ASSIGNMENT FALSAFAH,PENDEKATAN DAN KANDUNGAN KURIKULUM PERMATA


KAQ 1023
FALSAFAH,PENDEKATAN DAN KANDUNGAN KURIKULUM PERMATA

NAMA PENSYARAH : CIK SITI ASWANIZA ABDULLAH
PROGRAM : DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
FAKULTI : PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
KUMPULAN         : KUMPULAN B
SEMESTER : SEMESTER 2
  NAMA PELAJAR :
 CHENG YONG ZHEE         E20101000785
 SITI AISHAH BT. MAHUDIN E 20101000903
 NUR ALIA BT. AHMAD E 20101000906
 NUR AMALINA BT. MOHD FADZIL E 20101000909
 S A HARITH B. AHID         E 20101000911
 ZUWAIRIABANU BT. SHEKH DAUDE 20101000912
 FATMAH BASYIRAH BT. HARUN E 20101000915




ISI KANDUNGAN

BIL ISI MUKA
SURAT
1 PENGHARGAAN 1

2 PENGENALAN 2

3
SOALAN NO.4
4.1     SOALAN NO.4(a)i-Cirian Kanak-kanak Mengikut Tahap
                                        Umur
3



4 4.2     SOALAN NO.4(a)ii-Tahap Perkembangan sahsiah,
                                         Sosioemosi dan Kerohanian
                                         Kanak-kanak Mengikut Kumpulan

5
5 4.3     SOALAN NO.4 (b)-Objektif Pembelajaran 9

6 4.4     SOALAN NO.4 (c)-Faktor-faktor yang Mempengaruhi
                                        Perkembangan Emosi dan Sosial                  
                                         Kanak-kanak

13










PENGHARGAAN


Alhamdulillah, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus Kaq 1023
Falsafah,Pendekatan Dan Kandungan Kurikulum PERMATA
dengan penuh jayanya.
Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada, Cik Siti Aswaniza Abdullah Pensyarah Matapelajaran Falsafah,Pendekatan Dan Kandungan Kurikulum PERMATA(KAQ 1023)
di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku.
Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigm dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat.








PENGENALAN
Di dalam tugasan kumpulan ini,kami dikehendaki membentangkan tajuk yang berfokuskan ‘TAHAP PERKEMBANGAN EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK’ berpandukan kurikulum PERMATA. Segala huraian dan penjelasan berdasarkan kurikulum PERMATA.



SOALAN NOMBOR 4
Perkembangan terhadap rangsangan deria amat penting dalam membina sinaps yang banyak dalam minda kanak-kanak sebagai asas membina kemahiran terhadap kebolehan berfikir awal,menyelesaikan masalah mudah dan dapat mengamalkan nilai-nilai murni serta kecekapan berbahasa dengan baik.

a) Bincangkan berkenaan tahap perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak PERMATA yang merangkumi :
i. Cirian kanak-kanak mengikut tahap kumpulan umur.
ii. Tahap perkembangan sahsiah , sosioemosi dan kerohanian kanak-kanak mengikut tahap kumpulan umur.

b) Bincangkan juga berkenaan dengan objektif pembelajaran mengikut peringkat umur kanak-kanak beserta contoh aktiviti yang perlu diterapkan berdasarkan kurikulum PERMATA
c) Senaraikan apakah faktor-faktor yang dapat mempengaruhi terhadap perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak.




SOALAN 4(a)i
TAHAP KUMPULAN UMUR CIRIAN KANAK KANAK
0-6 Bulan Cuba membina hubungan dan berinteraksi dengan ibu bapa dan dengan orang sekeliling.
Bina emosi stabil,rasa selamat,tenteram dan yakin.
Membezakan ekspresi muka ibu yang berbeza.
Meningkatkan kebolehan mengesan pergerakan
6-12 Bulan Bina hubungan sosial dengan ibu/pendidik.
Merangsang kemahiran awal dengan pendidik.
Mula berdikari – cuba makan dan minum dengan sendiri.
Perasaan ingin tahu yang tinggi
1-2 Tahun Boleh mengenal diri sendiri.
Bangga dengan kebolehan diri.
Boleh membeza dan tunjuk perasaan.
Boleh berinteraksi dengan rakan dan pendidik.
Dapat mengikut arahan mudah.
2-3 Tahun Dapat mengenal pasti perasaan yang berbeza.
Pandai mengubahkan perasaan.
Mengenali keluarga dan rakan terdekat.
Boleh bergaul dengan rakan dan banyak bertanya.
Keupayaan berkominikasi meningkat dan tahap pengingatan yang lebih kuat.
3-4 Tahun Rasa sayang pada diri sendiri dan orang lain.
Belajar menghormati orang lain.
Petah bercakap.
Dapat berkerjasama dan berinteraksi dengan baik.
Dapat meluahkan perasaan melalui percakapan.



SOALAN 4(a) ii
Tahap Kumpulan Umur Tahap perkembangan sahsiah , sosioemosi dan kerohanian

0-6 Bulan
Dapat  mengamati wajah apabila berada dalam jarak yang dekat semasa berkomunikasi.
Membuat ‘eye contact’ jika didekatkan pada muka.
Akan berhenti menangis apabila melihat, mendengar suara dan merasai kehadiran orang yang rapat.
Mencari arah suara ibu dan suka dibelai oleh seseorang yang rapat.
Mengenali dan mengecam sesiapa yang rapat dengannya sejak awal kelahiran.
Ketawa bila gembira atau diagah.
Senyum apabila melihat kearah orang yang dikenali.
Menzahirkan mood melalui ekspresi wajah.
Senyum apabila diagah.
Membuat bunyi apabila gembira.
Menangis apabila marah.
Suka apabila dipuji.
Menunjukkan kegembiraan melalui ekspresi muka.
Membina persepsi mengenai anggota badan sendiri.

6-12 Bulan
Pandang apabila orang bercakap.
Boleh membezakan antara ibu dengan orang lain.
Takut apabila berhadapan dengan orang yang tidak dikenali.
Sukakan aktiviti :bermain cikucak
Suka apabila mendapat perhatian terhadap aktiviti yang dilakukan
Dapat memberi respon terhadap kata-kata yang lembut.
Memberi reaksi kepada bunyi yang didengari.
Gembira apabila dinyanyikan.
Apabila ada sesuatu yang mencuit hati,mereka akan ketawa.
Mengenali diri sendiri,percaya pada diri,berdikari dan meningkatkan kesedaran diri.
Membina imej kendiri dan mampu perkara untuk diri sendiri.
Tahu nama sendiri dan respon apabila dipanggil.
Meniru perlakuan orang dewasa.
Memahami perkataan ‘jangan’ dan boleh mengikut arahan mudah

1-2 Tahun
Suka diberi perhatian dan mengambil tahu kehadiran orang lain.
Kurang rasa takut terhadap orang yang baru dikenali.
Suka dipeluk dan dibacakan buku.
Pandai memeluk dan memberi ciuman.
Menunjukkan sikap mempertahankan kehendak.
Sikap berdikari mula wujud.
Meragam apabila ada sesuatu yang tidak disenangi.
Gembira apabila melakukan aktiviti untuk diri sendiri dan bermain sendirian dalam waktu yang singkat.
Menunjukkan rasa cemburu apabila orang lain mendapat perhatian yang lebih.
Mengenal diri sendiri melalui cermin.
Mula belajar kemahiran bersosial dan faham bahawa komunikasi merupakan cara bagaimana hubungan sosial dijalin.
Meniru tingkah laku orang dewasa.
Menyedari perasaan orang sekeliling.
Suka ditemani kanak-kanak lain semasa bermain, tetapi tidak bermain bersama.
Suka membantu, mengutip dan menyimpan permainan.
Boleh membezakan keadaan yang bahaya.
Berminat untuk meneroka tanpa menghiraukan keselamatan diri.
Mempunyai rasa ingin tahu yang amat mendalam tentang dunia persekitaran.
Boleh meneruskan semula aktiviti yang ditinggal sementara.

2-3 Tahun
Suka dipuji terhadap segala usaha mereka.
Menunjukkan ragam yang amat ketara.
Tidak sabar/cepat marah.
Bersifat mengarah dan meminta sesuatu dengan cepat.
Sering melawan dengan menjerit ‘tak nak’.
Boleh menangani emosi takut, kecewa, marah, cemburu dan lain-lain
Rasa empati mula wujud.
Pandai mengambil berat tentang orang lain dengan memujuk.
Tidak mudah berputus asa menyelesaikan masalah.
Sukar membuat pilihan (mahu kesemuanya). dan boleh menjangka kesan daripada perbuatannya
Memahami perasaan yang berbeza semasa menghadapi situasi yang berlainan.
Membina persahabatan dengan rakan sebaya.
Mempunyai rakan istimewa Mula mendengar, mematuhi dan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh orang dewasa.
Suka meneroka objek yang dipelajarinya.
Mempunyai minat yang mendalam untuk mendapatkan pengalaman
Sayang akan barang diri sendiri dan belum bersedia berkongsi.
Mengenali diri dalam gambar.
Memerhati dan meniru cara kanak-kanak lain bermain.
Gembira dapat membantu melakukan kerja-kerja rumah.

3-4 Tahun
Mempamerkan sikap bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara.
Pandai menyesuaikan diri dengan situasi baru .
Mengenali perasaan sendiri dan dapat mengawal perasaan.
Bersifat berani dan berkeyakinan diri .
Menghormati dan menjaga harta benda/barang permainan.
Boleh berfikir cara untuk menyelesaikan konflik dengan  rakan sebaya.
Mula menunjukkan nilai diri dan keperibadian yang ditiru dari orang lain.
Mula menyedari diri adalah sebahagian daripada masyarakat.
Tahu bagaimana menyesuai diri dalam keluarga dan ketika bersama kawan.
Mula membina perhubungan positif dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa.
Boleh bekerjasama ketika bermain.
Boleh mengikut peraturan yang dipersetujui.
Mula mempengaruhi rakan sebaya dari segi sikap dan imej diri.
Berupaya membina sikap positif terhadap orang lain yang berlainan jantina, bahasa, agama dan budaya.
Berempati dan bersikap simpati.
Berkongsi dan hormat hak orang lain.
Mempelajari cara meneroka sesuatu pengalaman pembelajaran melalui peniruan.
Mempunyai daya tumpuan yang lebih lama dalam melakukan aktiviti yang disukai.
Mencuba menyelesaikan sendiri masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
Menunjukkan minat bagaimana alam kehidupan  hidup.
Mula bertanya soalan tentang hidup dan mati.




SOALAN 4(b)
PEMBELAJARAN PERINGKAT UMUR 0-6 BULAN
Objektif Pembelajaran Contoh Aktiviti
1. Memupuk rasa selamat,tenteram dan yakin
Memeluk, membelai dan mengurut seluruh badan bayi secara perlahan-lahan.
Memper’dengar’kan muzik dan lagu yang bersesuain
Menyanyikan  lagu. Contoh : dodoi

2. Membina kemahiran asas berinteraksi dengan orang lain Memeluk dan membelai bayi.
Menatap wajah bayi serta bertentang mata dan senyum.
Menggunakan nada suara yang positif dan ceria.
Menunjukkan tindak balas kepada bayi.
Memanggil nama bayi.
Menyanyi kepada bayi.
Mengacah, bercerita dan bercakap dengan bayi.
Memperkenalkan bayi kepada orang-orang sekeliling.

3. Membina kesedaran mengenali diri sendiri dan percaya pada diri sendiri
Memberi peluang  bermain secara sendirian.
Memberi bayi peluang berinteraksi dengan kanak2 lain.
Meletakkan mainan di sekitar bayi.
Membawa bayi bersiar-siar.

4. Menanam rasa kesyukuran
Dukung bayi rapat ke dada dan bisikkan perkataan yang baik.
Menyanyikan lagu yang mengandungi lirik mengenai keindahan alam dan memuji kebesaran-Nya.
Memperdengarkan doa sebelum melaksanakan aktiviti.

PEMBELAJARAN PERINGKAT UMUR 1-2 TAHUN

Objektif Pembelajaran
Contoh Aktiviti

1. Meningkat kebolehan mengenal diri dan berdikari
Bermain dengan air,cermin dan pasir.
Meneroka persekitaran.
Meniru tingkah laku pendidik.
Melakukan pelbagai aktiviti urus diri bersama pendidik dengan bantuan.

2. Meningkatkan kemahiran asas berinteraksi dengan orang lain bermain bersama rakan sebaya.
Tunjuk cara memujuk orang menangis.
Bergilir menggunakan alat permainan.
Bekerjasama melaksanakan aktiviti rutin harian.
Bersalam dan bertepuk tangan.

3. Memupuk kebolehan menikmati semulajadi
Bersiar-siar.
Mendengar muzik berunsurkan alam sekeliling.

4. Menanam rasa kesyukuran dan mengagumi kebesaran Tuhan
Meneroka persekitaran dan mengaitkan kewujudan dan kebesaran penciptaNya.
Amalan berdoa dalam kehidupan seharian
Mendengar lagu.


PEMBELAJARAN PERINGKAT UMUR 2-3 TAHUN
Objektif Pembelajaran
Contoh Aktiviti
1. Meningkatkan keyakinan diri,kebolehan mengawal diri,mematuhi arahan dan menanamkan nilai-nilai murni
Menurut arahan mudah
Mengadakan aktiviti supaya kanak-kanak memainkan peranan.
Mendengar cerita, persembahan boneka dan menyanyi lagu-lagu yang mempunyai nilai murni.
Menyimpan barang mainan selepas bermain.

2. Membina kebolehan mengenali emosi takut,kecewa,marah,cemburu dan lain-lain
Berkongsi pengalaman/perasaan melaui cerita.
Membaca buku cerita serta menerangkan perasaan watak2 tersebut.
Main peranan dengan pendidik.

3. Membentuk kemahiran bergaul dengan rakan sebaya dan kesedaran mengenai perasaan orang lain
Berkongsi dan mengikut giliran semasa bermain.
Bercerita/ menayangkan video yang memberi tauladan yang baik.
Berbual dengan pendidik serta kanak-kanak lain ketika makan.
Meniru adab-adab yang baik semasa makan.

4. Memupuk kebolehan cintakan alam semulajadi
Melakukan aktiviti di luar taska.
Bermain dengan haiwan peliharaan.

5. Mengagumi kebesaran Tuhan dan menanam rasa kesyukuran
Meniru tingkah laku amalan berdoa.
Bercerita tentang kebesaran Tuhan.
Menyanyikan lagu yang mempunyai lirik tentang keindahan alam dan memuji kebesaran Tuhan.
Meneroka keindahan persekitaran dan mengaitkan dengan kebesaran penciptaNya.

PEMBELAJARAN PERINGKAT UMUR 3-4 TAHUN
Objektif Pembelajaran
Contoh Aktiviti
1. Menerapkan nilai-nilai murni
Membaca dan melihat gambar buku cerita tentang pahlawan negara atau tentang Nabi.
Mengaitkan sifat-sifat baik dalam cerita dengan sikap-sikap yang pernah yang dilakukan oleh kanak-kanak atau yang perlu dilakukan oleh kanak-kanak dimasa-masa yang tertentu.

2. Meningkatkan perasaan persahabatan dan menghormati perasaan orang lain
Berkomunikasi ketika bermain bersama rakan sebaya.
Saling membantu guru dan rakan sebaya.
Mendengar dan menonton pelbagai jenis cerita yang mengandungi unsur moral.
Berbual ketika makan bersama rakan sebaya.
Main peranan dengan rakan sebaya dan pendidik.

3. Memupuk kebolehan cintakan alam semula jadi
Melihat proses pertumbuhan alam sekeliling dan persekitaran.
Memerhati perubahan yang berlaku di persekitaran.
Melatih kanak-kanak melihat dan menikmati apa yang ada di sekeliling.
Memerhati habitat haiwan dan bercerita perubahan yang berlaku dalam kitaran hidup.
Sentiasa bercerita tentang keindahan alam semula jadi.

4. Menanam rasa kesyukuran dan mengagumi kebesaran Tuhan
Pendidik dan kanak-kanak sentiasa menceritakan keindahan ciptaan Tuhan dan mengaitkan keagungan Tuhan.
Menyanyikan lagu-lagu yang mempunyai unsur ketuhanan dan nilai murni.

SOALAN 4(c)
  Emosi didefinisikan sebagai suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya. Perasaan-perasaan ini mempengaruhi tindak balas luaran sama ada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana ketakutan.
Dalam istilah Psikologi, emosi merupakan bahasa dalaman seseorang yang berkait rapat dengan tindak balas (fizikal) daripada sensitiviti perasaan dalaman dan luaran (pergaulan sosial). Ia adalah suatu pergerakan dalam minda yang dikeluarkan oleh pengaruh luaran. Minda adalah pasif dan sentiasa menerima semua yang terlintas untuk mempengaruhinya. Apabila minda tersebut bangkit untuk menunjukkan apa yang dirasainya, maka itulah yang dimaksudkan sebagai emosi.  
Seorang kanak-kanak dapat merasakan sesuatu perasaan tetapi tidak dapat menyatakan mengapa, bagaimana dan siapa yang menyebabkan timbulnya perasaan tersebut. Emosi yang disampaikan lebih dalam bentuk tindak balas gerakan fizikal
Pada peringkat awal kanak-kanak, kebolehan di dalam memahami emosi dan puncanya semakin meningkat. Pengawalan emosi kanak-kanak mula meningkat termasuklah kemampuannya untuk menerima kekecewaan serta menjadi seorang yang  fleksibel dalam mengawal emosi dan dorongan.
Oleh itu terdapat tiga faktor yang mempengaruhi emosi iaitu persekitaran,pencemaran,pemakanan dan genetik.

A. Pencemaran

i. Bunyi
Secara psikologinya kita memahami bahawa bunyi bising didefinisikan
           sebagai ‘unwanted sound’ iaitu bunyi-bunyi yang tidak kita ingini. Contohnya,
- seseorang yang suka mendengar lagu-lagu rock boleh menerima bunyi lagu tersebut
- tetapi bagi seseorang yang sedang belajar atau mungkin tidak meminatinya
- menganggap bahawa ia adalah muzik bising atau sekadar suatu pencemaran bunyi.

ii. Bencana alam
cuaca yang berlebihan/ ekstrim seperti kepanasan, kesejukan, ribut, banjir, gempa bumi, tsunami dan sebagainya.
Kesemua perubahan drastik alam semula jadi ini memberi kesan terhadap peningkatan atau penurunan emosi atau tingkah laku individu.
Definisi juga mengaitkan mengenai bencana alam yang berlaku hasil gabungan daripada tindakan alam semula jadi dan tindakan manusia seperti kejadian tanah runtuh.

iii. Cuaca dan suhu
Persepsi mengenai suhu yang memberi kesan terhadap fizikal juga mempunyai pengaruh terhadap komponen psikologikal. Komponen fizikal berkaitan adalah seperti
suhu kepanasan di sekeliling yang memberi kesan kepada penyukat suhu dalaman tubuh dan juga reseptor pada kulit.

iv. Udara
Pencemaran udara berlaku apabila persekitaran udara kita mengandungi karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, bahan buangan bergas, hidrokarbon dan bahan pencemaran fotokimia yang terhasil daripada tindak balas
cahaya atau haba.

v. Bau
Bau yang busuk juga dianggap sebagai salah satu pencemaran
udara.
Bau badan adalah salah satu daripada pencemaran udara primitif
Terdapat dua persepsi mengenai pencemaran udara. Iaitu pencemaran udara
      melalui persepsi ‘bau’ yang dikesan dengan sel deria hidung dan persepsi ‘visio’ yang
dikesan dengan deria penglihatan seperti jerebu.

B. PEMAKANAN
Makanan boleh menyebabkan perubahan pada fungsi biologi dan psikologi.
Penjejasan pemakanan seimbang pada kanak-kanak pula secara keseluruhan
mengganggu pertumbuhan otak dan perkembangan peringkat kanak-kanaknya.
Pertumbuhan dan perkembangan tersebut menganggu fungsi dan kemampuan sistem saraf sehingga mengakibatkan masalah tingkah laku seperti penurunan tahap intelek,
Kemunduran bidang penumpuan, lemah ingatan dan ketidak stabilan emosi (Kanarek
Makanan  berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembangkan emosinya dengan sempurna.

C. GENETIK
Genetik sememangnya satu faktor pembentuk yang asas namun ia boleh berubah.
Faktor utama yang membentuk corak emosi seseorang.
Perwarisan memainkan peranan sebagai pelopor peringkat  permulaan

FAKTOR YANG MEPENGARUHI SOSIAL
PEMAKANAN
Kekurangan zat/malnutrisi
Tanda tandanya:
mudah letih,tidak aktif,pucat,lambat membesar dan mudah mendapat penyakit.
Kesannya:
mereka akan berasa rendah diri
mula hilang keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang sekeliling

DIDIKAN IBU BAPA
ibu bapa yang tidak tahan sabar - menimbulkan perasaan yang negatif dalam diri kanak-kanak.
Apabila berhadapan dengan orang sekeliling mereka berasa rendah diri dan mula membuat perbandingan antara ibu bapa mereka dengan ibu bapa kanak kanak lain.
Kanak-kanak akan memberontak dan pandai melawan cakap ibu bapa mereka

PENGARUH RAKAN SEBAYA
kanak-kanak bermain bersama-sama dan mengembangkan sosial serta bakat
Antara sifat rakan sebaya yang dipilih:
berpendidikan,
beriman,
tidak buruk sangka dan sebagainya.
Ciri ciri tersebut melambangkan personaliti yang baik pada diri seseorang.

PENGARUH MEDIA MASSA
1. media massa yang penting dalam proses perkembangan kanak kanak seperti:
Televisyen
akhbar
buku buku
Radio
2. Dapat menambahkan perbendaharaan kata dan pengetahuan melalui rancangan yang berkaitan dengan berita semasa.

BUDAYA SEKOLAH(TASKA)
Boleh mempelajari sesuatu yang baru.
Didedahkan dengan pengalaman dan persekitaran secara langsung.
Dapat menerapkan nilai-nilai murni melalui P&P kepada kanak-kanak.
Dapat bergaul dengan kanak-kanak yang berbeza kaum dan agama.


08:06 0

◀ Past | Home | Present ▶

Credits