outdoor activity..
KAI 1043
BERMAIN SEBAGAI PEDAGOGI PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
TUGASAN:
AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH
NAMA :NUR ALIA BINTI AHMAD
NO. MATRIK :E20101000906
PROGRAM :DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
SEMESTER :SESI 2 2010/2011
KUMP. KULIAH :B
DISEDIAKAN KEPADA:
NAMA PENSYARAH :ENCIK KAMARUDDIN BIN DAUD
TARIKH SERAHAN :07 MAC 2011
TAJUK : Permainan Pasir
SASARAN : 3-5 tahun
MASA : 30 minit
BAHAN : Air, pasir sungai (bersih dan tertutup), bekas beraneka bentuk.
OBJEKTIF :1) Meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak (fine motor skills).
2) Meningkatkan perkembangan pemikiran logik kanak-kanak serta asas pra matematik.
3) Meningkatkan perkembangan deria kanak-kanak terutama deria sentuhan.
4) Menggalakkan perkembangan sosial kanak-kanak.
5) Meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak.
CARA PELAKSANAAN
SEBELUM
1. Guru atau pengasuh hendaklah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk melakukan aktiviti.
2. Pastikan kanak-kanak telah bersedia untuk melakukan aktiviti seperti memberi susu, menukar lampin serta kanak-kanak dalam keadaan selesa.
3. Gunakan bahan yang tidak membahayakan kanak-kanak.
SEMASA
1. Kanak-kanak dibawa ke kolam pasir.
2. Guru menerangkan mengenai permainan yang akan dijalankan.
3. Guru hendaklah menerangkan kepada kanak-kanak bahawa pasir tidak akan membentuk bekas sekiranya tidak dicampurkan dengan sedikit air dan sifat-sifat semulajadi pasir.
4. Kanak-kanak akan diperkenalkan konsep asas pra-matematik. Jadi bentuk-bentuk yang disediakan merupakan nombor dan bentuk-bentuk seperti segi empat, segi tiga, bulat, hexagon dan lain-lain lagi.
5. Kanak-kanak hendaklah mengisi bentuk-bentuk dan bebas membuat bentuk-bentuk menggunakan tangan dengan menulis di atas pasir mengikut kreativiti dan bebas membina menara pasir hasil gabungan bentuk-bentuk tersebut.
6. Guru hendaklah memantau aktiviti kanak-kanak supaya proses pembelajaran berlaku dengan lancar.
7. Sambil kanak-kanak bermain, guru bolehlah menerangkan nombor, susunan nombor serta jenis-jenis bentuk yang terhasil semasa aktiviti berlangsung.
SELEPAS
1. Guru hendaklah memantau perkembangan kanak-kanak dari semasa ke semasa.
2. Guru hendaklah merekodkan perkembangan kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung yang baru dipraktikkan selepas aktiviti.
Air… Pasir sungai…..
Kolam pasir… Bekas pelbagai bentuk….
07:40 0 
Credits
- Template: Sweet Nothings
- Photo: Eaphonia
- Tutorials: Qayyum
- Cursor: Cursor-4u
- Bullet: trixinity.net
- Favicon: drikoti.net
- Top Button: Faqihah Husni