ciri-ciri perkembangan kanak-kanak 3-4 tahun


logo.jpg
KAI 1043
BERMAIN SEBAGAI PEDAGOGI PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

NAMA AHLI:
NUR ALIA AHMAD E20101000906
NUR AMALINA MOHD FADZIL E20101000906
ZUWAIRIABANU SHEKH DAUD E20101000912
SITI AISHAH MAHUDIN E20101000903
FATMAH BASYIRAH HARUN E20101000915
PROGRAM          : DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
SEMESTER           : SESI 2 2010/2011
KUMPULAN       : B
DISEDIAKAN KEPADA:
NAMA PENSYARAH          :ENCIK KAMARUDDIN BIN DAUD
TARIKH SERAHAN                        :07 FEBRUARI 2011
CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERUMUR 3 – 4 TAHUN
Perkembangan Sosial
1.       Mula menyedari diri sebagai seseorang individu dan sebahagian  daripada masyarakat.
  1. Tahu bagaimana menyesuaikan  diri dalam keluarga dan ketika bersama kawan  .
  2. Mula membina perhubungan positif dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa .
  3. Boleh bekerjasama semasa bermain ,menunggu giliran dan berkongsi mainan.
  4. Mula mempengaruhi rakan sebaya dari segi sikap dan imej diri.
  5. Mempelajari  cara  meneroka sesuatu pengalaman pembelajaran  dengan meniru orang dewasa dan kanak-kanak lain.
Perkembangan Fizikal
  1. Boleh naik tangga tanpa pertolongan serta dapat menukar kaki semasa menaiki tangga.
  2. Mereka gemar membina blok atau bongkah-bongkah menjadi menara.
  3. Menunjukka peningkatan guna kawal crayon dan marker semasa melukis.
  4. Boleh melompat melalui objek yang tinggi iaitu 5 – 6 inci dengan kedua-dua belah kaki.
  5. Boleh memegang crayon atau pen dengan baik.
Perkembangan Kognitif
  1. Rasa ingin tahu yang amat mendalam yang diikuti minat untuk mencuba perkara yang baru.
  2. Boleh mengenal unsur persamaan, perbezaan dan corak.
  3. Boleh mengetahui warna-warna yang terdapat disekelilingnya.
  4. Boleh membuat pengecaman dan menyenaraikan ciri-ciri.
5.       Boleh mengatur objek mengikut urutan.
Perkembangan Emosi
  1. Boleh menunjukkan perasaan kasih sayang dengan kata-kata..
  2. Mula menunjukkan perasaan malu .
  3. Mengenali  perasaan sendiri dan dapat mengawal perasaan.
  4. Memahami perasaan orang lain dan tahu memberi respon  yang betul.
  5. Mula mempelajari cara untuk mengawal diri  (disiplin) dengan bantuan dan bimbingan orang dewasa.
CONTOH PERMAINAN YANG MEMPUNYAI SEMUA ASPEK PERKEMBANGAN
CONTOH PERMAINAN: BALING TIN
CARA BERMAIN
SEBELUM   BERMAIN:
1)      Pastikan semua bahan lengkap.
2)      Mengumpulkan kanak-kanak di padang permainan/di tempat yang ingin bermain.
3)      Guru membahagikan kanak-kanak kepada dua kumpulan.
4)      Tin di susun secara menegak.
5)      Tetapkan jarak mengikut kesesuaian umur    kanak -kanak.
SEMASA   BERMAIN:
1)      Pemain  terdiri  daripada  kumpulan  A  dan kumpulan  B.
                kumpulan  A- pihak  bermain
                kumpulan  B- pihak  lawan
2)      Pihak  yang  bermain  yang  berada  di hadapan (pertama)  memulakan  permainan  dengan  cuba melontarkan  bola  ke  arah  susunan  tin sebanyak  3 kali.
3)      Jika  susunan  tin  tidak  jatuh , kanak-kanak yang  berada  di  barisan  atau  yang  seterusnya akan  meneruskan balingan.
4)      Jika berjaya,kumpulan pihak lawan(kumpulan B) akan berusaha membaling pundi kacang ke arah pihak bermain(kumpulan A) – semasa pihak bermain cuba menyusun tin yang telah diruntuhkan.
5)      Jika pihak bermain terkena pundi kacang, ahli pemain tersebut dikira ‘mati’ dan akan dikeluarkan daripada permainan.
6)      Jika pihak bermain berjaya menyusun kembali ke semua tin sebelum ke semua ahli ‘mati’,mereka akan mendapat satu mata.


FAEDAH PERKEMBANGAN EMOSI, FIZIKAL, KOGNITIF DANSOSIAL DALAM PERMAINAN
FIZIKAL
ü  Dapat memperkembangkan motor kasar kanak-kanak dalam permainan ini
ü  Kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran mereka dengan menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam sebelum permainan dimulakan.
ü  Dapat menyihatkan badan dengan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh seperti permainan baling tin.
SOSIAL
ü  kanak-kanak dapat bersosial dengan rakan dari pelbagai peringkat umur.
ü  Memberi peluang kepada kanak-kanak tersebut untuk menyesuaikan perlakuan dan tingkah laku mereka dengan orang lain.
ü  Bersosial juga membolehkan kanak-kanak memberikan pendapat mereka sendiri dengan rakan yang lain.
ü  Permainan ini dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial.
ü  Kanak-kanak belajar bagaimana mengadakan perhubungan sosial.
ü  Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur.
ü  Kanak-kanak belajar bagaimana menyelesaikan masalah dalam kumpulan masing-masing apabila berlaku sesuatu perkara.
EMOSI
ü  Kanak-kanak dapat mengawal emosi mereka ketika bermain.
ü  Permainan ini juga membolehkan kanak-kanak belajar berkongsi kuasa.
KOGNITIF
ü  Membantu kanak-kanak dalam perkembangan intelek
ü  Kanak-kanak juga belajar memerhati situasi yang berlaku di sekelilingnya.
ü  Kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan bahasa.


PERMAINAN PUZZLE
FIZIKAL:
ü  Meningkatkan perkembangan motor halus kanak-kanak.
SOSIAL:
ü  Meningkatkan interaksi kanak-kanak dengan rakan sebaya.
ü  Memupuk sikap kerjasama dalam kalangan kanak-kanak
ü  Kanak-kanak belajar bagaimana menyelesaikan masalah dalam kumpulan masing-masing apabila berlaku sesuatu perkara.
EMOSI
ü  Kanak-kanak belajar mengawal emosi ketika bermain.
ü  Kanak-kanak yang berjaya menyelesaikan permainan akan merasa gembira manakala kanak-kanak yang tidak berjaya menyelesaikan permainan akan berasa kecewa.
KOGNITIF
ü  Kanak-kanak perlu berfikir untuk menyelesaikan masalah.
ü  Dapat meningkatkan kemahiran berbahasa kanak-kanak.

PERMAINAN TANAH LIAT
FIZIKAL
ü  Meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak.
SOSIAL
ü  Kanak-kanak dapat bersosial bersama rakan sebaya.
ü  Kanak-kanak belajar menyelesaikan masalah apabila berlaku sesuatu perkara.
ü  Dapat membina perhubungan yang positif bersama rakan sebaya.
ü  Kanak-kanak dapat mempelajari cara meneroka sesuatu pengalaman pembelajaran dengan meniru kanak-kanak yang lain.
EMOSI
ü  Kanak-kanak dapat meluahkan emosi melalui permainan ini.
ü  Kanak-kanak akan belajar cara meregulasi emosi semasa bermain.
KOGNITIF
ü  Kanak-kanak dapat mengenal pelbagai warna.
ü  Meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak-kanak.
ü  Meningkatkan kemahiran berbahasa kanak-kanak.
KESIMPULAN
ü  Kanak-kanak belajar melalui aktiviti permainan.
ü  Aktiviti permainan dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak dari aspek emosi,fizikal, sosial dan kognitif.
ü  Oleh itu, aktiviti pembelajaran melalui permainan perlu disesuaikan mengikut peringkat umur kanak-kanak.

07:44 0

◀ Past | Home | Present ▶

Credits