contoh laporan


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhI4bBxNQd7zrnw85DjWgkeK6n1eZWRXNLNorpISykNS4YOJoUDvl6lvr62vQVDEVDHx1Jxu2BzqvUplEFGm5BhF7lk3oaPwSYaMpfEQ_DFljZrTlNXiSFaNmdiAxBmqvhCNjG_GcjgQIk/s1600/Logo+UPSI+baru.jpg
KAQ 1033
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK
PENSYARAH               : PUAN MASITAH BINTI MUSA
PROGRAM                   : DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
KOD PROGRAM          : A2520
SEMESTER                   : 3 SESI 1 2011/2012
KUMP.  KULIAH          : B
NAMA AHLI
NO MATRIK
NUR ALIA BINTI AHMAD
E20101000906
ZUWAIRIABANU SHEKH DAUD
E20101000912
NUR HIDAYAH HARUN
E20101000881
NUR AMALINA MOHD FADZIL
E20101000909
NUR AZIMAH MAHDIN
E20101000895
NUR HIDDRIYAH NOR AFFANDI
E20101000875
SUNATUL MAZIDAH
E20101000
NOOR SOLEHA GHAZALI
E20101000
NUR FATIHAH MOHD KETAR
E20101000
NUR AIDIL FITRIYAH KHAN
E20101000
LING LEH KING
E20101000

PENGHARGAAN


Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia..
                            Sebelum memulakan bicara, kami ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kami berjaya menyiapkan tugasan ini pada masa yang telah ditetapkan.
Saya juga ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga terutamanya kepada pensyarah kursus Penjagaan Bayi dan Kanak-kanak yang Berkualiti (KAQ1053) iaitu Puan Masitah Musa serta pensyarah-pensyarah lain yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Beliau juga tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini. Segala ilmu yang kami perolehi akan kami manfaatkan dengan semaksima mungkin.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang selalu memberi tunjuk ajar, berkongsi maklumat dan memberi dorongan serta semangat dalam menyiapkan tugasan ini. Untuk menyiapkan tugasan ini, sumber utama yang kami rujuk adalah pensyarah kursus ini serta rakan-rakan yang mengikuti program yang sama untuk bertukar-tukar pendapat dan cadangan. Kami juga telah mendapatkan maklumat daripada pensyarah-pensyarah lain sebagai rujukan tambahan untuk memantapkan lagi tugasan kami ini.
Walaupun kami menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran serta kekangan masa untuk mengumpul bahan dan membuat rujukan di pusat sumber, namun sagala kepayahan pasti ada pulangannya. Di samping itu juga, ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan sekumpulan, keluarga yang sudi membantu dan memberi semangat serta dorongan untuk menyiapkan tugasan ini.
Akhir bicara, kami mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada pensyarah-pensyarah di atas bimbingan serta tunjuk ajar selama saya mengikuti program PAKK ini.



PENGENALAN
Kami telah diberi tugasan berkumpulan bagi kursus Penjagaan Bayi dan Kanak-kanak yang Berkualiti (KAQ1053) bagi menjalankan khidmat masyarakat di tadika ataupun taska. Setelah berbincang, terdapat beberapa cadangan tadika yang telah pun disenaraikan. Akhirnya, kami telah membuat keputusan untuk menjalankan kerja amal di Tadika Kurnia Minda yang berada di Taman Bernam. Setelah berbincang dengan pengurus tadika berkenaan, kami berbesar hati untuk meneruskan kajian di tadika tersebut. Pengurus tadika  berkenaan yang menggelarkan dirinya sebagai ‘umi’ sedikit sebanyak berkongsi pengalaman mengurus tadika dan memberi cadangan dan nasihat dalam melaksanakan aktiviti.

OBJEKTIF KAJIAN :
1.    Memenuhi kriteria kerja kursus bagi subjek Persekitaran Pembelajaran Yang Responsif untuk Bayi dan Kanak-kanak.
2.    Dapat mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan seseorang kanak-kanak supaya dapat menyediakan pelbagai aktiviti bagi merangsang perkembangan mereka.
3.    Supaya kami dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam menyediakan keperluan kanak-kanak.
4.    Supaya kita dapat memberi tumpuan terhadap masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak yang bermasalah.
5.    Bagi mengatasi dan mencegah supaya perkembangan kanak-kanak dapat berlaku dengan baik dan berkesan serta terhindar dari ketinggalan dalam pembelajaran dan terbantut perkembangan.
6.    Agar guru-guru memenuhi dan menyediakan aktiviti yang dapat merangsang perkembangan mengikut peringkat umur dan tahap perkembangan.

LAPORAN BENGKEL PERKEMBANGAN DAN KEPERLUAN KANAK-KANAK
SEBELUM
Sebelum melaksanakan bengkel ini, kami telah mengadakan perbicangan awal mengenai bengkel yang akan kami laksanakan iaitu pada 13 Februari 2011 setelah mendapat tugasan selama seminggu. Kami menyelidik dan meneliti bagaimana sesuatu bengkel dapat dilaksanakan. Pelbagai idea dijana melalui perjumpaan pada kali pertama. Beberapa cadangan dan keperluan asas dibincangkan melalui mesyuarat ini. Seterusnya, kami melantik ahli jawatankuasa pelaksana program bagi melancarkan program tersebut.
Jawatan dibahagikan mengikut undian supaya masing-masing mendapat bidang tugas yang bersesuaian dengan kemahiran. Seminggu  kemudian iaitu 20 Februari 2011, setiausaha menghubungi guru tersebut bagi mendapatkan pengesahan kehadiran dan persetujuannya dalam memberi ceramah tersebut. Setelah itu, ahli jawatankuasa penyediaan tempat bersusah payah mencari tempat untuk melaksanakan bengkel ini. Mereka juga perlu mendapatkan beberapa tarikh yang sesuai bagi melaksanakan program ini.
Seterusnya, kami sekali lagi ke sekolah untuk berunding dengan guru tersebut mengenai masa, tarikh dan tajuk ceramah yang akan dilancarkan. Selain itu juga, setiausaha program menyiapkan kertas kerja bagi mendapat pengesahan daripada dekan fakulti. Kepayahan dalam mendapatkan pengesahan kerana beliau sering sibuk dalam kerjanya. Pada 28 Februari 2011, pengarah program menghantar kerja yang telah siap kepada dekan fakulti. Pada 4 Mac 2011, kertas kerja kami mendapat pengesahan daripada dekan.
Selepas itu, kami mengadakan beberapa perjumpaan lagi bagi memastikan masing-masing melaksanakan tugas dengan baik. Sebarang permasalahan yang timbul turut dibincangkan. Kami meminta pendapat beberapa kumpulan lain bagi memastikan kesemua yang dirancang berjalan lancar. Sebagai contoh, ahli jawatankuasa penyediaan makanan menempah serta membanding harga kedai-kedai yang meyediakan perkhidmatan katering. Manakala, ahli jawatankuasa teknikal dan publisiti telah memastikan bahan yang diperlukan oleh penceramah telah disediakan. Selain itu, mereka juga telah memeriksa peralatan seperti microfon, projector dan sebagainya berfungsi dengan baik. Ahli jawatankuasa pengelola program pula cuba memastikan bahawa tentatif program bersesuaian dan dapat dilaksanakan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Pada 10 Mac 2011, kami telah bersama-sama datang awal dan menyediakan pelbagai kelengkapan bagi memastikan program berjalan dengan lancar. Selain itu juga, perasaan berdebar-debar juga turut dirasakan kerana masing-masing bimbang program ini tidak dapat berjalan dengan baik. Kami telah ke lokasi bengkel di Dewan Kuliah G selama dua jam lebih awal. Kami bertungkus lumus memastikan kesemuanya berada dalam keadaan baik.
SEMASA
Perjalanan bengkel ini dimulakan dengan pendaftaran oleh para peserta yang mula menghadiri bengkel ini pada pukul 8:00 malam. Apabila para peserta mendaftar,mereka diberikan makan malam sebelum memasuki dewan oleh urusetia pendaftaran bengkel. Para  peserta dibenarkan memasuki dewan selepas selesai melakukan pendaftaran bagi memastikan bilangan peserta yang menghadiri mencukupi seperti yang telah didaftarkan sebelum bengkel ini dijalankan. Pendaftaran peserta ini telah diketuai oleh ajk persiapan (pendaftaran peserta) iaitu oleh saudari Zuwairiabanu dan Farhana . Penceramah bagi bengkel ini iaitu Encik Mohd Affendy telah menghadirkan diri bagi menyampaikan ceramahnya sepuluh minit awal sebelum bengkel bermula iaitu 7.50 petang. Oleh itu bagi tidak membuat penceramah jemputan tertunggu-tunggu kehadiran peserta yang lain jadi pengarah program telah mengambil inisiatif untuk menjemput penceramah untuk makan malam dahulu. Makan malam penceramah ditemani oleh saudara Cheng Yong Zhee dan S.A Harith Ahid. Ketika pencermah sedang menikmati hidangan pengerusi majlis yang berada di dewan memberi peringatan kepada para peserta agar mematikan atau meletakan mood senyap serta tidak membuat bising untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar.
Pada pukul 8:15 malam penceramah mula memasuki dewan diiringi oleh ajk-ajk bengkel untuk sesi penceramahan. Bengkel ini dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis yang mengumunkan ketibaan penceramah bengkel  oleh dif-dif jemputan masuk ke dalam dewan.  Setelah itu pengerusi majlis menyatakan serba sedikit tentang bengkel yang dijalankan.  Untuk  memberkati majlis yang dijalankan pihak pengerusi majlis telah meminta saudara S.A Harith untuk mengetuai bacaan doa. Majlis diteruskan dengan memperkenalkan sedikit latar belakng penceramah. Pada pukul 8:30 malam pencermah memulakan sesi ceramah beliau. Sesi penceramahan mula berakhir pada pukul 9:30 malam. Pengerusi majlis menjemput penceramah majlis iaitu, Encik. Mohd Affendi Bin Mohd Hibzir diringi oleh saudara Cheng Yong Zhee , Pengarah Program bengkel untuk menyampaikan sijil kepada semua para peserta yang sudi menghadirkan diri untuk bengkel ini. Setelah itu pengarah program menyampaikan cenderahati kepada penceramah sebagai tanda penghargaan kerana sudi menghadir diri untuk menjayakan bengkel ini. Setelah itu pengerusi majlis mengakhiri bengkel ini dengan ucapan terima kasih dan sesi fotografi sebagai tanda-tanda kenangan. Sesi fotografi ini telah dimulakan dengan fotografi bersama ajk,pencermah dan para peserta.
SELEPAS
Ceramah Bengkel “Perkembangan dan Keperluan Kanak-kanak” tamat pada pukul 9.45. Selepas bengkel berakhir, kesemua peserta telah mencapai objektif kajian. Antaranya, peserta dapat menganalisis kandungan persekitaran dan pembelajaran yang bersesuaian untuk kanak-kanak dari perspektif kesihatan. Selain itu, peserta juga memperoleh pengetahuan asas untuk aktiviti-aktiviti fizikal yang bersesuaian untuk kanak-kanak dan mengetahui perkembangan dan keperluan yang lengkap dan bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak.
            Ceramah ini juga bertujuan bagi memenuhi keperluan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Selain itu, mahasiswa dan mahasiswi dapat mempelajari cara-cara merancang aktiviti fizikal yang bersesuaian mengikut tahap perkembangan kanak-kanak. Mahasiswa dan mahasiswi juga mampu merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti fizikal untuk kanak-kanak dalam aspek kesihatan.
            Di akhir bengkel ini juga, setiap peserta juga dapat memahami prinsip penjagaan responsif dan penjagaan berterusan. Di samping itu, peserta juga dapat memahami bagaimana penjaga/guru boleh mempengaruhi bahasa kanak-kanak dan pembangunan komunikasi yang optimum serta memahami nilai menghormati dan sensitif kepada budaya kanak-kanak dan nilai kekeluargaan.
            Selepas ceramah berakhir, Penceramah iaitu En. Affendy bin Hidzir pulang dengan membawa cenderahati dan besertakan wang tunai sebagai tanda terima kasih kepada beliau. Penceramah dan peserta pulang pada pukul 10.15 selepas sesi fotografi bersama ahli jawatankuasa pelaksana Bengkel “Perkembangan dan Keperluan Kanak-kanak”. Terdapat ramai peserta yang ingin membuat sesi fotografi bersama penceramah. Gambar peserta bergambar dengan penceramah terdapat dalam lampiran.
            Semua ahli jawatankuasa pelaksana program bekerjasama membersihkan kawasan sekitar program bengkel berlangsung. Setelah semuanya selesai, semua ahli jawatankuasa pelaksana program pulang pada pukul 10.30 malam.

08:10 0

◀ Past | Home | Present ▶

Credits