TEORI MILDRED PARTEN, TEORI PIAGET, TEORI SIGMURD FREUD

KAI
1043
BERMAIN
SEBAGAI PEDAGOGI PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
TUGASAN:
TEORI MILDRED PARTEN, TEORI PIAGET,
TEORI SIGMURD FREUD
NAMA :NUR ALIA
BINTI AHMAD
NO. MATRIK :E20101000906
PROGRAM :DIPLOMA PENDIDIKAN
AWAL KANAK-KANAK
SEMESTER :SESI 2 2010/2011
KUMP. KULIAH :B
DISEDIAKAN KEPADA:
NAMA PENSYARAH :ENCIK KAMARUDDIN BIN DAUD
TARIKH SERAHAN :07 FEBRUARI 2011
MILDRED
PARTEN
Kanak-kanak belajar melalui proses
bermain. Oleh itu, ramai
pendidik-pendidik awal kanak-kanak berminat untuk mengkaji mengenai sesuatu
permainan. Hasil kajian Mildred Parten, beliau telah mengelaskan main ke dalam
enam kategori. Tahap-tahap ini dikenali sebagai, unoccupied play, solitary play
(independent), onlooker play, parallel play, associative play, cooperative play.
Unoccupied
play bermaksud kanak-kanak tersebut bergerak di kelas dari satu tempat ke
tempat yang lain sambil memerhati kawan-kawan yang lain tetapi tidak bermain. Kanak-kanak
ini tidak bermain dengan sesuatu atau sesiapa tetapi mereka hanya duduk atau berdiri
tanpa melakukan sesuatu yang dapat diperhatikan. Manakala solitary play pula bermaksud kanak-kanak hanya bermain secara
sendirian, mereka tidak melibatkan kanak-kanak lain yang duduk berhampiran
dengannya. Mereka bermain tanpa menghiraukan apa yang dilakukan oleh
kanak-kanak yang ada di sekitar mereka. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak membina menara menggunakan blok-blok dan
secara keseluruhannya mengabaikan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak lain yang
ada dalam bilik yang sama. Selain itu, onlooker
play pula bermaksud kanak-kanak memerhatikan kanak-kanak yang lain bermain
tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan. Mereka ini mungkin melibatkan
diri dalam perbualan tetapi tidak mengikuti aktiviti yang dilakukan oleh
rakan-rakan mereka yang lain. Kanak-kanak ini fokus terhadap aktiviti yang
dilakukan oleh kanak-kanak lain tetapi tidak melibatkan diri dalam melakukan
aktiviti tersebut. Seterusnya ialah parallel
play. Kanak-kanak ini bermain
benda yang sama tetapi setiap orang bermain secara sendirian. Apa yang
dilakukan oleh seorang kanak-kanak tidak bergantung kepada apa yang dilakukan
oleh kanak-kanak yang lain. Sebagai contoh seorang kanak-kanak bermain puzzle,
tanpa selesai bermain kanak-kanak tersebut meninggalkan meja permainan, kanak-kanak
yang lain akan terus menyambung permainan tersebut. Seterusnya, assosiative play, Kanak-kanak ini berinteraksi dengan kanak-kanak
lain dan berkongsi peralatan mainan. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang tidak
terancang. Contohnya ialah main kejar-kejar. Akhir sekali, cooperative play, kanak-kanak bermain dalam satu bentuk sosial yang
melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti. Sebagai contoh,
kanak-kanak bekerjasama membuat binaan dari bongkah.
JEAN
PIAGET
Jean
Piaget merupakan seorang ahli biologi yang berbangsa Swiss. Apabila beliau
bekerja dengan seorang ahli psikologi Perancis Alfred Binet yang membina ujian
kecerdasan,beliau mula berminat dengan pemikiran kanak-kanak. Beliau telah
membuat penyelidikan di Institut Jacques Rousseau dan membina kaedah klinikal
dalam temubual serta membuat pemerhatian terhadap kanak-kanak.
Sumbangan
Piaget lebih berfokus kepada sumbangan kognitif. Beliau membahagikan perkembangan kognitif
kanak-kanak kepada empat tahap iaitu deria motor (0-2 tahun), praoperasi (2-7
tahun), operasi konkrit (7-11tahun) serta operasi formal (11 tahun ke atas).
Pengetahuan dibina melalui proses organisasi yang dikenali sebagai skema,
asimilasi, akomodasi dan keseimbangan. Perkembangan deria motor berlaku apabila kanak-kanak mengguna deria motor dan
deria yang lain untuk meninjau dan memahami persekitaran. Manakala,
perkembangan praoperasi pula berlaku
apabila kanak-kanak berfikir secara simbolik
untuk menyelesaikan masalah, tetapi pemikiran mereka masih tidak logik dan mudah
dipengaruhi oleh persepsi yang berlainan. Perkembangan operasi konkrit pula berlaku apabila kanak-kanak mula berfikir
secara logik dan konkrit serta mementingkan diri sendiri. Mereka menyelesaikan
masalah secara proses cuba-jaya. Akhir sekali ialah operasi formal, iaitu apabila boleh berfikir secara
abstrak dan mengetahui akibat jangka panjang mengenai perbuatan mereka. Skema adalah struktur
kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri
dengan keadaan persekitaran. Skema adalah proses mencipta,
memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi
dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan menggenggam.
Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya. Seperti puting
susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana
satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana hanya ada satu sahaja skema
iaitu menghisap. Asimilasi merupakan
proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumat-maklumat baru atau
pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan
(fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku
sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan
pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin
membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku
adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif. Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan
kualitatif serta perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang
diterima sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema,
sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau
diubah atau diubahsuai.
Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila
skema yang sedia ada diubahsuai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau
pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan
tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang
itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran
tertentu.Keseimbangan akan tercapai
apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses penyerapan dan
pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat
baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya
proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap,
maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta
skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap
keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari
bayi sehingga dewasa.
SIGMURD FREUD
Sigmurd
Freud terkenal dengan teori psikoanalisis. Teori ini menerangkan mengenai tiga
alam kesedaran iaitu alam sedar, alam pra-sedar, dan alam tidak sedar. Alam sedar ialah pemikiran, perasaan dan ingatan. Manakala, alam pra-sedar merujuk kepada pengalaman,
ingatan persepsi dan perasaan. Akhir sekali, alam tidak sedar pula ialah bahagian terbesar dan pendorong asas kepada
tingkah laku yang mengandungi semua naluri serta keinginan manusia. Menurut
Sigmurd Freud, terdapat tiga elemen perkembangan personaliti manusia iaitu Id,
ego dan superego. Id ialah sikap
yang hanya tahu mendesak dan memaksa. Sifatnya suka kepada keseronokan dan kegembiraan
dan kepuasan. Id tidak pernah matang dan membesar dan bersifat tidak rasional,
tidak bermoral. Dorongan yang dilakukan oleh id bersifat di bawah sedar.
Manakala, perkembangan personaliti manusia ego
pula mengutamakan pemikiran logik, berkembang secara berperingkat, elemen tahap
sedar, penuh dgn persepsi serta inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan diri.
Ia merupakan tenaga eksekutif yang mengawal jenis tindakan yang akan dilakukan,
memilih persekitaran yang sesuai. Ia juga terpaksa menangung beban dan tanggungjawab
kerana terpaksa menjadi orang tengah di antara id dan superego. Ego perlu waras
dan rasional. Akhir sekali ialah perkembangan personaliti superego yang menyerupai hati nurani, merupakan komponen sosial dan
moral serta bertanggungjawab menentukan sesuatu tingkah laku itu baik atau
buruk berdasarkan kepada pendidikan yang diterimanya sejak awal dulu, ia
bersifat idealistik. Dapat melahirkan ganjaran yang berupa penghargaan diri dan
denda apabila rasa bersalah dan kritik diri. Sigmurd Freud juga mengelaskan
beberapa peringkat perkembangan iaitu oral
(0-18 bulan), anal (2-4 tahun), falik (4-6 tahun), latensi (6-12 tahun) dan genital
(12 tahun ke atas).

Teori Psikoanalisis
Sigmurd Freud
John
Lock
o
Proses
pembelajaran lebih penting daripada hasil pembelajaran, proses pembelajaran
dianggap matlamat terakhir pendidikan.
o
Pengasas
aliran environmentalisme - keadaan semula jadi manusia bukan ditentukan semasa
lahir, tetapi dipengaruhi faktor persekitaran.
o
Individu
menerima pengetahuan hasil pengalamannya yang dikaitkan dengan tabula rasa atau blank slate.
Jean-Jacques
Rousseau (1712-1778)
o
Dikenali
dengan buku Emile.
o
Pandangannya
disebut naturalisme (meninggalkan pengaruh masyarakat).
o
Sumbangan
– huraian mengenai cirri kanak-kanak mengikut peringkat umur yang telah
membentuk kurikulum yang disusun mengikut peringkat umur.
Johann
Heinrich Pestalozzi (1746-1827)
o
Terpengaruh
dengan idea Rousseau dan bukunya Emile.
o
Buka
sekolah di ladang yang dikenali sebagai Neuhof.
o
Mengaplikasi
pendapat Rousseau. Mengasuh anaknya Jean-Jacques – tidak dapat membaca dan
menulis semasa berumur 12 tahun.(menghidap penyakit epileptik)
o
Sumbangan
beliau pembentukan kaedah pengajaran yang sesuai dengan keperluan individu.
o
Percaya
kepada kumpulan pelbagai umur atau multiage
grouping. (kanak-kanak tua membantu kanak-kanak muda).
Robert
Owen (1771-1858)
o
Merupakan
environmentalis.
o
Membuka
sekolah kanak-kanak Infant School 1816 di New Lanark,Scotland.
o
Untuk
kanak-kanak 18 bulan hingga 10 tahun sementara ibu bapa mereka bekerja di
kilang kapas kepunyaanya.
o
Pembukaan
sekolah sama di London.
o
Matlamatnya
membawa kanak-kanak keluar daripada ibu bapa mereka yang tidak berpelajaran.
o
Membuka
sekolah malam untuk pekerjanya.
Friedrich
Froebel (1782-1852)
o
Bapa
kindergarten.
o
Mengasaskan
sekolah taman asuhan kanak-kanak 1837.
o
Menggunakan
konsep unfolding yang diasaskan
Comenius dan Pestalozzi.
o
Peranan
pendidik ialah membuat pemerhatian terhadap natural
unfolding dan menyediakan aktiviti apabila mereka telah bersedia.
o
Kindergarten
perlu dipenuhi keindahan bagi menarik minat kanak-kanak.
o
Pengajaran
dan pembelajaran menekankan kaedah bermain dan belajar melalui praktikal.
o
Membahagikan
proses perkembangan kepada tiga peringkat iaitu bayi(infancy), awal
kanak-kanak(early childhood), dan peringkat kanak-kanak(childhood).
o
Cipta
alat-alat geometri dikenali sebagai gift.
Maria
Montessori (1870-1952)
o
Penubuhan
sekolah kanak-kanak cacat di Rome 1899.
o
Sumbangan
1904, menubuhkan sekolah kanak-kanak di kawasan slum yang merupakan rehousing
programme dikenali Casa dei Bambini
atau Rumah Kanak-kanak.
o
Menekankan
penggunaan deria.
o
Semenjak
lahir sehingga tiga tahun- dikenali sebagai unconscious
absorbent mind.
o
3-6
tahun – digelar conscious absorbent mind.
o
Percaya
adanya masa sensitive dan dinamakan kesediaan (readiness).
Kaedah Montessori
1. Practical life – pendidikan untuk perkembangan
motor kasar.
2. Sensory material – untuk melatih deria.
3. Academic material – untuk mengajar menulis,
membaca dan matematik.
Lev
Vigotsky (1896-1934)
o Potensi
perkembangan kognitif terbatas pada masa-masa tertentu yang dikenali Zon of Proximal Development (ZPD).
Howard
Gardner
o
Bukunya
bertajuk Artful Scribbles – mengkaji mengenai kreativiti.
o
Sumbangan
– Teori Pelbagai Kecerdasan (multiple
intelligence).
Al-Ghazali
(1058-1111)
o
Terkenal
dengan buku Ihya’ Ulumuddin.
o
Menekankan
adab makan.
o
Mementingkan
unsur ganjaran.
Ibnu
Khaldun (1332-1406)
o
Bukunya
Muqaddimah.
o
masa
belajar tidak harus panjang.
o
Kanak-kanak
tidak harus diajar perkara-perkara susah.
o
Belajar
daripada mudah kepada susah.
o
Tidak
harus dibebankan dengan perkara di luar kemampuan mereka.
Albert
Bandura
o
Melalui
peniruan
o
Teori
pembelajaran sosial
1. Perhati
2. Ingat
3. Reproduksi
4. Peneguhan
07:37 0 
Credits
- Template: Sweet Nothings
- Photo: Eaphonia
- Tutorials: Qayyum
- Cursor: Cursor-4u
- Bullet: trixinity.net
- Favicon: drikoti.net
- Top Button: Faqihah Husni