TEORI/TOKOH DAN KAITAN BELAJAR MELALUI MAIN
TEORI/TOKOH DAN KAITAN BELAJAR MELALUI
MAIN
Terdapat
beberapa teori yang menekankan aktiviti bermain dalam pembelajaran kanak-kanak.
Antaranya, teori konstruktivisme iaitu teori berkaitan dengan kanak-kanak
membina konsep berdasarkan penerokaan kendiri. Jean Piaget merupakan ahli
kostruktivis. Teori ini menekankan bagaimana kanak-kanak membina konsep
berdasarkan pengalaman mereka berinteraksi dengan alam persekitaran.
Kanak-kanak akan meneroka dan berfikir hasil daripada interkasinya dengan alam.
Oleh itu, mereka akan dapat meningkatkan perkembangan mereka. Melalui aktiviti
bermain, kanak-kanak perlu berinteraksi dengan alam, jadi kanak-kanak akan
dapat meningkatkan perkembangan fizikal dan mental mereka dengan baik. Piaget
menggambarkan bagaimanapenerokaan kanak-kanak dari aspek psikomotor akhirnya
bertukar kepada peringkat yang lebih sofistikated dan berakhir dengan proses
yang lebih abstrak dalam bentuk simbolik dan bahasa.
Selain
itu, Model Montessori juga menyatakan bahawa sesebuah pusat pendidikan awal
kanak-kanak perlu dilengkapi dengan taman permainan, kawasan yang luas serta
mempunyai alat-alat permainan yang menarik. Model ini menekankan penggunaan
deria yang mampu meningkatkan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak secra
menyeluruh dan efektif. Beliau juga mencipta pelbagai alat untuk mengembangkan
kemahiran kanak-kanak. Antaranya ialah, menara berwarna merah jambu, tangga
berwarna coklat, blok silinder, botol untuk bauan dan sebagainya. Oleh itu,
jelaslah permainan dapat menarik perhatian serta minat kanak-kanak untuk
belajar serta meningkatkan perkembangan fizikal mahupun mental mereka.
Akhir
sekali, pendekatan Reggio Emilia juga menekankan aktiviti permainan yang
dikenali sebagai ‘projek’. Ciri yang menarik dalam program ini ialah adanya
sebuah ateliar iaitu studio khas atau
bengkel tempat kanak-kanak dan guru menggunakan pelbagai bahanuntuk melahirkan
perasaan mereka. Model ini mementingkan minat serta kecenderungan kanak-kanak.
Oleh itu, tajuk projek yang dilaksanakan oleh kanak-kanak juga merupakan hasil
daripada soalan yang dikemukakan mereka kepada guru (iaitu tajuk berasaskan
idea mereka sendiri). Oleh itu, hal ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk
belajar melalui permainan. Guru-guru perlu kreatif dalam menyediakan permainan
yang dapat merangsang minda kanak-kanak. Jelaslah bahawa permainan amat penting
dalam kehidupan kanak-kanak yang dapat membantu meningkatkan proses
pembelajaran kanak-kanak.
07:46 0 
Credits
- Template: Sweet Nothings
- Photo: Eaphonia
- Tutorials: Qayyum
- Cursor: Cursor-4u
- Bullet: trixinity.net
- Favicon: drikoti.net
- Top Button: Faqihah Husni