan.
|
(
/ )
(
/ )
(
/ )
(
/ )
(
x )
(
/ )
|
E.
Kecerdasan Pintar Kinestetik
1.
Suka bermain olahraga dan menari.
2.
Sering menggunakan gerak badan dan mimik muka semasa bercerita.
3.
Suka permainan lakonan peranan seperti sudut drama.
4.
Gemar aktiviti kasar seperti memanjat atau halus seperti menjahit dan
pertukangan.
|
(
/ )
(
x )
(
/ )
(
/ )
|
F.
Kecerdasan Pintar Pergaulan
1.Mudah
berkawan dan menikmati permainan yang memerlukan kerjasama.
2.Suka
menyelesaikan masalah secara berkumpulan.
3.
Prihatin terhadap orang lain.
4.
Sentiasa dipilih sebagai ketua kumpulan.
5.
Senang memujuk orang lain untuk bekerjasama dengannya.
|
(
/ )
(
/ )
(
/ )
(
/ )
(
/ )
|
G.
Kecerdasan Pintar Diri
1.
Selesa apabila menjalankan aktiviti bersendirian dan suka menyimpan catatan
harian.
2.Dapat
menyiapkan tugas tanpa bantuan daripada orang lain dan mempunyai keyakinan
diri.
3.
Mempunyai pendapat atau perasaan yang kuat mengenai sesuatu.
|
(
x )
(
x )
(
/ )
|
H.
Kecerdasan Pintar Alam
1.
Suka berkebun, bermain dan menjaga haiwan kesayangan.
2.Cepat
mengingat nama pokok atau bunga dan berpengetahuan yang mendalam tentang
ciri-ciri haiwan dan tumbuhan.
3.Mengenali
corak dan nama binatang dilangit dan suka aktiviti berkhemah.
|
(
/ )
(
/ )
(
/ )
|
I.Kecerdasan
Pintar Nilai
1.
Suka bertanya mengenai dosa dan pahala.
2.
Suka membaca atau bertanya tentang kehidupan dan kematian.
3.
Peka terhadap kesan tingkah lakunya terhadap orang lain.
4.
Suka membantu orang lain yang dalam kesusahan.
5.
Sentiasa menyoal perihal kewujudan Tuhan dan malaikat.
6.
Sensitif terhadap alam ajaib seperti jin dan makhluk halus.
|
(
/ )
(
x )
(
x )
(
/ )
(
/ )
(
/ )
|
Kesimpulan
Kesimpulannya, melalui kajian dan pemerhatian
yang dilakukan, perkembangan kognitif dan intelek Ayuni berkembang dengan pesat
walaupun dia tidak mempunyai kesemua kecerdasan yang disenaraikan dalam Teori
Pelbagai Kecerdasan Gardner. Kecerdasannya tertumpu pada kecerdasan bahasa,
logik angka, muzikal dan pergaulan berbanding pintar ruang, kinestetik, diri,
alam dan nilai. Dia lebih gemar membaca, melukis dalam aktiviti seharian. Ayuni
suka bergaul dengan rakan-rakannya dan mempunyai kerjasama dalam melakukan
aktiviti berkumpulan. Akhir sekali, perkembangan kognitif dan pemikiran
kanak-kanak ini normal dan mengikut peringkat umur. Perkembangan akan terus
berlaku sepanjang hayat kerana pertambahan input-input baru dalam pemikiran
mereka dari semasa ke semasa menerusi pembelajaran secara langsung mahupun
tidak langsung.
10.0 PERKEMBANGAN TINGKAH LAKU
Tingkah laku terbahagi
kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku
positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif
dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku negatif pula terbahagi kepada tiga
iaitu tingkah laku distruktif, distruptif dan sikap bergantung. Tingkah laku
positif merupakan tingkah laku kanak-kanak yang baik untuk perkembangan mereka
kerana dengan adanya tingkah laku ini, kanak-kanak akan lebih bersemangat untuk
melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sikap ingin tahu
kanak-kanak akan membantu guru dalam merangsang pemikiran kanak-kanak dan
penting dalam perkembangan kognitif mereka. Dengan sikap ingin tahu kanak-kanak
ini, guru dapat membina aktiviti yang lebih melibatkan penerokaan kerana pada
tahap ini, kanak-kanak suka pada aktiviti seperti ini. Kanak-kanak yang cepat belajar juga merupakan
tingkah laku yang positif kerana akan memudahkan guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana, guru tidak perlu melakukan proses
pemulihan sekiranya kanak-kanak cepat belajar. Guru cuma perlu fikirkan
aktiviti penggayaan untuk kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang proaktif juga
merupakan tingkah laku positif. Kanak-kanak proaktif berbeza dengan kanak-kanak
hyperaktif. Ini kerana kanak-kanak proaktif merupakan kanak-kanak yang suka
melibatkan diri pada aktiviti, suka bermain dan lebih mudah dikawal oleh guru.
Kanak-kanak pintar cerdas jarang dijumpai namun jika terdapat kanak-kanak
seperti ini, guru harus pandai memberikan aktiviti yang menarik agar mereka tidak
mudah bosan. Manakala, tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang
mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas. Ini kerana tingkah laku negatif bukan sahaja kanak-kanak yang suka
mengganggu rakan lain malah kanak-kanak yang sering memberontak dalam kelas
merupakan contoh kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku negatif. Tingkah laku
distruktif merupakan tingkah laku kanak-kanak iaitu permusuhan nyata iaitu
kanak-kanak yang sering menunjukkan tingkah laku fizikal ataupun lisan yang
bertujuan menyakiti seseorang. Contohnya, seorang murid sedang beratur untuk dapatkan
makanan tiba-tiba seorang murid yang lain, memotong barisan tersebut. Selain
itu juga, vandalisme juga merupakan ciri-ciri tingkah laku distruktif. Bagi kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif pula, kanak-kanak
ini biasanya mempunyai ciri-ciri hyperaktif, suka membuat bising dan agresif.
Kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif merupakan kanak-kanak yang
suka bergerak, suka ketawa dengan kuat dan sering menunjukkan tingkah laku
agresif kepada rakan-rakan yang lain. Tingkah laku bergantungan pula merupakan
kanak-kanak yang sering mengalami emosi kebimbangan, pergantungan berlebihan
dan mempunyai nilai kendiri yang rendah. Kanak-kanak ini biasanya sering
bergantung pada orang lain dalam apa juga aktiviti yang dijalankan. Kanak-kanak
yang terlalu pemalu juga merupakan kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku
pergantungan.
Pemerhatian
Melalui pemerhatian, Ayuni
seorang yang bersifat suka bertanya. Setiap apa yang dilihatnya, pasti dia
menginginkan jawapan dan sebab mengapa sesuatu kejadian berlaku. Selain itu,
dia cepat belajar sebagai contoh jika kita mengajar matematik iaitu tambah dan
tolak, dia dapat menguasainya dalam jangka masa yang pendek. Sebagai guru, kita
hendaklah mengajar mereka dengan cara mengulang dan melakukan peneguhan positif
terhadap tingkah laku yang positif. Oleh itu, perkembangan tingkah laku akan
bersifat kekal. Dia juga seorang yang proaktif. Jika guru mengadakan sesuatu
aktiviti, dia gemar mengikutinya dan mudah mengikut arahan. Manakala, jika dia
tidak berminat dengan sesuatu aktiviti, dia mudah untuk dipujuk. Akhir sekali,
dia tidak terlalu bergantung pada orang lain. Dia amat gemar berdikari dan mendapatkan
ramai rakan. Oleh itu, pelbagai aktiviti dapat disertainya dan dia juga dapat
menarik rakan-rakan untuk bermain bersamanya. Ayuni juga mempunyai tahap
moraliti prakonvensional yang tinggi. Dia amat bergantung pada tekananan luar
kerana dia akan mematuhi peraturan demi mengelakkan dendaan atau untuk
mendapatkan ganjaran dan kepentingan dirinya yang dikenali sebagai orentasi
dendaan dan taat dan headonisme instrumental/orentasi egoistik. Tingkah laku
prososial yang ada pada Ayumi pula ialah dia mula menunjukkan pengurangan dalam
sifat egosentriknya. Sebagai contoh, dia akan memberikan mainannya kepada
kanak-kanak lain jika mereka menangis.
Borang pemerhatian
Nama kanak-kanak
|
Nur Ayuni binti Ahmad
|
Umur
|
6 tahun
|
Pemerhati
|
4 – 6 petang
|
Masa pemerhatian
|
4.00p.m-6.00p.m
|
Tingkah laku
|
( / ) ( x )
|
1.Gemar bertanya dan
bersifat ingin tahu.
|
( / )
|
2.Mudah menerima sesuatu
pelajaran yang baru.
|
( / )
|
3.Bersikap proaktif dalam
melaksanakan sesuatu aktiviti.
|
( / )
|
4.Suka bermain dan bergaul
dengan rakan sebaya.
|
( / )
|
5.Suka memberontak jika
tidak memenuhi permintaan mereka.
|
( x )
|
6.Suka mengganggu rakan
lain bermain.
|
( x )
|
7.Bersikap hyperaktif,
suka membuat bising dan agresif.
|
( x )
|
8.Suka bergerak dan sukar
dikawal.
|
( x )
|
9.Suka ketawa dengan kuat
dan sering menunjukkan tingkah laku agresif terhadap rakan-rakan.
|
( x )
|
10.Jika sahabat karibnya
tidak hadir ke sekolah, kanak-kanak bertindak pasif.
|
( x )
|
Kesimpulan
Melalui kajian dan
pemerhatian yang telah dilakukan, perkembangan tingkah laku Ayuni berlaku ke
arah positif. Hal ini disebabkan kesemua tingkah laku yang ditunjukkan menuju
ke arah kebaikan dan dapat membantu guru dalam merancang serta melaksanakan
aktiviti. Manakala, tingkah laku yang negatif seperti sifat bergantung terhadap
orang lain mengikut keadaan tempat juga boleh menurunkan perasaan yakin diri.
Oleh itu, sebagai guru atau penjaga, kita hendaklah menanamkan nilai-nilai yang
positif dalam diri kanak-kanak kerana nilai yang positif akan membentuk tingkah
laku yang positif pada masa yang akan datang. Oleh itu, saya dapat merumuskan
bahawa perkembangan tingkah laku kanak-kanak ini adalah normal. Nilai-nilai
yang positif perlu diterapkan dalam diri kanak-kanak supaya perkembangan
tingkah laku akan membendung gejala sosial pada masa yang akan datang.
RUMUSAN
Melalui kajian dan
pemerhatian yang telah dilakukan, saya dapat membuat rumusan bahawa
perkembangan yang berlaku pada kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran.
Persekitaran seseorang kanak-kanak membesar akan membentuk personaliti mereka.
Berdasarkan perkembangan kanak-kanak yang dikaji, perkembangan yang berlaku
pada kanak-kanak ini adalah normal dan perkembangan yang berlaku mengikut tahap
umur. Perkembangan ini akan terus berkembang hingga ke akhir hayat.
Rujukan
Pensyarah
Encik Mohd Yusof bin Basir
Pensyarah Persekitaran yang
Responsif untuk Bayi dan Kanak-kanak (KAQ 1033)
Cik Sitti Saidah Hj Saleng
Pensyarah Perkembangan
Kanak-kanak dari Perspektif Pendidikan (KAS 1053)
Buku-buku rujukan
Azizah
Lebai Nordin (2002), Pendidikan Awal
Kanaka-kanak Teori dan Amali : Universiti Malaya Kuala Lumpur
Rohani
Abdullah (2001), Perkembangan Kanak-kanak
: Universiti Putra Malaysia.
Sumber pautan internet
08:13 0 
Credits
- Template: Sweet Nothings
- Photo: Eaphonia
- Tutorials: Qayyum
- Cursor: Cursor-4u
- Bullet: trixinity.net
- Favicon: drikoti.net
- Top Button: Faqihah Husni